Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit Fraser
Percutian

Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit Fraser

Semalam saya berkongsi entri mengenai Empangan Sungai Selangor atau dikenali dengan nama Empangan Kuala Kubu Bharu kerana saya dan anak-anak ke Bukit Fraser ( Fraser’s Hill ).

Bukit Fraser terletak di dalam Daerah Raub Pahang.  Kira-kira 40KM dari Kuala Kubu Bharu dengan ketinggian 1,254 meter dari paras laut.

peta laluan ke bukit fraserTak ada jadual seperti dulu. Jalan sehala untuk naik ke Bukit Fraser dibuka setiap masa  kerana kita akan turun melalui jalan lain.
A adalah untuk naik, B untuk turun sahaja.

Jarak dari ” The Gap ”  hingga ke puncak Bukit Fraser ialah kira-kira 8 kilometer.

jalan mendaki ke bukit fraser

 

Peringatan untuk pengunjung – jangan berhenti sewaktu memandu mendaki atau menurun Bukit Fraser.

jalan sehala ke bukit fraserJalan mendaki dan menuruni Bukit Fraser berselekoh berbahaya , tebing yang curam dan jalan sempit yang hanya boleh memuatkan sebuah kereta pada satu-satu masa.

gambar menarik di bukit fraserBukit Fraser adalah sebuah pekan kecil yang mempunyai bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara dengan keasliannya. Bukit Fraser ( Fraser’s Hill ) terkenal dengan aktiviti memerhati burung dan mendaki melalui trek yang dibina .

Menara Jam Bukit FrasserMercu tanda Bukit Fraser – Menara Jam.

Fraser Inn HotelPuncak Inn(tan)

Balai Polis Bukit FraserBangunan Balai Polis Bukit Fraser yang dicatitkan dengan tarikh 1919.

Klinik di Bukit FraserKlinik Pesakit Luar Bukit Fraser berhadapan balai polis.

Pejabat Pos Bukit FraserBangunan di depan Intan, Pejabat Pos Bukit Fraser .  Saya suka lokasi ni… ada style!

outdoor shooting yang menarikSaya ada share gambar ini di Intagram..tetapi bentuk empat segi sama menyebabkan jurukamera hilang dari ‘frame’.

lelaki dan bungaBermain dengan kamera telefon untuk mendapatkan sudut yang menarik.

contoh dinding rumah gaya inggeris
Tempat ini menarik untuk outdoor wedding photography .  Dinding  kebanyakkan bangunan di sini dibina dengan batu konkrit besar ,  disusun dan disimen dengan warna  putih dan dibentuk dengan warna hitam.

kedai kopi

Kedai kopi , katup.

eating shopEating Shop!

Hampir sejam setengah, kami bergerak turun.

jalan sehala turun dari bukit fraser

Perjalanan turun yang berkabus.

fraser's hill Ini gambar kami pada tahun 2007

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

43 thoughts on “Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit Fraser

  1. pernah pergi fraser hills, masa tu jalan kena ikut jadual lagi. baca entry ni baru tahu dah takde jadual masa dulu ek.

    kalau nak pergi 3 hari 2 malam, berbaloi tak? macam tak je kan.. huhu.. dh lupa apa yg ada kt situ, kecuali menara jam tu, igt sangat..

  2. Tak pernah sampai. Orang kata selain sejuk dan suasana british kat atas tu tak ada apa yang best. Adakah betul?

    1. bergantung pada minat orang sebenarnya.. kak jie boleh duduk berejam-jam hanya melihat pemandangan dan rasa cuaca nyaman macam tu.. ada orang tak minat.

      tapi betullah..tak ada apa, persekitaran saja yang sesuai utk lawatan satu hari

    1. pandu berhati-hati…lagi pun elok kalau memandu perlahan sambil menikmati pemandangan hijau… lihat perubahan bentuk tumbuhan pada aras ketinggian yang berbeza.

      sambil² berbincang dgn anak-anak , contohnya info mengenaio setiap kenaikan 136 meter dari aras laut, suhu akan turun 1ºC

  3. Gambar memang boleh jadi peringatan untuk menulis post bila travel, tapi memang jarang ambil gambar. Pergi mana-mana berharap dapat gambar dari kawan-kawan je. haha

  4. Teringat pula pada ekspedisi berjalan kaki saya dulu dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser. Part yang paling mencabar adalah part dari Gap ke puncak. Ditambah pula pada waktu malam. Mengigil sampai ke puncak dalam keadaan berangin yang kuat.

  5. gambar angah (no 11) tu kan… kalau nak lagi cantik kalau pakai dslr, bukak aperture besar, focus pada angah. kendian… zoom dekat lagi, dari paras lutut menghala ke atas… tapi, ini nampak macam kamera phone eh?

    ape pon.. saya vote gambar angah tu sebab layan feeling sorang2. sms buah hati dari atas puncak gunung ke??? hehehe.

  6. Saya ada kisah mengenai Bukit Fraser. Beberapa tahun dahulu ada naik ke Bukit Fraser adalah perjalanan yang tidak dirancang. Kami pergi sehelai sepinggang. Biasalah jalan-jalan ke Bukit Fraser banyak bengkang bengkok memang sudah perasan abang Koning yang duduk hadapan bersama isteri mula senyap dan berpeluh. Saya sudah berasa lain macam. Lepas saya bercakap abang Koning hendak muntah terus menyembur muntah kepada isteri. Untunglah isteri dan abang Koning dapat baju baru yang dibeli di Bukit Fraser. 🙂

    p/s: maaf kak Jie komen sudah jadi entri.

  7. Dulu masa saya ke sini untuk naik dan turun kena guna jalan yang sama..dah lama tak pegi..rupa-rupanya dah ada dua jalan untuk naik dan turun rupanya..

    ** Seronok anak2 dah besar,senang nak berjalan.Untuk yang anak masih kecil macam saya ni,memendam rasa dulu la… 😀

  8. jalan nak naik sane memang ngeri,
    dulu kitorang pergi 5-6 bas program. tengok tepi gerun je.
    turun bas ada yang muntah2.
    tapi,tempat tu romantik ar. haha

  9. selalu lalu simpang nak ke Bukit Fraser tapi belum ada peluang nak singgah lagi. Menarik nampaknya. InsyaAllah cuti nanti bolehlah pergi sana.

  10. teringat masa zaman perlu ikut jadual untuk naik ke bukit fraser ni..

    eating shop ? hehehe..di Ipoh pun ada satu yang dapat sy kesan..

    1. Tempat ni tak sepopular Cameron Highlands atau Genting Highlands. Bas tak boleh lalui jalan di sini, pelancong kebanyakkannya datang untuk mendaki atau jungle walking.

  11. Modelnya seorang je.
    Tempat sejarah dan peninggalan ini kalau dijaga memang banyak manfaatnya. Syukur peninggalan seperti ini masih kekal.

    1. model 3 orang

      Along kat Menara Jam
      Angah yang disebalik bunga
      Intan yang menguasai semua …hihihi

      sebenarnya ada banyak gambar lagi.. yang kat sini dari phone, gambar kat kamera belum transfer

    1. tak perlu… sekarang ni tak perlu ikut jadual waktu naik dan turun
      sebab jalan turun dah ada , tu Gap B
      Gap A naik sahaja.

Comments are closed.