Nasi Lauk Sebungkus Kasih Sayang
Artikel

Nasi Lauk Sebungkus Kasih Sayang

Awal minggu lepas, saya tengok videa klip CNY : Nasi lauk you never taste before diterbitkan oleh RealArt.  Video klip  2 minit 49 saat ini menceritakan kisah penjual nasi berlauk (hidangan Kelantan yang popular) Kak Ton, yang anaknya, Mat telah meninggal dunia akibat kanser.

Nota yang ditinggalkan oleh Mat sungguh menyentuh hati … tengoklah sendiri. Saya tengok Ombak Rindu pun tak menangis tak sedih macam ni.

Antara pelakon video klip ini  Tharuman Arjunan, Zaiton dan Ng Khong Wei

Kalau Kak Ton tu saya, maukah korang mengambil sikap dan tindakan seperti ini?

Nasi Lauk Sebungkus Kasih Sayang fan page – facebook

ada 3 lampu kat rumah  tak menyala, sapa nak dtg baiki ni….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “Nasi Lauk Sebungkus Kasih Sayang

  1. Assalamualaikum,
    Nasi Berlauk Kelate ni…masih ada semangat begini di Malaysia tapi taklah 100%, nampak tersangat ideal pulak. namun di kawasan luar bandar, warna kulit, agama, kepercayaan dan budaya bukan halangan yang besar. bagi sesiapa yang pernah pergi Kelantan, [atas pasar besar siti khadijahpun ada] adakalanya tak perasan mereka berurusan dengan peniaga berbangsa cina kerana ada antaranya cara pakaian, lenggok bahasa pun dah nak sama dengan orang tempatan.

    Masa sekolah di KB dulu-dulu, Saya mempunyai rakan-rakan berbangsa Siam dan Cina.Cara hidup mereka 90% hampir sama dengan masyarakat melayu dan ada antaranya tidak tahu berbahasa ibunda mereka langsung.

  2. beruntung siapa yang masih ada ibu, masih boleh berbakti…..kalau la semua rakyat MALAYSIA sebijik dalam video ni, MALAYSIA la negara paling bahagia dalam dunia…..sedap nya nasi berlauk, kat MESIR makan nasi takde lauk sbb org ARAB MESIR tak makan lauk….dia orang ratah ayam saje dengan roti cecah tahina

  3. dah tonton video ni sejak minggu lepas…Memang menyentuh hati dan sanubari. Betapa manisnya kalau kita selalu begini dalam hidup bermasyarakat.

    rasanya lepas team production boleh buat iklan untuk TV plak…

    Apa kata video tu translatekan ke BI plak…. mesti popular satu dunia… dapat promote malaysia dan negeri kelantan secara tidak langsung…hehehe

  4. toksah kata nak baiki lampu… modem terbakar kene petir pon kak jie repair sendiri kan.. hahaha.. nak harapkan kat orang tuu… duduknye ceruk hulu KL.

    1. gelak baca komen ni.. hak hak hak
      modem kena petir tu jgn dok sebut², masin mulut sat gi…hangus

      la ni modem kak jie dah ada wifi, hari tu upgrade, TM dtg bagi modem baru….. lajuuuuuuuuuuuuuuuuu dah la ni.

      p/s – la ni Angah ambil kos computer network kt kolej komuniti…hehehe..adalah org nak boleh diharap

      1. Bukan takat modem, boleh drill pasang lagsir seniri… hebak Kak Jie 😀

        p/s: Dah banyak kali tengok dan setiap kali tulah rasa bergenang ja ayaQ mata. Best clip video ni…

        1. Assalam…
          Kalau ramai yang dapat hayati dan amalkan, mesti best kan. Tapi masih ramai yg ada sikap pentingkan diri sendiri..

  5. nasi lauk? ooo org kelantan panggil nasi berlauk…blm berkesempatan lg tyk video tu..nk kena tgk gak ni

Comments are closed.