Sorotan Ringkas 2012
Peribadi

Sorotan Ringkas 2012

kujie2

  • Alexa Ranking – 68,581
  • Malaysia Ranking – 361 345

Saya pernah mencapai ranking lebih baik dari ini tetapi kedudukan sekarang ini lebih dari apa yang dijangkakan.  Sejak bulan Oktober, saya agak kurang memberi perhatian kepada blog.

Sepanjang tahun 2012, antara salah satu  kenangan paling  manis yang sangat bererti adalah saat menyambut kepulangan suami selepas 3 tahun berada di luar negara.

kembali bersamaBerpeluang ikut serta program Malaysia Social Media Week  ( MSMW ) 2012

msmwPandu uji Honda Insight 2 hari 1 malam ke Melaka bersama blogger² terkenal lain.

honda insigh blogger test drive

Menjadi Official Blogger di Karnival Asas Tani 2012

official bloggerJuga beberapa event lain seperti Petronas F1 , Nandos , bengkel Naturel Organic Extra Virgin Olive Oil , Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri dan duta blogger untuk produk jubin MML, jemputan media Nat Geo Wild bertemu Dr Brady Barr , Pembukaan Hyundai 3S Sutera Gemilang Auto Di Shah Alam ,

minyak zaitun

Jumpa Lisa Surihani Di Majlis Pelancaran 701pages.com

lisa surihani… dan pertama kalinya saya ikuti program bersama jabatan kerajaan – Tourism Malaysia melawat Raub.

Ada banyak juga jemputan lain yang tidak dapat saya penuhi kerana terpaksa meninggalkan rumah beberapa hari atau program yang bertindih dengan jadual sekolah Intan.  Saya sangat memilih event yang sesuai untuk turut serta.    Sebagai  seorang isteri dan  seorang ibu juga seorang anggota masyarakat , saya amat berhati-hati dengan perkongsian cerita peribadi di blog.

Saya banyak bercuti tahun ini, maklumlah suami dah ada di Malaysia.

Terimakasih untuk 2012 yang secara keseluruhannya sangat memuaskan, baik kehidupan peribadi atau pun sebagai seorang blogger.

keluarga kujieLelaki² dalam hidup saya – suami yang baru tiba dari Terengganu  sedang betulkan Autocad  Along  dan Angah yang tengah layan DOTA di malam tahun baru.  Aanak² ada kat rumah semua, tak adalah nak risau sangat.

Selamat Tahun Baru 2013 .

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Sorotan Ringkas 2012

    1. oooo.. yg tu hal² yg tak boleh dikongsi dalam talian
      cerita sekali imbas sekali saja, tak boleh terperinci

      p/s – kelapa sawit dah murah ni…

Comments are closed.