Ucap hai untuk Adam, please!
Peribadi

Ucap hai untuk Adam, please!

adam hakimi pesakit jantung berlubang

Ini anak saudara saya, Ku Adam Hakimi yang baru sampai dari Baling, Kedah petang tadi.  Dia datang dengan Tok dan Tokwannya (mak dan ayah saya)

Sekarang Adam berumur 5 tahun dan dah masuk tadika.

Ini Adam sewaktu berumur 8 bulan, hanya boleh berbaring kerana Adam dilahirkan dengan jantung berlubang.  Syukurlah walaupun proses pembesaran Adam agak lewat, berjalan di usia  hampir 2 tahun,  sekarangAdam semakin sihat dan menurut doktor lubang yang terdapat pada jantungnya semakin baik biarpun tidak sepenuhnya.

Kalau dulu Adam perlu membuat rawatan pakar di Hospital Pulau Pinang setiap 3 bulan sekali, tetapi sekarang setiap 6 bulan sekali.

Adam sangat sangat sangat aktif dan sangat sangat sangat ‘banyak mulut’.  Otaknya cerdas dan ‘selalu banyak tanya’.  Kanak-kanak yang ‘banyak tanya’ imaginasinya tinggi.   Selagi dia tak puashati dengan jawapan yang diberikan, selagi itu dia akan tanya tanya tanya.

Atas sebab-sebab kesihatan , ini adalah pertama kali Adam datang sejauh ini ke rumah Mak Longnya.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Ucap hai untuk Adam, please!

  1. Hai Adam…. lambat dah nak ucap hai…

    apa apa pun semoga cepat sembuh dan belajar rajin rajin nanti…

    p/s: budak banyak tanya sangat bagus… masa nilah utk mengajar mereka….sebab otak mereka masa kanak kanak ibarat span… dia akan absorb semua apa yg diajar….

  2. hai adam..moga adam sembuh insya-Allah..jadi ubat penawar untuk ibu dan ayah dan keluarga dikala mereka kesusahan, adam lah penyeri hidup keluarga adam..amin..

  3. mama,mcm penah je mama cerita pasal adam ni dulu2. kan ma? ke yonna silap ni? hehe. alhamdulillah dia makin okay! semoga terus ber-tumbesaran ye adam! 😀

  4. Hai Adam!

    Uncle Man doakan Adam sihat selalu,jangan nakal2!jgn usik Nemo Mak Long tau nanti dia terbang macam superman :)<— tanya Mak Long naper dia terbang macam tu 🙂 🙂 🙂

  5. Hai, Adam !

    Seronok dak pi rumah Mak Long ? Hehe… macam-macam ada, kan ?

    Teringat masa Ahmad Asri masih diselubungi masalah Asthma dulu. Dia juga sangat sangat sangat hyperaktif. Tak reti duk diam.
    Bertanya itu dan ini sehingga letih orang di sekelilingnya untuk menjawab dan menjelaskan.

    Terasa seperti baru semalam semua itu berlalu. Sukurlah dia dah sembuh sepenuhnya.
    Pak Long Zul harap, Adam juga akan sembuh sepenuhnya seiring usia yang semakin memanjat. Sama seperti Abang Ahmad Asri, anak Pak Long yg sorang ni…

    Amiin !

  6. hai adam ,

    sama kes dgn anak saudara kami , jntung berlubang .. baru saja dioperate seminggu sudah di jepun dan kondisinya kdg2 stabil kdg2 tidak …

  7. moga dia sihat sepenuhnya. jika lubangnya tak berapa besar di awal lahirnya, seharusnya jika di jaga dengan betul lubang itu akan tutup dalam proses pembesaran.

    p.s itu saya dapat dari komik genre medikal dari jepun. haha. kalau dia tipu, maka saya pun kene tipu.

    1. betullah tu… jantung adam bkn berlubang besar
      ada kebocoran mcm tu
      mmg masa kecil mmg kena jaga betul2
      bila besar, kemungkinan besar boleh tertutup
      kena betul2 ikut nasihat dan rawatan yg disyorkan

  8. Hai Adam! 🙂
    Agak terharu…disebalik senyuman dia tu,disebalik banyak banyk banyak mulut dia tu, ada sesuatu yang dia tanggung….. moga adam akan cepat sembuh sepenuhnya dan menjadi seorang bijak pandai satu hari nanti…..

    Hai mak long!! hehe

Comments are closed.