Sebenarnya saya teringin berkongsi cerita dan gambar mengenai Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka yang menjadi tempat bermalam kami sewaktu mengikuti program Honda Insight Bloggers Test Drive. Bukan senang nak dapat peluang menginap di tempat mewah begini , terimakasih Honda Malaysia.
Philea Resort & Spa tercatit di dalam Malaysia Book of Records sebagai resort balak (log resort) yang pertama dan terbesar di Malaysia juga di Asia.
Setiap blogger diberikan bilik sendiri. Bilik dengan dua katil single yang cukup selesa dan penuh aroma desa. Kekuranganya hanya satu – keseorangan.. kehkehkeh! Bagi dua katil tapi duduk sorang².
Terdapat 201 bilik termasuk 180 vila, 19 suite dan dua unit vila Diraja di Philea Resort & Spa dengan harga yang ditawarkan adalah sekitar RM750 sehingga RM1,000 bagi satu malam.
Keseluruhan bangunan bilik penginapan dibina menggunakan 100 peratus batang kayu jenis pain. Susunan kayu pokok pain yang diimport dari Rusia itu menang unik dan pertama kali saya temui. Bahagian belakang bilik pula berdindingkan batu marmar dari Perak.
Kayu landasan kereta api terpakai turut digunakan di bahagian tangga untuk ke pintu bilik bagi memberi ciri dramtik keseluruhan resort ini.
Selak pintu bilik air yang nampak traditional dan mengimbau kenangan rumah tok dan tokwan di kampung.
Awal pagi saya berseorangan mengambil udara segar dan nyaman dengan berjalan di sekitar resort. Ketenangan dan kehijauan yang diterapkan pada landskap Philea Resort & Spa telah dianugerahkan “Green Hotel Terbaik 2011” oleh kerajaan Melaka.
Kolam renang yang sangat menarik yang dihiasi air terjun buatan memberi deru air dan tiupan angin seolah-olah suasana di dalam belantara tropika.
Pemandangan indah ini hanya beberapa langkah dari pintu bilik penginapan saya.
Kasihan pun ada – roti secubit menjadi rebutan ribuan ikan kap.
Bersama beberapa blogger Ben Ashaari , Fazreen dari OhMedia, Jari-jari Halus Ella , Ujang dan Michael Yip meluangkan masa layan makcik² bersembang santai di hadapan salah satu villa di Philea Resort & Spa selepas sarapan hari ke-2.
Kayu landasan kereta api terpakai yang digunakan di bahagian laluan memasuki bilik nampak begitu semulajadi
i must be happy to see you philea! pinyam dr Mikeyip
Untuk ke Philea Resort & Spa , selepas Plaza Tol Ayer Keroh ambil simpang ke arah kiri berdekatan dengan lokasi pelancongan Taman Rama-Rama.
p/s – entri berjadual
Waaa, seronoknya. 😉
Masa cuti sem nanti, saya nak ajak family bercuti nak hilang tension kat Tanah Arab ni. 😉
Jom terjah post menarik dari Asyrof Asri ..Wordless Thursday – Chinese Food in Egypt
Biasa lalu situ, tapi jengah dari luar je.. 😀
Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Kerja part time di rumah vs Kerja sambilan di rumah
kalau tak ada penaja, lalu kat luar juga…gigil kaki nak melangkah kalau semlm mcm gitu harganya
bajet sebulan duit dapur tuuu
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pertama Kali Jumpa Mereka Di….
Seronoknya… harap-harap dapat pergi satu masa nanti.. AMin
Jom terjah post menarik dari Aya ..Siti Nurhaliza Berlakon Filem dengan Pelakon Indonesia?
wah memang cantik kak jie .. tak terkata bila tengok harganya
Jom terjah post menarik dari puanbee ..Siapa Yang Patut Beri Dulu?
Cantiknya resort ni…. bertuah dapat pergi sana….
Jom terjah post menarik dari zikri ..Dari Bukit Lanchong ke Behrang
aduh kak..sya dah terpikat dengan tempat ni.
nak pegi jugak!hehehe
Jom terjah post menarik dari Nabiel ..Siapa KOLOT..Siapa OPEN MINDED.
tumpang gembira jugak..mampu tengok gambar jela..mahal tu rm750 -rm1000 semalaman.
Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Sejarah Hang Tuah Pula diperkatakan..
masa lepas kahwin dulu, cadangnya nak ke sini untuk honeymoon..tapi mahal sangat lah pulak…hehe…so tunggu bila dah balik malaysia nanti, barulah dapat kot nak pergi ke philea resort ni…tapi dengan bawak si ammar sekali la…
Jom terjah post menarik dari bardboo ..Ajar Ammar Membaca Menggunakan Flash Card
Assalamualaikum,
Cantiknyaaaaaa!
Kak Jie, kat sini ke Shah rukh khan buat pergambaran filem tu?
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Gotong Royong Sesakkan Jalan Untuk balik Kampong
tumpang gembira ajelah. hehe..
Jom terjah post menarik dari titan ..Undi blog lelaki kacak ini.
cantiknya 🙂
Jom terjah post menarik dari rahman ..Laut itu mendamaikan
menarik,padan dgn harga satu malamnya
Jom terjah post menarik dari Zarul Umbrella ..Fesyen Converse Yang Klasik
Gambar Kak Jie didepan Villa mengancam macam mak Melayu terakhir. Apa pun villa ini mempunyai unsur mewah dan tidak sangka pula ia terletak di kampung sendiri. 🙂
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Pulau Pinang mengamit kenangan lama
masa snap tu pun kami dah cakap memang macam perempuan melayu terakhir.
Jom terjah post menarik dari Fazreen ..Trip To Broga With XCLUSIVE FITNESZ members
Cantik nampaknya resort ni..Kak Jie ada usha harga tak,sewa satu malam?Saya suka kalau bercuti ada pemandangan macam ni.
Jom terjah post menarik dari azman ..Jangan cepat menilai
harga starting RM750 satu malam – bilik yang kami dapat tu la.
Jom terjah post menarik dari Fazreen ..Trip To Broga With XCLUSIVE FITNESZ members
kak,saya dari Melaka pun tak pernah tahu….mmg sah telah melupakan negeri sendiri
Jom terjah post menarik dari docche ..Genius Dowh – Multi Terrain Electrical Bicycle You Have Never Seen (6 gambar)
pandang dari luar je penah. nak masuk mmg x mampu.
RM750 semalaman????
mahal gilak..huhu
Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..KASTAM HONG KONG SERBU PEJABAT MEGAUPLOAD
memang mahal la..hoho..750 semalaman..perghhh..
Jom terjah post menarik dari paihujey ..Apa Pendapat Anda ?