Sesi percutian saya yang lepas , kami ( bersama suami dan Intan ) ke puncak Bukit Bauk, Dungun, Terengganu. Ada kerja-kerja ukur untuk lereng yang menempatkan pencawang elektrik.
Selepas semua kerja dan sedang berkemas-kemas melipat tripod dan theodolite untuk balik, terpandang ke arah langit. Waktu sekitar jam 6.50 petang.
Dari celah awan bersilau cahaya matahari dan memanjang di sisi awan adalah warna-warna pelangi. Masha’Allah… itu adalah fenomena langit paling indah pernah saya lihat. Adakah ini yang sering dirujuk sebagai aurora dalam bidang astronomy?
Ini gambar menggunakan telefon, tak berapa jelas. Keadaan sebenar lebih jelas warna hijau, biru, oren , kekuningan dan merah. Hihujung awan mendatar warna kemerahan.
Bentuknya bukan seperti pelangi, tetapi cahaya berselerak dan bergerak lembut dari pelbagai sudut. Tetapi ini juga bukan aurora kerana dari bacaan saya di National Geographic yang sering memaparkan gambar dan cerita aurora, fenomena ini hanya berlaku pada waktu malam di musim sejuk di bawah paras beku. Aurora juga berlaku di kutub utara atau selatan kerana pusat daya tarikan medan magnet lebih kuat.
Cahaya aurora juga bergerak- gerak dengan pantas seperti ribut kerana ianya berlaku disebabkan ribut suria ( solar storm ). Zarah-zarah bercas akan berlanggar dengan atom-atom yang memasuki kawasan medan magnet bumi sehingga menghasilkan cahaya berwarna warni.

Walau pun fenomena indah yang say aitu bukan aurora, melihat keindahan langit yang seindan dan tidak pernah dalam seumur hidup juga adalah satu anugerah. Bila melihat langit, terkesan betapa agung dan besarnya ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala, betapa kerdilnya diri. Langit adalah ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang penuh dengan keindahan, keanehan, luarbiasa dan misteri. Bayangkan saja manusia berkurun sudah meneroka angaksa, mengeksplorasi bulan dan planet tetapi galaksi bima sakti ini tidak pernah terjangkau sempadannya.
Nota : sejak balik bercuti, saya demam, selesema dan sakit tekak, teringat suami yang ditinggalkan di Terengganu. Sewaktu berpisah , dia juga sebenarnya tidak sihat…. inilah kehidupan perkahwinan jarak jauh .
warna awan sore juga bagus di abadikankendati bukanlah aurora
potret alam memang sangat indah dan bagus bila di abadikan seperti itu
Jom terjah post menarik dari Rina ..Project : Make A Google Pagerank Prediction Tool
saya suka tengok langit. cantik
Jom terjah post menarik dari eiela ..Jom Makan Mee Goreng Sempoi Je
cantik..selalunya pada waktu senja kita boleh tengok keindahan alam ni.
Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Cara Mencegah Kanser Payudara
Belum pernah lagi jumpa macam tu…kalau saya jumpa,mmg tak lepaskan peluang.
Jom terjah post menarik dari azman ..Cara nak hilangkan sedu
Cantik keindahan Allah ni kan..emm tak berapa nak tahu lah mcm mana aurora nih..hehe
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Sekeping Nota Untuk Ayah
dengar nama aurora ni ingat nak cerita pasal produk kecantikan tadi. Tengah femes produk kawan saya nama aurora. die buat sendiri lak tu huhu
Tak pernah saya panjat bukit bauk tu. memang indah pemandangan.
Jom terjah post menarik dari saimi ..Pekeliling Gaji Bulan Julai 2013
Syafakillah. Semoga cepat sembuh dan terus berblog.
Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah 🙂
Fenomena indah macam ni selalunya tak dapat dijangkakan..kadang-kadang masa tu DSLR tiada di sisi..kamera telefon jadi penyelamat..walaupun kurang jelas, tapi ia sudah cukup untuk menjadi bukti..
Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Identiti Sebenar Pemilik Blog
cantik, macam nak maghrib tu tapi masih terang lagi langit.
Jom terjah post menarik dari Wan Gerrard ..Selesai Perpindahan Aspas ke Liverpool
ada satu lokasi kat malaysia ada aurora…
nk tau tak kat mana?
Jom terjah post menarik dari topijerami90 ..Final Year Project dan Berliku Dot Com
Nampak macam kabus?
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party yang ultra awesome
masyaAllah Subhanallah Allahuakhbar…
cantik nya kejadian di bumi ini…. sayup melihat gambar tersebut…
terasa begitu tenang sekali..
tak apa. kak jie setiap malam 3G kan.. heeee
Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Kembali Pulang
ya. bukan aurora tu..
Jom terjah post menarik dari titan ..Kenali 9 ciri-ciri Program Affiliate yang boleh dipercayai.
subhanallah cantik permandangan awan nie…
Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi™ ..Hari Syria Sedunia
aurora memang cantik.. kawan saya ada kucing, namanya Aurora.. 🙂
Jom terjah post menarik dari KiD ..Aksi Abangensem