Selain mengunjungi Komplek Kampung Budaya Pulau Keladi , Tanjung Agas dan mencuba murtabak yang cukup terkenal di Pekan iaitu Murtabak Mengkasar, Melawat Muzium Sultan Abu Bakar adalah salah satu sebab kami ke Pekan. Ini adalah lawatan muzium ke dua sepanjang percutian akhir tahun dan muzium ke 8 untuk tahun 2012 selepas melawat Muzium Bijih Timah Sungai Lembing .
Muzium Sultan Abu Bakar yang sudah lama terkenal sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama di Pekan baru di buka semula selepas di tutup sejak tahun 2005 untuk kerja-kerja pengubahsuaian.
Muzium Sultan Abu Bakar adalah asalnya Istana Kota Beram. Bangunan berwarna putih dengan ciri-ciri kediaman Kolonel British boleh dilihat dengan jelas.
Bangunan ini telah dibina pada tahun 1929 sebagai kediaman Residen Britsh bagi menggantikan bangunan kayu asal yang dibina pada tahun 1888 . Dalam tahun 1948, bangunan ini dibaik pulih dan dijadikan istana bersemayam Al-Marhum Sultan Abu Bakar dan diberi gelaran nama “Istana Kota Beram”
Arca bangau yang dibuat daripada kayu hanyut mengisi ruang kolam di depan muzium.
Lanskap yang pasti menarik perhatian setiap pelancong.
Arca bangau dan kuda yang dibina daripada serpihan kayu yang hanyut di sungai pasti memukau sesiapa yang melalui kawasan ini. Tiap otot dan bentuknya digam menggunakan ‘gam perahu’. Selain arca bangau dan kuda yang diletakkan di halaman depan muzium, terdapat beberapa lagi arca orang asli di dalam bangunan muzium.
Seorang kakitangan muzium bagi tau harga seekor arca kuda berharga RM 81,000 dan dibuat di Semarang, Indonesia.
Selepas meronda kawasan persekitaran luar muzium, jom kita masuk.
Waktu lawatan Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang
- Selasa – Ahad – 9.30 pagi – 5.00 petang
- Jumaat – 9.30 pagi – 12.15 tenghari / 2.45 petang – 5.00 petang.
Muzium ditutup setiap hari Isnin, hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Bayaran masuk ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang
- Rakyat Malaysia -: RM 5.00
- Rakyat Pahang : RM 4.00
- Bukan warganegara Malaysia : RM 16.00 / USD 5.00
- Kanak-kanak ( 12 tahun ke bawah ) dan OKU : Percuma
Bangunan istana yang dijadikan muzium ini mempunyai beberapa bahagian. Jangan risau kerana ada kakitangan yang mesra sedia memberi panduan untuk melawat semua bahagian tanpa terlepas satu bahagian pun.
Terdapat empat dewan iaitu Istana Kota Perak, Balairong Seri , Inderapura dan Bunga Pekan yang menyediakan ruang pameran untuk Fesyen dan Tekstil, Arkeologi & Masyarakat Orang Asli, Seramik , Kebudayaan & Kesenian Pantai Timur.
Arca Orang Asli yang menggunakan kayu hanyut dibina dari Semarang, Indonesia. Ruang pameran Arkeologi & Masyarakat Orang Asli menempatkan pelbagai arca, artifak dan maklumat mengenai sejarah dan kehidupan masyarakat orang Asli di Pahang.
Pahang merupakan negeri yang diduduki paling ramai oleh Orang Asli . Orang Asli ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama merangkumi sembilan suku kaum. Antaranya ialah Malayu-Proto ( Jakun, Temuan dan Semalai ) , Senoi ( Temiar, Semai, Jah Hèt, Che Wong dan Semoq Beri ) dan Negrito ( Bateq)
Ini adalah serpihan Perahu Rompin yang ditemui di hulu Sungai Pontian di Kuala Pontian, Rompin, Pahang pada tahun 1926. Perahu ini dibuat daripada kayu merawan dan medang. Selepas melalui ujian karbon 14 , kayu ini dikenalpasti bertarikh antara 203 – 600 M iaitu lebih 1500 tahun dahulu.
Serpihan Perahu Rompin ini merupakan jumpaan rangka perahu yang tertua di Semenanjung Tanah Melayu.
Polo cukup terkenal dikalangan keluarga diraja negeri Pahang. Ada kisah sejarahnya bagaimana polo menjadi suka diraja negeri Pahang. Di ruang pameran Polo yang luas ini terdapat skrin multi sentuh interaktif selebar 122 inci.
Bagi saya, Muzium Sultan Abu Bakar adalah muzium paling canggih dan moden pernah saya kunjungi. Berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan.
Konsep skrin multi sentuh interaktif dan kios multi sentuh interaktif di setiap ruang pameran banyak membantu pelawat mendapatkan lebih maklumat mengenai bahan yang dipamerkan. Jangan malu dan segan untuk bertanya kepada kakitangan yang bertugas. Kami mendapat banyak maklumat menarik dari sesi perbualan bersama kakitangan muzium.
Tiada larangan mengambil gambar di dalam muzium ini kecuali menggunakan kamera. Maksudnya boleh guna kamera telefon bimbit. Tetapi bahan pameran biasanya mempunyai cahaya kontras yang tinggi, kualiti gambar tak berapa cantik. Jalan terbaik, pergilah melawat muzium itu sendiri.
saya baru berkunjung ke muzium ni… malas nk cerita lebih2 kt blog sbb dah ada info yg cukup lengkap kat sini… letak je link entri ni kt blog saya hehe…
bagus sekali bila musium ini dibuka kembali. siapapun bisa mendapatkan banyak edukasi dari musium ini nantinya 🙂
Dear writer ( Kujie2.com),
I should be grateful that you have portrayed very well, the driftwood sculptures of storks, horses and also the orang asli. They seem to attract many audiences and that they appreciate the works that I have done.
And, your photography skills is very good.
Cheers.
Salam from Semarang.
Thank you for passing by. I really appreciate all the hard work in making this effort the best.
All my images are taken from using my phone.
memang pelbagai macam ada kat dalam ni .. kalau siapa yg nak tahu tntg Pahang boleh dtg sini
Bangau nampak real.. 🙂
Memang cantik 🙂
pertama kali masuk muzium masa ikut rombongan sekolah rendah..hehehe
lepas tu masuk muzium bila ada pameran tertentu je..
tapi bagus jugak kalau bawak anak2 pegi muzium + dapat tunjukkan diorang perkara2 sejarah (yg kekadang kita sendiri pun tak tau) dari asyik bawak pegi zoo tengok gajah je..
Tidak pernah lagi ke muzium ini. Banyak pengetahuan dapat kalau pergi ke muzium berbanding tempat-tempat peranginan lain.
kalau bab gambar kujie memang tip top!
semua gambar dari handphone je
p/s – cuba register di gravatar.com utk dapatkan gambar avatar bila menulis komen di blog wordpress…
suka pergi tempat-tempat gini. nanti nak pergi lah 🙂 macam menarik aja lepas dah buat baik pulih kan 🙂
masukkan dlm list 2013
cuma satu je….jangan pi bulan Dis
musim hujan…nak ambil gambar pun tak cukup matahari..hihihi
nak salahkah matahari, padahal tak pandai ambil gambar :p
sekali tengok gambar bangau tu, mati2 ingatkan bangau betoi….
arca bangau tuh kelihatan seperti bangau betul lah…hehe
arca kuda tu memang menarik minat saya
muzium kat KL pun tak pernah lagi jejaki…huhuhu
Menarik teringatkan lawatan ke Istana Lama Yang Di Pertuan Agong Malaysia.
Membenar apa yang ditulis mengenai mengenal pasti usia sesuatu bahan dengan ujian karbon 14.
semalam search cari info mengenai carbon 14 dan cara mcm mana ujian ini dijalankan… seronok sebab info dari muzium tersebut menyebabkan kak jie mencari lagi satu maklumat dan mengetahui mengenai ‘ujian karbon 14’
Dulu saya pernah pergi ke muzium ni..masa tu belum mengalami proses pengubahsuaian..nak kena pergi lagi nampak gayanya..
** Suka gambar yang ke-2 tu..
Mahal betul kuda kayu tu,lebih mahal dari kuda asli 🙂
perkhhh.. hebat!
insyallah akan sampai ke sana….
almaklumlah Kuantan sudah jadi destinasi pemukiman kami pula.. hehehe
Seronok dapat berjalan dengan family..last sy pergi muzium masa sekolah rendah..sekarang dah ada anak..punya lah lama.hehe
Setakat ini tidak ingat jika pernah masuk mana-mana muzium, mungkin waktu sekolah. Bila dah ‘besar’ ni, jarang sangat terlintas untuk masuk muzium, mungkin suatu hari nanti melawat semua muzium yang ada boleh dimasukan ke dalam ‘to do list’.