Manzil
Motivasi

Manzil

ayat manzil
Ustazah saya Ustazah Norhayati sedang sakit tenat. Sejak Ramadan lepas Ustazah memang tak sihat. Sakit buah pinggang dan perlu buat dialysis setiap minggu.

Walaupun tak berapa sihat, tetapi kelas kami masih juga berjalan setiap Rabu.

Sebulan lepas penyakit ustazah semakin tenat. Beberapa kali dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut. Kali terakhir minggu lepas tetapi doktor benarkan dibawa balik ke rumah kerana semua organ badan, jantung baik, buah pinggang dalam keadaan seperti biasa tetapi ustazah semakin teruk.

Ustazah tidak boleh bercakap. Terbaring seperti orang koma, tetapi dia masih sedar. Masih mendengar dan faham apa yang kita cakapkan, tetapi tidak dapat membalas.

Sedih sangat.

Hari Isnin 31/12/2012 kami melawat ustazah. Bacakan surah Yassin dan Manzil.

Semalam kami berkumpul lagi di masjid, bacakan surah Yassin dan Manzil. Mohon penyembuhan dan perlindungan dari Allah S.W.T

Manzil merupakan susunan beberapa ayat yang dipetik daripada al-Quran. Amalan membaca al-Manzil ini boleh memberikan pelindung daripada kejahatan jin, sihir, pukau atau bala musibah yang lain dengan izin Allah.

Rasulullah S.A.W telah mengajar kita doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada untuk urusan duniawi atau ukhrawi. Ayat-ayat Manzil ini merupakan amalan para ulama untuk memenuhi hajat mereka.

Memang elok untuk kita mengamalkan ayat-ayat Manzil dan membacanya dengan penuh tawajjuh ( sepenuh perhatian kepada Allah ) kerana semakin tinggi keyakinan kita terhadap Allah, selagi itulah amalan ini akan memberi manfaat.

Ustazah saya cakap, setiap kalimah-kalimah Allah mengandungi terlalu banyak kelebihan dan rahsia yang tersembunyi…. selagi kita yakin.

Ayat-ayat Manzil mengandungi :

  1. Surah al-Fatihah ( ayat 1 – 7 )
  2. Surah al-Baqarah ( ayat 1 – 5 )
  3. Surah al-Baqarah ( ayat 163 )
  4. Surah al-Baqarah ( ayat 255 – 257 )
  5. Surah al-Baqarah ( ayat 284 – 286 )
  6. Surah Ali’Imran ( ayat 18 )
  7. Surah Ali’Imran ( ayat 26 – 27 )
  8. Surah al-A’raf ( ayat 54 – 56 )
  9. Surah al-Isra’ ( ayat 110 – 111 )
  10. Surah al-Mu’minun ( ayat 115 – 118 )
  11. Surah al-Shaffat ( ayat  1 – 11 )
  12. Surah al-Rahman ( ayat 33 – 40 )
  13. Surah al-Hasyr ( ayat 21 – 24 )
  14. Surah al-Jinn ( ayat 1 – 4 )
  15. Surah al-Kafirun ( ayat 1 – 6 )
  16. Surah al-Ikhlas ( ayat 1 – 4 )
  17. Surah al-Falaq ( ayat 1 – 5 )
  18. Surah al-Nas ( ayat 1 – 6 )

Ya Allah, kau sembuhkan Ustazah Norhayati  andai ada kebaikan buatnya sebagaimana Kau sembuhkan penyakit Nabi Ayub `Alaihis Salam

Mohon kawan-kawan doakan ustazah saya cepat sembuh, kami  masih perlukan guru.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Manzil

    1. cuba cari dalam buku kecil yang ada surah yassin & tahlil tu, kebanyakkannya ada ayat² Manzil ni…
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..ManzilMy Profile

Comments are closed.