Kisah Tugu Peringatan Lebuh Raya Timur Barat
Percutian

Kisah Tugu Peringatan Lebuh Raya Timur Barat

Dalam entri lepas ( baca di sini :  Ratus Kilometer Dengan Seribu Kenangan atau baca yang ini :  Catatan Raya Sepanjang Lebuh Raya Timur Barat ) sewaktu melalui Lebuh Raya Timur Barat dari Gerik ke Jeli saya ada menceritakan mengenai plak Tugu Peringatan Lebuh Raya Timur Barat. Lokasinya sebelum Jambatan Pulau Banding arah Gerik ke Jeli.
Royal Belum Tasik Banding

Ini jambatan pertama ke Pulau Banding dari arah Perak. Pulau Banding  dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan, Terdapat chalet, jeti bot dan restoran di Pulau Banding.

Pembinaan Empangan Temenggor telah menghasilkan sebuah tasik buatan yang luas dan juga membentuk beberapa buah pulau. Pulau Banding adalah salah satu yang terkenal dan terdapat dua buah jambatan dibina sebagai penghubung ke Pulau Banding dari kedua-dua arah Kelantan dan Perak.

Saya dah terlepas sewaktu memandu di sini tetapi mengambil keputusan berpatah balik untuk melihat lebih dekat tugu tersebut.

tugu peringatan lebuh raya timur barat

Inilah monumen tugu peringatan yang boleh dilihat disebelah kiri jalan.

plak peringatan jkr lebuh raya timur barat

Plak yang bertajuk Pengorbanan Dalam Kenangan Jalan Raya Timur Barat  ( 1970 – 1982 )  didirikan oleh pihak JKR bagi  memperingati anggota-anggota tentera serta pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terkorban demi mempertahankan dan menjayakan projek jalan raya tersebu .

Antara cebisan kisah yang dimenceritakan di plak tugu peringatan tersebut ialah mengenai jalan raya ini yang dibuka kepada lalulintas pada 1 Julai 1982 telah banyak mengorbankan nyawa semasa kerja-kerja pembinaan.

Ada yang terkorban semasa kemalangan dalam masa pembinaan dan ada yang diserang oleh pengganas komunis. Di lokasi monumen JKR ini didirikan, 63 buah mesin jentolak tanah telah diletupkan oleh pengganas komunis pada 21 Mei 1974. Di lokasi ini juga 3 nyawa pekerja JKR telah terkorban dan beberapa orang lagi cedera dalam serangan pengganas komunis pada 27 Ogos 1974. Beberapa serangan lain telah berlaku di sepanjang Jalan Raya Timur Barat yang melibatkan nyawa pekerja JKR dan anggota keselamatan. Kita memperingati semua yang telah berkorban nyawa bagi menjayakan pembinaan Jalan Raya Timur Barat ini.

Sila sedekahkan Al- Fatihah kepada orang-orang yang terkorban di sini juga ditulis pada plak tersebut.

Kkos awal pembinaan jalan raya ini berjumlah RM 85 juta telah meningkat kepada   204 juta pada tahun 1975 kerana sering diancaman oleh pengganas komunis dengan membakar peralatan dan loji serta melaksanakan tindakan militan yang agresif.  Beberapa kali pembinaannya terpaksa diberhentikan buat sementara waktu dan kerana itulah lebuh raya ini  mejadi yang paling lama  disiapkan di Malaysia, iaitu  lebih kurang 11 tahun.

Sewaktu berkunjung baru-baru ini, kami melihat plak tugu tersebut telah pecah dbeberapa bucu.  Rasanya kejadian tersebut baru saja berlaku kerana serpihannya masih bertaburan di atas tanah.  Gambar diatas sebenarnya setelah dicantum cebisan bucu plak yang pecah.

najis gajah
Tekaan kami benar, memang pemilik najis inilah yang menyebabkan plak tersebut pecah. Mungkin badannya gatal-gatal dan terjumpa bucu tajam yang sesuai untuk bergesel. Kalau anda melihat beberapa binaan tugu yang tersumbing atau batu batan binaan yang mungkin retak atau rosak, cubalah faham bahawa itu disebabkan kawasan ini adalah tempat laluan gajah.

Di sepanjang lebuh raya ini ada papan tanda ‘Awas, Gajah Melintas’. Memang ada gajah melintas terutama pada waktu malam.  Adik saya melalui jalan ini hampir setiap minggu , siang dan malam dan dia sendiri beberapa kali terserempat dengan mamalia darat terbesar ini.

 

kubu pertahanan

Sepanjang jalan ini juga, kita boleh nampak kubu-kubu pertahanan yang didirikan oleh pasukan keselamatan sewaktu mengawasi jalan ini dari serangan pengganas komunis.

 

Jambatan Tasik Temenggor
Keluarga Kami – Jambatan Tasik Temenggor di Pualau Banding tahun 2012

Nota : Liputan telefon di sepanjang lebuh raya ini semakin meluas berbanding sewaktu saya melaluinya pada tahun 2012. Banyak menara komunikasi telah dibina.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Kisah Tugu Peringatan Lebuh Raya Timur Barat

  1. Tak pernah lalu jalan tu,sebab jarang ke sebelah sana,apa-apa pun dah hampir 40tahun kejadian tu :).

    First baca tadi ingat ada orang berak kat situ,lepas tu dia gesel sampai pecah,dalam dalam hati kuat betul org tu,baca lagi sekali gajah rupanya 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Buat Photobook dengan FotoZZoomMy Profile

  2. arwah ayah saya pernah buat projek lebuhraya utara selatan dan sebagai seorang bekas tentera dalam bidang kejuruteraan khidmat beliau diperlukan dalam pembinaan sesuatu projek lebuhraya……
    Jom terjah post menarik dari sukma ..CPUV CAMPAIGNSMy Profile

Comments are closed.