Siapa Cakap Saya Tak Minat Masuk Contest?
Blogger

Siapa Cakap Saya Tak Minat Masuk Contest?

Syukur Alhamdulillah, makcik menang motor!!! opsss………. hiks!

Siapa cakap saya tak join contest-contest ?   Cuma saya tak berapa minat join contest yang perlu letak banner ( selain innity, banner iklan pun saya tak sediakan di blog ini ) , kena LIKE , kena SHARE atau perlu bagi backlink sana sini.  Blogger yang menjaga reputasi blog, kena faham kualiti backlink yang dihasilkan.

Kali ini saya menang langganan penuh secara PERCUMA  majalah online dari Zinio. Zinio adalah kedai buku  dalam talian, dengan beribu-ribu produk dan perkhidmatan digital terbitan terkenal dari seluruh dunia  seperti Readers Digest , MotorTrend, Business Traveller , PC Gamer atau Elle. Ditubuhkan pada tahun 2001, Zinio beribu pejabat di San Francisco dan mempunyai pejabat-pejabat di New York, London, Paris, Barcelona dan Taipei.

Sebagai pemenang, saya dibenarkan memilih satu majalah untuk dilanggan. Sebagai makcik-makcik, saya pilih Food Network Magazine

food network magazine

Terimakasih  prasy kerana menyediakan Give-Away ini  dan zinio yang menjadikan blogger makcik² macam saya mendapatkan bahan bacaan dalam kelas yang tersendiri.

Cook Like A Star!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

24 thoughts on “Siapa Cakap Saya Tak Minat Masuk Contest?

  1. selamat telah mendapatkan giveaway 🙂
    majalahnya bisa jadi sumber inspirasi anda dalam memasak bagi keluarga tercinta nie..

  2. tahniah untuk makcik yang menang contest..hehehe..

    asyik tengok dalam TV je + godek resipi & inspirasi dari internet, sesekali dapat simpan koleksi nyata bagus jugak ye kak..

  3. tahniah kak jie…

    tak pernah lagi merasa menang contest atau apa2 peraduan yang disertai. tak berbakat atau memang belum ada rezeki utk jadi pemenang 🙂

Comments are closed.