Honda Insight :  Untuk Masa Depan Bumi Yang Lebih Baik
Pengetahuan Am

Honda Insight : Untuk Masa Depan Bumi Yang Lebih Baik

akubiomed says: Macamana pengalaman pemanduan kereta Hibrid ini? pada entri Honda Insight Bloggers Test Drive.

Tak sabar ye nak tau…

blogger malaysia

Seperti yang diceritakan pada entri terdahulu, beberapa blogger telah dipilih untuk menyertai Honda Malaysia dalam Test Drive Hybrid Vehicle Awareness Campaign pada 13 & 14 Januari 2012.

Kami diberikan kereta berteknologi hibrid, Honda Insight untuk dipandu uji bermula dari The Bee, Jaya One hingga ke lokasi akhir bermalam  di Philea Resort & Spa, Melaka.  Rakan sekereta saya ialah Fazreen wakil dari ohmedia.  Kami berdua macam mak dan anak.

Laluan paling best adalah dari Semenyih –> Bangi Lama , melalui bukit bukau jalan berselekoh tajam kawasan Empangan Semenyih.

Laluan balik yang paling best  dari Lebuh Amj ke Masjid Tanah melalui Kampung Lendu.  Dalam semua laluan, ini adalah jalan yang belum pernah saya lalui.  Melalui perkampungan negeri Melaka dan merasai perasaan pulang ke kampung.  Nampak makcik sedang menyidai kain, pakcik menebas rumput di depan halaman,  mengelak longgokan tahi lembu ditengah jalan malah pagar-pagar kayu berkawat duri di jalan yang kecil membuatkan saya rindu.  Rindu mak di kampung.

Bernostalgia pula makcik Jie ni… hiks!

Hibrik tu kereta lektrik ke?   Itu antara soalan yang saya terima dari pembaca blog.

honda insight 1.3livtec
Secara mudah, kereta hibrid adalah kereta yang menggunakan kuasa enjin yang dijana oleh  petrol dan  motor daripada bateri.  Jadi kereta hibrid adalah kereta separuh elektrik yang dihasilkan daripada bateri.

Honda Insight menggunakan kuasa enjin 1.3L i-VTEC yang dijana oleh sistem hibrid Motor Bantuan Bersepadu ( Integrated Motor Assist – IMA ).

Pertama kali duduk dan memandu kereta ini, tiada apa yang membezakan dengan kereta biasa, masih menggunakan stering dan 4 biji tayar.  Jangangalah nak  berimaginasi secara parabola membayangkan kereta hibrid ini ada sayap boleh terbang.

honda hibrid test drive

Inilah ciri istimewa yang paling menarik pernah saya jumpa, maklumlah tak pernah lagi memandu kereta canggih lain.

Pada papan pemuka ( dashboard ) ada beberapa petunjuk untuk pemandu mengetahui apa yang sedang berlaku kepada kereta .

Selalu kita dengar jurujual akan cakap ‘ kereta ni jimat minyak…. kereta tu jimat minyak” tetapi sebagai pengguna biasa macam saya, jimatnya macam mana? jimatnya berapa?  Apa fakta di depan mata yang membuktikan statement tersebut?

Bila dapat memandu uji Honda Insight, barulah saya faham dan nampak dengan mata sendiri jumlah atau pengiraan penjimatan minyak yang biasanya menjadi  topik sembang  kaki kereta.

Speedometer elektronik yang terdapat di dalam Honda Insight akan memaparkan maklumat berapa kilometer yang telah kita jimatkan dalam setiap liter petrol. Jelas terang dan nyata. Bukan sekadar “cakap guna air liur saja..”

Di sebelah kiri terdapat jarum yang akan bergerak mengikut corak pemanduan.

Kalau jarum berada pada kawasan biru, itu bermakna corak pemanduan kita sekarang sedang menggunakan lebih banyak minyak atau tidak menjimatkan minyak.

Kalau jarum meter berada pada kawasan hijau itu adalah petunjuk kita sedang menggunakan bahan api secara cekap dan menjimatkan minyak.

Sekiranya jarum pada meter berada pada pertengahan garisan antara biru dan hijau, mode pemanduan kita adalah secara sederhana.

Bagi saya, ciri-ciri jelas yang dipaparkan  adalah satu proses supaya pemandu mendidik diri belajar menyesuaikan teknik pemanduan supaya mencapai sasaran sebagai sebuah kenderaan yang direkacipta untuk lebih mesra alam.

Azah says: Honda Insight best. mula2 nak pusing selekoh selalu slow sket sbb tiap kali break mesti engine dia nak mati. so, kak jie jangan tekan break abis2 la.. klau berenti kat trafic light pun kena angkat handbreak, kalau tekan break kaki je nanti aircond mati. huhu.. overall.. insight best!

Mengikut pemanduan yang saya fahami sewaktu memandu uji Honda Insight, kita tidak boleh menekan break atau pedal minyak secara extream.  Kena pelan-pelan.  Mungkin tidak sesuai kepada kaki pecut di hentian lampu isyarat tetapi untuk pemanduan bandar dan jarak jauh yang stabil, Honda Insight amat berbaloi untuk dimiliki.

Sebenarnya macam ini – bila kita tekan break sepenuhnya ( contoh berhenti di persimpangan lampu isyarat ) lampu ‘Auto Stop” akan berkelip dan padam.

Pada masa itu enjin kereta akan mati sepenuhnya, tetapi semua sistem di dalam kereta seperti penyaman udara  berhenti tetapi blower masih lagi hidup dan audio juga berfungsi seperti biasa .

bagaimana kereta hibrid berfungsi

peringkat dan proses penggunaan bateri

Inilah ciri mesra alam yang sebenar! Pada waktu itu, kereta akan dihidupkan dengan kuasa bateri dari motor.  Inilah ciri istimewa Honda Insight hibrid, gabungan enjin dan motor!

Bila kita tekan minyak untuk berjalan , enjin akan dihidupkan semula secara automatik.

Sebagai sebuah kereta bercirikan mesra alam sekitar ,mudah untuk dipandu dan menjimatkan minyak kerana Honda Insight mempunyai Eco Assist yang memberi maklum balas kepada pemandu dengan grafik berbentuk daun sebagai indikasi pemanduan yang efisyen.

Lagi bagus corak pemanduan kita, daun yang tumbuh akan membentuk sepohon pokok hijau yang sempurna. Seronokkan kalau tiap kali balik dari satu -satu perjalanan kita berjaya mendapat piala atas keperihatian menjaga alam sekitar.


Honda Insight berinteraksi dengan pemandu dan menghargai usaha kita untuk menjadi seorang pemandu yang mesra alam.

Mana ada kereta macam ni? kan….

Ramai orang bercakap tentang kelajuan dan pecutan tetapi terlupa tujuan utama kereta ini dicipta dan juga kebaikan darinya.  Sewaktu memandu uji Honda Insight, saya melalui pengalaman memandu dalam kesesakan bandar besar, bandar kecil dengan persimpangan kesibukkan awal pagi hingga memandu di lebuhraya pada kelajuan maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang.

Honda Insight adalah untuk seorang insan yang sayangkan alam, bumi tempat tinggal kita hingga kepada keselamatan diri di jalanraya.  Seorang insan yang baik akan menjadi seorang warga negara yang baik.

 

Honda Malaysia menawarkan waranti bateri untuk jangka masa 5 tahun dan   kereta hibrid seperti Insight , baterinya boleh dicas semula dari enjin kereta tersebut.

Dengan harga di bawah RM 100 ribu, Insight adalah kereta mesra alam yang berbaloi dibeli.  Revolusi dunia automotif masa kini telah memberikan Insight rekaan aerodinamik , sporty serta dinamik penuh bergaya walaupun anda sedang menyelamatkan alam sekitar.

Bila telah memandu sendiri Honda Insight, betullah seperti tagline Honda “ A New Way Of Thinking ”. Jika selama ini kita hanya membicarakan sebuah kereta hanya sebuah jentera tetapi bersama Honda Insight secara tak langsung kita akan membuka ruang untuk membenarkan persekitaran hijau sama-sama seiring dengan teknologi.

test drive honda hybrid

Ada kejadian yang tak tau nak dikategorikan apa..lawak malu sendiri kot. Gelak sorang² bila ingatkan kejadian ni.

Selepas selesai sesi pandu uji Honda Insight, dengan berat hati terpaksa memulangkan semula ‘buah hati ‘  , saya pun balik kepada Cik FL yang ditinggalkan semalaman di ruang basement Jaya One.

Bergerak dalam beberapa kilometer saya terasa sesuatu…kenapa ye…macam tak kena je. Pancit ke kereta ni. Cik FL saya ni belum berusia setahun. Serius ! rasa tak sedap nak bawa. Mana lah kot-kot duduk kat basement semalaman, tayar boleh kempis.

Saya memasuki NKVE dan terus ke PLUS Utara Selatan untuk exit di Plaza Tol Rawang. Hati masih ragu-ragu, saya berhenti di Petronas. Turun dan intai ke empat-empat tayar kereta.

Semua ok, tak ada masalah.

Masuk dalam kereta, tepuk dahi dan ketawa seorang diri. Nasib baik kiri kanan tak ada orang.

Makcik lupa daratan sungguh! Baru bawa kereta ‘sedap’ 2 hari dah lupa rasa Cik FL yang menemani tiap hari hampir setahun.

honda insight

I Have An Insight! Have You?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

70 thoughts on “Honda Insight : Untuk Masa Depan Bumi Yang Lebih Baik

  1. Go to green…
    Semoga teknologi dari mobil honda ini diikuti pula oleh mobil2 lain yang juga mengeluarkan mobil yang lebih ramah lingkungan
    Nice share Kak Jie..

  2. bagus kereta hybrid ni tapi yang honda insight ni design belakang dia tak berapa cantik la…

  3. Mesti seronok dapat menjadi orang terawal yang memandu kereta berteknologi Hybrid. Penerangan mengenai teknologi hybrid yang baik. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman menggunakan Honda Insight. 🙂

  4. Bestnye kalau dapatpelunag mcm Kak Jie. Nak beli ntah beli tahun la dapat. Nak merasa jugak naik kereta hybrid ni. Daripada cerita Kak Jie ni, lain bonar cara nak memandunya.

  5. Salam Kak Jie, sukanya baca review ni. Banyak info yang saya tak tau pun sebelum ni.
    Biasa orang review ada banyak angka-angka macam kelas mathematik
    yang ni senang nak faham.

    kalau Kak Jie dah ada HOnda, Fair Lady bagi saya 🙂

    1. Kita faham konsep sesebuah kereta dicipta, kita tentukan keperluan kita, hidup jadi smooth like that…

      belum tentu org bersetuju dengan apa yg kita lalui tetapi sekurang kurangnya dia berpeluang juga untuk baca pendapat org lain

  6. saya dari tak faham , jadi faham apa yang kakjie sampaikan ni .. terbaik ..

    ok lepas saya beli rumah baru boleh fikir Honda .. hahaha .. (berapa tahun ?? )

    1. ala……… Bee, biadalah mak mak senang nak cerita style mak mak
      kalau org bijak pandai, dia nak review nak tunjuk dia lagi pandai….

      ni review orang yang tatau apa2, baru tau…tu yg nak dikongsi

  7. Lama dah minat pasal kereta2 hibrid ni… biasalah jiwa alam sekitar..heheh Bawak kereta pun mengamal pemanduan berhemah… cuma tak berhemah bila kena follow orang. Yelah orang yang kita follow tu anggap dia sorang. bukan nak perlahan, main redah je.

    Ingat nanti sudah kerja memang akan mengambil sebiji kereta hibrid. sama ada prius, insight atau crz…

      1. itulah… kita sepatutnya kena sayang bumi ni…. dah lah ada seketul je… jadi kalau ramai bersatu untuk menjaga bumi, nescaya sejuk balik bumi nih….

        sebenarnya ada lagi satu jenis kereta yang nak dipakai/beli iaitu flexible fuel car. kereta ini boleh pakai ethanol dan petrol sebagai bahan api… kelebihan dia, kita boleh buat minyak belakang rumah iaitu ethanol(tapi kena run ethanol je la sebab ethanol yang kita buat tak 100% tulen,ada air…takleh campur dengan petrol melainkan tangki betul2 kering)kecuali kalau buat sendiri tu 100% pure ethanol…hehehe

        kete flex fuel ini popular juga tapi bukan kat malaysia… kat brazil dan us…

        tapi apa pun sebagai orang muda, CRZ sesuai kot… cuma dah ada anak kene tukar kete sebab kete ni 2 seater jer….

  8. Bagus review Kak Jie ni sampai timbul rasa teringin nak pakai kereta Honda Insight ni jugak terutama atas sebab penjimatan dan mesra alam… tapiiii errrkkk… tak mampu hi hi hi…

    Pengalaman yang bermakna. Tompang bangga tengok gambar Kak Jie dikalangan peserta tu 😉

    1. yang penting faham…. kiranya apa yg kak jie nak bagi tau orang dah faham
      kemampuan tu bab lain..hikhik

      p/s – makcik2 sgt kan kak jie dlm gambar tu..intan ckp ngape mama pakai baju kurung tak pakai jeans ke santai skit………. kak jie ckp mama nak bergaya mcm executive pergi kerja…kahkahkah

  9. Assalamualaikum.. Seronok membaca entri Kak Jie. Review ni memang terperinci dan tak rugi pihak Honda Malaysia menjemput akak untuk kempen ni.

    Memang teringin nak memilik kereta Honda sendiri. Namun apakan masih belum berkemampuan lagi. Honda memang dah lama jadi “my dream car”.. 🙂

    1. waalaikumsalam – review ini dari seorang surirumah yang mungkin tidak lengkap tetapi kak jie tak buat secara teknikal kerena sasaran kak jie adalah kebaikan dari fungsi utama Insight dibina. Semua kereta semewah mana pun ada pro dan kontanya tetapi utk keperluan individu dan menyokong tema ‘kereta hijau’ Insight masih berbaloi.

      mempunyai impian tak salah… membahagiakan diri sendiri..hehehehe

  10. kalau jumpa orang jual kereta..semua kata kereta ni keretatu jimat minyak. basikal pun jimat minyak apa..hehe

      1. bolehlah dijadikan kereta idaman kalau macam ni…tapi rasanya kena beli rumah dulu la, baru boleh pikir nak beli kereta pulak..huhu..

  11. – Review pasal kereta yang mantap pernah saya baca dari seorang wanita(tabikk spring)

    Memang betul kalau kita dah bawa kereta sedap,bila bawa kereta yang biasa2 jer mmg rasa perubahan yang begitu ketara.Patutlah pakcik saya dari mula2 honda keluar dulu,sampai sekarang dia tetap dgn honda.

    Katanya kereta honda layan korner sedap,suspension mantap,langgar lubang tak terasa,tentang kelajuan tu mmg terbaik dan ada kelas yang tersendiri.Bila lah Proton nak ada kereta sedap macam ni.

    ~enjin i vtec mmg sedap~

    1. sebenarnya entri ni terlalu panjang, ada macam2 nak diterangkan…biasalah makcik2
      jadi terpaksa fokus pada beberapa point penting saja.

      bab lupa diri tu……….lawak tak sudah.

  12. Assalamualaikum,
    kalau selalu tukar2 kereta berbeza memang terasa lain bila bawak kereta sendiri semula…bukan kak jie je pernah buat lawak TERLUPA kereta sendiri 😉

    1. bila di fikirkan balik…………. mcm tak sedar diri pun ada
      kesian kerete sendiri tu…heheh

      tapi itulah bezanya kereta Honda, ramai yg dah mengakui

  13. Honda Insight memang besh..
    bagi saya, semua kete Honda memang besh..
    Hari tu confuse gak nak pilih Insight atau City, last2 amek City sbb tak suka design Insight 😀
    Apapun, HONDA, Power of Dreams!!!

    1. kak jie baca entri cikgu pasal pilih kereta tu.. tiap org ada keperluan masing2
      lebih di situ, kurang di sini
      apa pun HOnda teleh menjadi impian cikgu, tahniah
      nanti nak test drive sekali, boleh? hehehe

  14. sekadar nak menambah.. ada orang ajar..kalau kita dah berkenan sangat dgn satu2 benda, cth rumah ke kereta ke.. pergi tengok byk2 kali.20 kali ke 30 kali..hehe nanti ada jalan kita dapat sebab minda kita dah control kita.. wallahualam

  15. Macam kak jie tau, saya jeles sbb tak dpt join. ini kereta idaman hati sejak lebih setahun lalu. punya berangan nak beli. tiap kali kira duit, tak mampu. haha. konon2 nak beli insight ni sbb nak jimat duit minyak. Tapi dengan cara pemanduan saya, rasanya takde nya jimat sgt pon. haha.

    Nak beli ntah berapa tahun lagi baru mampu. Dok doa mana tau ada rezeki dapat kereta ni free ke. hahaha

    1. oh Kay, betul tu, corak pemanduan kita yang menentukan kita boleh capai target nak jimat minyak tu. Kami konvoi bersama, dgn kereta yang sama , jarak yang sama tetapi masing2 mendapat keputusan penjimatan yang berbeza.

      Kak Jie rasa, kereta ini boleh menarik minat excecutive perempuan muda ( atau mcm kak jie..hahaha ) – ekonomi mereka stabil dan berkemampuan sesuai utk pemanduan sopan santun di bandar.

      Sebab tu masa game terakhir utk menentukan siapa pemenang , Fazreen suruh Kak Jie memandu.. dia kata, kalau dia yg pandu , mesti kalah……….asik nak memecut je..orang muda mcm tu lah

    1. aishhh…….. korang ni
      yang tuuuuuuuuuuuuu nampak aje. kalau dok teringat² ni, gelak sorang²
      baru bawa dua hari dah pilih kasih.

      1. Tapi HOnda INsight ni memang best kalau ada rezeki nak juga beli utk 2nd car … ada macam2 peringat ketika memandu utk kita tak lupa pada alam ciptaan Allah SWT

    1. kereta ni masih gunakan minyak petrol. bateri IMA yg digunakan akan dicas semasa kereta bergerak dijalanraya dari enjin petrol

  16. fuh…lagi bertambah ilmu mengenai teknologi hibrid ni..selalu gak duk bincang² dengan wife..bestnya kalau dapat insight ni..hehe..lagi murah dari Toyota Prius..tapi setakat berangan je la..hehe

    tu baru sehari..kalau seminggu rasanya FL tu terus kak jie hantar ke bengkel suruh check apa yang tak kena..hihihi.

    1. kak jie pun mula mula zero-knowledge pasal kereta hibrid ni…apa satu pun tatau

      bila kita memandu, kita belajar melalui petunjuk grafik…kita kereta bijak yg ajar kita utk dapatkan piala…hehe

      kak jie doakan angan² cikgu suami isteri jadi kenyataan.. ini bukan mustahil

  17. aircond kak jie x mati ye? entah, maybe ayah saya salah setting kot.. selalu mati je kalau fully tekan break. so, selalunya just tukar gear jadi N je kalau time kat trafic light.

    1. lepas baca komen Azah kat entri lepas tu, kak jie tunjukkan email tu kat staff Honda, dia cakap mungkin salah setting… apa kata bawa kereta tu kat Honda, tanya apa yg patut…

      kak jie tekan break, mmg engine mati tapi econ dan radio masih hidup.

      1. radio hidup, tapi aircond mati. sy sniri pun x sempat baca manual. apatah lagi ayah n mak saya nak baca manual.. hehe… nanti la bila sy ada masa, saya baca manual sampai habis.. rasanya kalau kak jie ada masa n sudi buat “tutorial” macam mana nak setting yg betul supaya jimat minyak tu boleh habis2 jimat.. lagi bagus kan? boleh saya suruh mak ayah saya baca. setakat ni sy rasa macam diorang jarang je guna sampai meter kaler hijau, asyik tengah2 je.

        1. Salam Azah,

          Maaf, sebenarnya Kak Jie yang salah faham. Kak Jie ingatkan apa yang Azah cakap mati semua…tetapi apa yang kak jie faham sebaliknya.

          Fazreen betulkan fakta ini ( dia kan rakan sekereta Kak Jie…hihihi ) waktu kita break sepenuhnya yang hidup adalah blower bukan econ utk menjimatkan minyak. Betullah apa yang Azah bagitau Kak Jie sebelum tu..

    1. utk bercerita secara teknikal yg rumit, kena tanya pihak honda sendiri.. kak jie cerita apa yg kak jie faham bersesuai untuk pemandu biasa.

  18. Assalammualaikum Kak Jie.

    Lama tak menyinggah. Terima kasih sebab bagi ulasan yang mendalam. Banyak yang Rizal belajar dari kereta jenis hibrid ni. Kereta macam ni memang sesuai untuk orang yang pentingkan alam sekitar, jadi pemanduan tu sudah semestinya berbeza.

    Honda Insight pun dah mula nampak banyak di jalan raya Malaysia. Kadang-kadang terkeliru pula dengan Toyota Prius.

    Kesian FL, hampir-hampir KakJie lupakan dia. heheee.

    1. Waalaikumsalam,

      Sebenarnya banyak infomasi yang boleh dikongsi, tetapi kak jie lebih mudah menulis apa yang dirasa bila memandu Honda Insight ni.. kita boleh cerita teknikal itu ini tetapi feeling yg kita rasa, tiap orang tak sama

      Kak Jie bercerita dari pandangan seorang makcik…kehkehkeh yang suka kereta macam orang ‘muda’ boleh pergi pasar.

  19. Kak Jie nasib baik baru bawa Honda Hibrid Insight 2 hari kalau 7 hari silap-silap tak jumpa Saga FL letak dimana. Sudah tentu pengalaman pemanduan Honda Hibrid Insight meninggalkan kesan manis betul tak Kak Jie. 🙂

    1. Bukan hendak puji tetapi entri ini seolah-olah ulasan profesional daripada seorang pakar kereta rupanya komen daripada suri rumah yang hebat. 🙂

      1. kak jie memandu kereta lebih 15 tahun, biasa buat service kereta sendiri dan selalu berurusan dengan pomen… ini apa yg kak jie tahu.

        Lagi pun kak jie kan seorang yang pentingkan alam sekitar dan cuba menjadi warganegara yang baik, biar pun sumbangan kita kecil daripada tak buat langsung.

    2. cerita dengan anak, dia orang cakap… apalah mama ni, lupa daratan, dapat bawa kereta best sikit dah lupa ‘rasa’ kereta sendiri.

      tapi agak lawak bodoh jugalah , siap berhenti nak check kereta sendiri, sedangkan tak ada apa2 yg tak kena pun..hihihi

Comments are closed.