Pemandu pelancong kami , Encik Anwar. Dan selesai satu tour baru saya tanya nama beliau dengan tujuan rujukan di blog. Hehehehe….. encik suami juga bernama Anwar atau nama glamernya dalam keluarga, Ann.
Menurut beliau, Gunung Jerai yang dipenuhi bukti semulajadi purba dengan cerita mistik merupakan bekas sebuah pulau yang dipanggil Pulau Serai, hanya 23 meter dari aras laut. Kami ditunjukkan bukti pasir-pasir pantai yang terdapat dicelah-celah batu gunung di tepi resort.
Bangunan ini adalah peninggalan pihak British yang didirikan dan pada masa dahulu, hanya sampai di sini saja tempat yang boleh dilalui.
Antara tempat sejarah yang masih jelas adalah Telaga Tok Syeikh. Tok Sheikh atau Sheikh Abdullah bin Sheikh Jaafar Kumiri yang berasal dari Yaman adalah orang yang bertanggungjawab mengislamkan Raja Kedah yang pertama iaitu Maharaja Derbaraja (Sultan Muzaffar Syah) pada tahun 1136 masihi (531 hijrah).
Terdapat Padang Tok Syeikh iaitu tapak masjid yang didirikan di zaman Syeikh Abdullah Yamani dan sekeping batu rata seperti permukaan meja yang dipanggil Batu Shaff tempat beliau bersembahyang.
Di puncak Gunung Jerai juga terdapat batu besar yang menyerupai sebuah kapal di panggil Batu Kapal. Mengikut sejarah batu itu berasal dari kapal Maharaja Mergong Mahawangsa yang disumpah Sang Kelembai ketika berlabuh di Pulau Serai yang juga nama asal gunung berkenaan.
Sepanjang menyusuri jalan yang sempit dan redup ini, Encik Anwar juga bercerita mengenai beberapa jenis pokok termasuk jenis-jenis orkid dan periuk kera. Terdapat dua jenis pokok periuk kera, iaitu yang memanjat dan menjalar dan jenis yang tumbuh di atas tanah. Periuk kera yang tumbuh di atas tanah lebih besar bunganya . eh…. nak panggil bunga ke periuk ye?
Beberapa jenis pokok yang diperkenalkan, misalnya pokok Cina Maki adalah sejenis pokok yang daunnya boleh direbus sebagai teh herba.
Pokok Kelat Merah yang mempunyai batang berwarna merah yang sangat menonjol di kalangan pokok lain disekitarnya. Serpihan kulit pokok ini lembut seperti tisu.
Antara binatang yang biasanya terdapat di atas Gunung Jerai adalah babi hutan dan beruang madu. Menurut Encik Anwar, terdapat katak sebesar pinggan makan di kawasan Regency Jerai Hill Resort. Kami tak bernasib baik kerana tak berpelung bertemu dengannya pada malam sebelumnya.
Inilah puncak Gunung Jerai. Terdapat menara komunikasi yang dikawal oleh pihak tentera. Di sinilah titik akhir yang boleh dikunjungi oleh pengunjung.
Dalam perjalan balik, kami ditunjukkan satu keajaiban yang istimewa. Satu cerita mistik yang dibuktikan apabila dapat melihat dengan mata kepala sendiri.
Nak tau? kena pergi ke Gunung Jerai sendiri dan cari Encik Anwar untuk mendapatkan perkhidmatan Buggy Ride dan melihat sendiri hidupan tersebut.
Dalam perjalanan turun dari Gunung Jerai, sewaktu hampir di kaki gunung, kami terjumpa burung cantik ini yang mati ditengah-tengah jalan. Berhentikan kereta dan alihkan ke tepi supaya tidak hancur dilanggar kereta lain.
Berakhirnya sudah episod ke dua kisah percutian saya di Gunung Jerai. Episod pertama boleh dibaca di Percutian Di Regency Jerai Hill Resort, Gunung Jerai
Sangat berpuas hati kerana sambil bercuti, anak-anak mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman yang berharga.
Tak nampak apa pun yg mendatangkan masalah negara dlm enti ni Datin… hehe. Sobar je lah… tapi kan, suka lihat gambar2 yg Datin paparkan ni
saya pernah mendaki gunung jerai 3 tahun lepas…agak mencabar jugak..udara kat atas sana memang segar….
mmg best kat atas Gunung Jerai tu kak…tiap kali balik Yan..mesti naik atas..best. sejuk..nyaman..tapi blum pernah naik buggy tu..nanti nak try
Assalamualaikum…terlebih dhulu sy mohon maaf lah kpd kak…mmg bgus n x salah kak melancong di gunung jerai…n ambil2 gmbr kat sana..tpi 1 je kesilapan n kesalahan kak…kak telah ambil gmbr kawasan kwalan komunikasi di puncak gunung jerai…lepas tu..kak bagitahu plak…yg kwasan tu di jaga oleh tentera…spatutnya kak x perlu nk bgitahu yg tmpat tu adalah kwasan menara kawalan komunikasi yg dijaga oleh tentera..krna..tempat tu adalah kwsn larangan n juga dilarang mgambil gmbar di kawasan sekeliling n berhampiran dgn nya…tempat mcm tu..adalah tempat penting dan aset negara…sy bkn nk marah kak..sy cma bgtahu kak je yg kwasan tu adalah tempat larangn..sbb tu lah tmpat tu dijaga oleh tntera…mksd saya..tempat tu target..kak fham2 jelah…apa mkna target…jdi ianya x bleh didedahkan…akhir kata…sy mohon maaf byk2 pada kak.jikalau komen sy ni bt kak terasa atau kecil hati…jgn ambik hati ye kak…
Setakat ambik gambar pintu pagar dari jauh macam tu apalah sangat dengan isu keselamatan? Tak ada isu langsung.
Tak de isu pun sebenarnya, sebagai makluman, kawasan menara komunikasi tersebut berkongsi antaranya pihak tentera, DCA, Polis dan komunikasi perhubungan awam juga berkongsi rak2 radio memasing. Apalah sangat gambar pagar berbanding gambar satelit yg lebih lengkap.
dulu bro DH u mana? UiTM ke? sbb UiTM mmg ada kelab hiking yg sgt aktif
yg penting dpt meluangkan masa bersama keluarga dgn semaksimum mungkin 😉
anak baru sorang…belum terikat dengan jadual sekolah pun masih nak cakap tak sempat…..aishhh………dah! pi cuti tu hilangkan tegang dan stress…
kak jie yg dok baca blog dia pun sama stress dgn itu ini begitu begini…sesekali kena cuti.
kak jieeeeeeeeeeeee i demand u to tell us!!!!! bila masa laa pulak nak ke gunung jerai kak jie…. nak ke MBSA bayar kompoun parking pon dah bertangguh 3 bulan.. walo jarak tak sampai 2 km. tsk
sayangnya burung tu mati.burung apa tu kak jie?
nak memanjat gunung bersama geng blogger…kak jie ketua first depan..mohd isa jadi ketua pemandu nya…
teringat majalah 3 edisi lepas, pasal fotografi di gunung jerai. byk burung di sanakan kak jie?
Fakta sejarah yang dinyatakan tidak terdapat didalam buku Sejarah. Sesuatu yang perlu dilakukan terutama mengenai pengislaman Sultan Kedah ketika itu.
Dah lama rasanya tak mendaki gunung yang merupakan hobi dizaman student U dulu. Setiap gunung ada mistiknya tersendiri.
Paling best kalau dapat beriadah bersama-sama dengan keluarga….
Dari mana lah datangnya pokok “Cina Maki” tu … interesting!!
betul kak jie…gunung jerai banyak misteri kerajaan purba kita, oleh sebab tak dikaji jadilah mistik sahaja ibarat dongeng rakyat….kalau kita nak singkap sejarah kedah tua kena singkap sekali kerajaan patani sebab ada kaitan…..
Memang menarik, keindahan hutan tanah tinggi, banyak info tentang Gunung Jerai ,TQ Kak Jie 🙂
salam kenal semua..
saya blogger Indonesia..
😉
Lagi seronok kalau dapat hidup terus dalam suasana alam semulajadi macam tu… hahaha…
setakat ni saya dah jumpa katak sebesar tapak tangan org dewasa..macam mana lah ek kalau sebesar pinggan?hehe
melancong sambil belajar perkara baru. bukan senang nak dapat tu. hehehe 🙂