Ramai ibu-ibu yang kelam kabut rutin hidup pada hari pertama persekolahan. Pengalaman menguruskan anak pertama ke sekolah memang mengujakan. Debaran melihat anak melangkah ke sekolah dengan persekitaran di luar kawalan ibubapa agak meresahkan.
Perasaan ingin memberi kepercayaan kepada anak supaya berdikari dan perasaan tidak yakin pada kemampuan si anak bersilih ganti. Mampu k dia… boleh ke dia…
Saya tak ada anak kecil untuk diuruskan , Intan dah Tingkatan 2. Tak ada apa yang nak dikecohkan, hantar dia macam biasa. Cuma dia saja yang terlebih teruja. Tak sabar untuk kembali semula ke sekolah. Dua tiga kali buat kawat lintas hormat menayang baju , kasut dan beg baharu.
Dah Tingkatan 2 masih nak beg macam budak Tahun 2. Layan sajalah… hiks!
Lepas hantar Intan ke sekolah macam biasa, saya dan suami bercadang ke Genting Highlands. Bukan bercuti, cuma berjalan hidup udara segar tanah tinggi. Tahun lepas waktu ketika ini dia bermain sajli musim sejuk di Algeria. Rindu nak merasa udara sejuk, katanya.
Tetapi……… mana ada peluang nak berdua. Angah yang sedang bercuti mid sem pun nak ikut… tuuu dengan tak menyempat sarung kasut dah berlari keluar.
Perjalanan dari rumah hampir 40 Kilometer berkabus bila hampir sampai ke puncak. Ingat tak ramai orang yang mendaki ke puncak , malumlah anak-anak dah mula bersekolah. Rupanya masih ramai juga yang mengambil peluang bercuti ke Genting.
Kebanyakkannya pelancong asing dan orang dewasa.
Kami banyak habiskan masa di luar bangunan, nikmati pemandangan dan kesegaran udara dingin.
Angin dan kabus yang bertiup kencang menyapa pipi sampai kebas. ( jangan nak buat lawak tanya sapa yang kebas…)
Di taman sekitar First World Hotel.
Taman di depan Highlands Hotel. Geram tengok pokok bunga berkembang subur macam ni.
Bunga senduduk yang sangat subur dan besar. Saya pernah berjumpa pokok senduduk berbunga putih di Tanah Tinggi, Bentong.
Pokok senduduk digunakan sebagai ubatan herba untuk menyembuhkan luka dan merawat ibu selepas bersalin. Katanya minum air rebusan akar pokok senduduk dapat menyembuhkan luka dan mengecutkan rahim. Waktu zaman saya kecil-kecil dulu, kami kutip buahnya yang berwarna ungu gelap dan makan. Rasa kelat dan manis. Akibatnya masing-masing dok gelak lidah kawan yang berbekas hitam ( ungu gelap )
Pukul 5 petang kami bergerak turun. Pukul 6 dah ada depan sekolah untuk menjemput Intan.
Pagi tadi selepas sarapan suami bertolak balik ke Terengganu.
Perkahwinan jarak jauh macam kami memang perlu uruskan masa yang berkualiti sebaiknya bila bersama. Kena susun cuti anak-anak dan nikmati ruang yang . Kadang² tanpa dirancang.
©kujie – sedang menyusun waktu bercuti Tahun Baru Cina bulan Februari nanti.
ternyata di sela2 kepadatan aktivitas anda masih menyempatkan diri untuk membidik bunga, hmm.. bagus sekali foto2 bunga diatas
suka tengok gambar bunga yang ada kabus-kabus tu.. fuhhhh
Percutian tak dirancang kadang2 lebih mengujakan =)
wahh, cantik betul begnya.
adik sy yg kecik tahun ni masuk pra, mcm2 hal dia tiap kali balik rumah.. haha..
tempat percutian best
cantik gambar-gambar tuh.
genting highland..10 tahun yang lalu kali terakhir saya ke sana..
seronoknya…cam luar negar alak bila berkabus gitu..sejuk..
tak pernah lagi pergi genting T__T
]kesian ada yang kene tinggal…
wah..wahhh…wahhhhh lagi..
Seronoknya berjalan.. bestnya spend quality time together
Memang seronok naik ke genting sekadar untuk menghirup bayu sejuk. Terasa lain betul suasana atas tu kan kak.
salam, baru tiba sini, best entry ni mengingatkan masa zaman sekolah, cuma saya tak ada la pakai beg kartun masa tingkatan 2 :P… sempat lagi bercuti tengah anak kat sekolah… sweet sangat!!!!
Tahun paling best semasa di Sekolah bila paling senior, kalau masa sekolah rendah, darjah 6, kalau sekolah menengah masa tingkatan 5. Terutama kalau duduk asrama, memang satu asrama lah rasa diri sendiri yang punya.
Lewat datang berbuka puasa, boleh je duk first masa beratur. Kenangan semua itu. Kak Jie memang dah boleh buat travelog ni. 🙂
Sempat lagi berdua-duan di Genting. 🙂
seronoknya kak, pergi balik hari jer ke CH tu..
seronoknya pergi bercuti. bukan sahaja boleh tenangkan fikiran, malah boleh tambah pengalaman.
Pengalaman anak-anak boleh mengajar mereka terus survive.
Bestnyaaaaa…..
sejak abg kakjie balik kemain bercoti aje ..hukhuk
di Algeria ada salji yer…baru tau kak…ingatkan negara Algeria ada satu musim jer…
Algeria Mediterranean ada 4 musim. Tapi dia luas…bahagian selatan tu dah Sahara
laa ingat gi lama..gi amik angin sejuk sj je ke kak? best jgk wat tour balik hari camtu
Saya setuju bab menghargai masa berkualiti bersama keluarga. Jika dah sibuk dengan pekerjaan, inilah yang perlu dilakukan. Nasihat yang baik sebenarnya buat anak muda.
Hi Ka Jie.. Bercuti lagi ler tuh namanya.. hik3
Lama sudah tidak ke Genting.. Tunggu sponsor.. “WINK”
bukan bercuti tu.. jalan-jalan saja
tempat menarik yg paling dekat dgn rumah..
tak mahal pun..isi minyak saja tak sampai rm 10
makan kat rumah………hihihihi
Perkahwinan jarak jauh tak pernah alami,percintaan jarak jauh pernah.Ada juga yang ikut tu hehehe – agaknya apalah yang dibualkan dgn suami or “enjoy the silent” jer 🙂
Antara tempat percutian kegemaran keluarga
Hari ini selain bekerja rutinitas di Rumah Sakit adalah menghantar anak sekolah karena istri sedang hamil tua dan bersiap untuk melahirkan.
Sehingga harus menjadi suami SIAGA dan juga bantu-bantu pekerjaan istri di rumah pula.