Jom Rebut Tiket Percuma Air Asia
Pengetahuan Am

Jom Rebut Tiket Percuma Air Asia

booking airasia

Ini bukan tiket percuma  Program Integrasi 1Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ni.  Ini tiket yang saya booking sendiri.  Sejak Oktober 2012, lebih kurang 40 tiket AisAsia saya dah beli.  Ada untuk rombongan cik kiah pada bulan Februari 2013 dan beberapa tiket sehala  ke Indonesia pada bulan Julai 2013.

Sejak ada Air Asia, senang sangat nak beli tiket kapalterbang. Lima minit  pun dah boleh selesai, kemudian dapat email pengesahan.

Pada hari Sabtu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia.  Mengikut program ini,  AirAsia akan menawarkan penerbangan percuma  selama satu bulan di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

  • Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak .
  • Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.  KL pergi Terengganu tak boleh atau Kuching pergi Kota Kinabalu tak boleh.  Mesti seberang laut.
  • Cukai lapangan terbang   kena bayar, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.
  • Bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain TIDAK TERMASUK dalam program tiket percuma ini. Kena bayar.
  • Tiket percuma Air Asia ini hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Tolong faham, hanya tiket percuma , lain-lain bayaran masih perlu dibayar seperti cukai lapangan terbang dan insuran.   Secara kiraan rambang,  10.000  ribu tiket itu bermakna   kira-kira  5,000  penumpang  yang dapat tiket kerana secara teorinya kita akan beli tiket pergi dan balik.   Kemungkinan ada yang membeli tiket sehala  , tetapi tak banyak.

Tiket percuma Air Asia boleh dibeli  pada 9 Januari dan  penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari 2013.

Saya dah belek kelendar kuda depan ni, tak ada tarikh yang sesuai untuk bercuti ke Sabah atau Sarawak.  Anak-anak baru masuk sekolah, Along ada peperiksaan, Angah Sem Akhir.

26 – 28hb Januari dah ada program bercuti ke tempat lain.  Dah booking homestay pun.  Mungkin perlu selalu melawat laman web Air Asia untuk melihat tawaran lain yang sesuai dengan jadual.

Kalau yang ada saudara mara bolehlah luangkan masa untuk menziarah dalam tempuh tawaran tiket percuma ini.  Login ke laman web Air Asia – http://www.airasia.com

tawaran tiket percuma air asia

Tips untuk beli tiket tawaran istimewa di Air Asia.

  • Bukan semua tempat dalam satu penerbangan ada tiket percuma.  Tak mungkin 400 tempat duduk dalam satu penerbangan adalah untuk tiket percuma.  Ada kuota yang tertentu.
  • Katakan penerbangan A , kuota untuk tiket percuma dah habis, kena mencari penerbangan yang lain atau tarikh yang lain.
  • Luangkan banyak masa untuk membuat semakan tempahan.  Orang lain juga berminat, bukan kita seorang saja.. jadi, cepat buat tempahan.

 

tempah tiket airasia online

Ini contoh salah satu tempahan tiket Air Asia yang saya buat.  Bukan Tiket percuma jadi harganya RM410.00 , Cukai Lapangan Terbang RM 32.00, Caj Bahan Api RM 30.00 dan AirAsia Insuran RM 10.50.

Kita juga boleh memilih untuk membuat tempahan tiket bas ke LCCT dari KL Sentral RM 7.70 sehala atau dari 1Utama dengan harga RM 12.49

Moga penerangan ini memberi gambaran yang jelas apabila kita ingin membuat tempahan tiket secara online di Air Asia.

Passenger Service Charge (PSC) (formerly known as ‘Airport Tax’) is paid by departing passengers. The PSC is collected by the airlines upon purchase of tickets and is only paid to MAHB upon completion of the flight. Passengers who do not travel on the flight for which they have purchased the tickets are eligible for full refund for the PSC.

Senarai Harga Cukai Lapangan Terbang

  • Penumpang domestik  LCCT – RM 6
  • Penumpang domestik terminal utama  & lapangan terbang lain – RM 9
  • Penumpang antarabangsa LCCT – RM32
  • Penumpang antarabangsa terminal utama RM65

sumber : www.malaysiaairports.com.m

Ada sesiapa yang dapat tiket percuma Air Asia ni? Boleh berkongsi dengan kami?

EDIT :  Tiket Percuma Air Asia kembali  lagi bermula 15 Jan 2013. ( jam 00:01 GMT +8)

  • Booking 15 -20 Januari 2013
  • Penerbangan  20 Ogos 2013 hingga 9 February 2014

tiket percuma air asia

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Jom Rebut Tiket Percuma Air Asia

  1. Dah lama saya tak naik flight ini, last 2tahun lepas masa belajar..booking 5bulan awal, rekod paling murah sy beli rm50 MAS, hehe

  2. tarikh penerbangan yang ditawarkan kurang sesuai pulak..kalau dapat time cuti sekolah memang cari sampai lebam punya..hehehe..

    bagi orang yang tak biasa atau baru nak berjinak dengan beli2 tiket flight ni memang kekadang banyak ragamnya..ape2 hal pun, bila nak naik kapal terbang ni, sediakan la duit lebih dalam dompet tu sebelum lepas daftar masuk..mane la tau kekadang boleh jadi bagasi terlebih berat (walaupun dah bayar masa online), kena pulak dikenakan bayaran tambahan..

    1. yuuup………. yang ada tanda harga tu, maksudnya itulah harga tiket dia
      kalau free dia tulis RM 0.00
      freenya 10 ribu saja, sekejap je habislah.

      harga tiket tu belum harga sebenar tau, lepas kita isi proses membeli, ada beberapa tax atau pilihan
      mcm bagasi, red carpet, insuran, bas ke airport.. kita kena tick utk pilih atau tidak
      selepas semua2 tu…………. barulah kita tau harga bersih yang perlu dibayar.

      kalau bayar guna kad kredit ada lagi fee yang perlu dijelaskan..dia panggil yuran penprosesan.

      gigih betul kak jie terang…hehehehe..

  3. kalau dapat tiket percuma suami isteri bolih melnziarahi anak PDRM kat Kucing.

      1. pergi airasia.com
        sebelah kiri ada gambar kapalterbang, search
        masukkan origin – tempat kita nak terbang
        destination – tempat kita nak mendarat

        scrol pilih je dah ada senarai.

        pilih tarik berlepas ( depart) dan tarik kembali ( return ) kalau tick two way
        letak berapa orang.. klik buttong Search

        kalau tak dapat , search lagi ubah tarikh… sampai lebam hehehe

        moga membantu

  4. ish ish ish/… korang nie dah la bumiputra dapat byk kenikmatan nie blh perli pulak .. dapat tiket free pun nak bergosip kena la berterima kasih kpd pm.. nak bayar pun sikit jee … bukan beratusan ringgit… bertaubat la..

    1. tang mana gossipnya saudara/saudari navin?
      bukankah itu fakta dan maklumat

      saya bagi tau tiket percuma tak termasuk cas lain sebab selalu dengar orang komen kat facebook, cakap Air Asia penipu…cakap free tapi kena bayar juga
      jadi entri ni bertujuan menjelaskan kepada sesiapa yang nak beli tu… kena ingat, tiket saja free..kena faham
      so…kenalah bayar cas lain tu.

  5. Tket bleh beli round trip ke one way je bang??
    Klau dari KL ke KK mmg ade tp nk bliknye free ke tket normal??

    1. boleh beli two way…. kena cari mana tarikh yang ada
      macam saya cakap………. tiket free ni macam goreng pisang panas
      kadang2 tarikh pergi ada, tarikh kita nak balik tu tak ada seat yang free…ada seat harga normal
      kena pandai2 carilah

  6. Air Asia dah pandai,kalau dulu ada offer tiket murah,kita nak beli lebih dari 3 atau 4 orang pun tak per.Sekarang kalau kita beli untuk seorang tiket tu masih ada,tapi bila letak lebih dari 1 orang,tiket yg murah tu dah tak ada.

    Bila tukar semua untuk 1 orang ada pulak hehehe….nak idup kan.

  7. Satu peluang yg amat bagus kepada mereka yg punya ruang dan wang utk bercuti-cuti Malaysia…

    Terima kasih kak jie berkongsi tentang tiket percuma ni =)

    p.s.yeayyy…akhirnya dapat jadi pengomen pertama..tepuk tangan utk diri sendiri..hehe =)

Comments are closed.