ICT Dan i-City Kuala Terengganu
Percutian

ICT Dan i-City Kuala Terengganu

Ni cerita percutian hujung tahun ke Pantai Timur yang tak habis lagi. Selepas ke Muzium Sungai Lembing , ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan , melawat Tanjung Agas dan makan Murtabak Mengkasar, kami  check out dari Legend Resort Cherating dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Saya merancang untuk balik ke KL melalui Kuala Terengganu dan suami akan terus balik ke tempat kerja di Hulu Terengganu.

Dari Cherating ke Kuala Terengganu lebih kurang 170 KM .

Dijangkakan kesesakan teruk  kerana  projek pembinaan jambatan baru Bukit Kuang, kami mengambil jalan alternatif  Chukai- Kampung Ibok- Kijal .  Bukannya pernah lalu pun jalan tu, tapi sempat baca papantanda jalan alternatif ke Kuala Terengganu.

Bila lalu jalan ni, terjumpa Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman yang terletak di Kampung Ibok/Bukit Takal. Baru bercadang-cadang nak berhenti, hujan turun betul-betul di depan mini zoo.

Sampai di Kuala Terengganu hampir jam 5.00 petang.  Cari hotel yang berdekatan stesen bas kerana senang nak balik ke KL esok paginya.  Lepas Check in di DJ Citi Point Hotel Kuala Terengganu, kami mengoogle maps mencari Teluk Ketapang. Kata orang ada ICT di situ. Orang bercerita tempat ini sangat popular di Kuala Terengganu kerana menu ICTnya.

Hari hotel,  melalui Jambatan Tengku Mizan .  Selepas jambatan, belok kanan ke arah Seberang Takir.  Teluk Ketapang berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

A

ICT Pok LOng

Akhirnya sampai sejam sebelum kedai ditutup. ICT – Ikan Celup Tepung Pok Long, Teluk Ketapang.

Memang ramai orang walaupun hujan selebat-lebatnya.  Bukan saja kereta persendirian,  pelawat dengan bas pelancongan pun ada.

ikan celup tepung

Kalau kat sini, memang tak ‘lalu’ sangat nak makan ikan celup tepung.  Maklum ikan dah seminggu sejuk beku.  Tapi di sini ikan dan makanan laut sangat segar.   Kami ambil kan kembung dan ikan pari celup tepung.

udang goreng tepung sedap

Udang Celup Tepung ini sepinggan RM 5

keropok losong sedap

Keropok ikan .  Kalau kat sini kita makan keropok tepung perasa ikan.  Kat ICT Pok Lang,  memang keropok ikan yang betul-betul mengandungi  kandungan ikan.  Satu tu harganya RM 0.50.  Sos cicah pun sedap.

Kami juga ambil sotong celup tepung.  Tak sempat nak ambil banyak gambar kerana melayan nafsu…hiks!

Tetapi…….  Kuala Terengganu memang mempunyai i-Citynya.

Balik dari Teluk Ketapang , kami luangkan masa pusing-pusing bandar Kuala Terengganu.

kuala terengganu waktu malam

Nampak saja pokok berlampu warna warni , mesti akan cakap i-city.

lampu ict

Lokasinya terletak di Pulau Warisan , Jalan Hiliran berdekatan dengan Chinatown.  Kuala Terengganu .   Saya tak pernah ke i-City Shah Alam walaupun dekat , tetapi dapat pula melawat i-City Kuala Terengganu walaupun tidaklah sehebat i-City Shah Alam.

Yang pasti percuma, tak semahal i-city Shah Alam.  Parking pun percuma.

tempat menarik di  kuala terengganu

Merentangi terusan ini ada satu jambatan besi yang cantik.  Bukan Putrajaya saja ada jambatan gagah menarik, Kuala Terengganu pun ada.

penyu terengganu

Penyu pun ada kat Kuala Terengganu.  Kedudukan tersorok arca ini masih dapat kami kesan!

kampung cina di kuala terengganu

Pulau Warisan ini terletak di belakang Kampung   Cina  di muara Kuala Terengganu berselebelahan  Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu

jagung bakar

 

 

Dua kali pusing melalui kawasan ini, kami ke Pantai Batu Buruk.  Beli jagung bakar dan  luangkan 15 minit di pesisir pantai ini.

Kuala Terengganu betul-betul ada i-city  dan ICT ( Ikan Celup Tepung )

©kujie – ada banyak gambar tetapi tak berapa rajin nak menulis. 🙁

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “ICT Dan i-City Kuala Terengganu

  1. Ikan celup tepung…mmg menu wajib bagi pelancong ke Terengganu…

    Alamak, sayepun belum sempat ke i-city Terengganu…malunya…hehe

  2. KT memang meriah malam-malam.
    saya ke sana ada satu tempat tu pasar ape ntah,dekat2 bandar gak.
    borong keropok ikan dan segala2 yg ada.

  3. tak payah melancong sampai keluar negara pun dah cukup seronok melancong kat dalam negara sendiri..

    sy dan isteri pun ada perancangan nak pusing satu Malaysia bawak anak-anak bila bila berkesempatan..

  4. rasa macam nak bercuti pergi terengganu juga.
    saya pun blm pernah pegi ict shah alam. patah balik bila dpt tahu parking kereta pun dah mahal.

  5. Kak Jie catat ke setiap tempat Kak Jie pergi? Sebab biasa kalau pergi mana-mana, lepas tu nak tulis blog.. mesti lupa apa yang nak diceritakan. Haha

    1. Kak Jie tak catat tetapi ambil gambar semua info, bukan gambar saja tetapi cetakan infomasi. Balik rumah view dan baca untuk dapatkan bahan rujukan.

      Kalau untuk lokasi, kak jie gunakan google maps sambil tulis entri.

  6. Nampaknya kalau ada rasa dan keinginan nak pegi ke i-City Shah Alam yang mahal tu,sekarang dah ada pilihan..sebelah pantai timur pulak tu..memang nak kena pegi..

    ** Haa..haa..ICT (Ikan Celup Tepung)..menarik..menarik..

  7. membaca entri ini membuatkan hati kuat nak pergi kembara ke Trengganu dan lansung ke Pulau-pulau yg cantik kat sana …. azam tahun ni.

Comments are closed.