Pernah rasa letih dan lesu walaupun mendapatkan tidur yang secukupnya dan tidak mengalami gangguan emosi? Kadang-kadang kita rasa keletihan tanpa sebab yang jelas.
Saya membaca satu artikel yang dihasilkan oleh Dr Mehmet Oz mengenai beberapa sebab kenapa kita rasa lemah dan tidak bersemangat. Dr Oz adalah pakar kesihatan yang selalu muncul dalam rancangan tv The Oprah Winfrey Show selama lima musim.
Bakteria Jahat
Dua pertiga daripada penduduk dunia mempunyai bakteria buruk yang dikenali sebagai H. pylori di dalam perut mereka. Bakteria ini boleh menjadi punca utama keletihan. Lapisan dalam perut menghasilkan asid untuk menghadamkan makanan, pada masa yang sama menghasilkan mukus pelindung untuk menjaga daripada asid tersebut. Bakteria H.pylori menyerang perut, memusnahkan lapisan lendir perlindungan perut dan mendedahkan perut kita kepada ulser, atau rasa sakit kecil pada lapisan perut.
Ketika kita sedang tidur, asid dapat melepaskan diri dan mengalir ke dalam kerongkong sehingga menyebabkan sakit tekak dan merosakkan keupayaan kita untuk mendapatkan tidur nyenyak. Selain itu sekiranya terdapat darah dari ulser, ia boleh menyebabkan anemia, seterusnya mengurangkan tenaga kita sepanjang hari.
Jangkitan H.pylori boleh dikesan dan dirawat.Ujian nafas yang mudah daripada doktor boleh mengesan bakteria ini. Antibiotik boleh membunuh bakteria jahat dan acid-reducing boleh digunakan untuk merawat ulser.
Kahak
Pernafasan yang sihat menarik oksigen melalui hidung terus ke paru-paru, tetapi sewaktu kita tidur, kahak boleh terbina di dalam belakang tekak sehingga menyekat laluan oksigen dari hidung ke paru-paru.
Kita boleh mengatasinya dengan melalui mulut, tetapi satu kajian baru-baru ini membuktikan tahap oksigen dalam darah menjadi lebih rendah, yang boleh membawa kepada keletihan.
Berkumur setiap pagi, sama ada dengan ubat cuci mulut atau air garam, boleh membantu membersihkan kahak kerongkong.
Agaknya kerana ini saya lebih selesa tidur tanpa berbantal. Kalau guna bantal rasa macam saluran kerongkong tersekat. Saya lebih selesa tidur dengan kepala selari dengan katil, bukan lebih tinggi.
Kopi
Ramai yang mengambil kopi atau teh untuk ‘morning pick-me-up’, tetapi ia boleh menjadi antara punca keletihan . Kafein mempunyai kesan menyahhidratkan. Apabila bangun pagi, kita cenderung untuk menjadi dehidrasi kerana tidak meminum air selama bererapa jam. Jika tidak mengambil apa-apa minuman yang lain, kopi boleh menyebabkan kesan dehidrasi menjadi lebih teruk dan mengurangkan tenaga.
Baju
Pakaian tidur yang terlalu selesa sebenarnya membuatkan kita lebih letih. Pakaian gedoboh , longgar atau ‘memberi’ membuatnya lebih mudah untuk membongkok, menegangkan sendi-sendi dan otot-otot sehingga menyebabkan ianya terpaksa berkerja lebih keras untuk mengagihkan oksigen sepanjang badan sewaktu kita tidur.
Menurut Dr Oz, kombinasi yang pelik antara telur dan tembikai susu ( cantaloupe) boleh menjadi duo untuk menewaskan keletihan. Telur adalah sumber yang murah dan rendah kalori protein tetapi ia menjadi lebih baik apabila dipasangkan dengan karbohidrat yang kompleks seperti tembikai. Protein dalam telur membantu memperlahankan penyerapan gula buah dan mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Musim-musim panas ni, elok pergi cari tembikai susu.
Cordyceps Mushrooms ialah satu kulat berparasit yang secara semula jadi tumbuh di kepala seekor ulat beluncas ( caterpillar ). Cordyceps membantu meningkatkan metabolisme, yang boleh mengurangkan keletihan dan meningkatkan ketahanan fizikal. Dalam 1993, dua atlet wanita China memecah rekod dunia untuk larian 1500 meter, 3000 meter dan 10,000 meter dan mengakui kejayaan mereka disebabkan makanan tambahan cordyceps.
Ada sesiapa yang berani mencuba kulat kat kepala ulat beluncas ke? Tengok pun ramai yang dah geli…hiks!
*Entri ini adalah terjemahan secara bebas oleh Kujie2.com dari The Weird Reason Your’re so Tired
okeh..nak gi cari telur jap.
Satu lagi, perubahan biological clock 😀
komen macam dah balik Malaysia je……
artikel yang sangat menarik dan menambah pengetahuan terimakasih kak jie…
good info kak jie..
tapi kan yang kopi tu, tyka minum, still boleh tidur.. heeee
kalau cantalope tu memang harus boleh ubat keletihan..kalau yg bermutu sebiji boleh cecah ratusan ringgit harganya..
Sara tak pernah dgr lagi ape yang akak tulis kat atas tu. Tq kak, dapat ilmu baru lagi. 🙂
Minum kopi setelah berolahraga adalah tindakan yang salah.
Selama nie Johny ingat letih sebab banyak pikir.. oo info yang menarik..
Assalamualaikum,
Tak pernah tahu pulak…terima kasih dengan info yang berguna ni. Selalu jugak rasa letih tanpa sebab, mungkin salah satu faktor ada di sini
saya baru bengetahui dari Kak Jie kalau kopi bisa membuat kita letih, hmm.. padahal kalau pas malam hari saya biasa mengkonsumsinya supaya tidak lekas mengantuk
terima kasih Kak Jie buat info ini
Dulu ada orang bgtau, kopi juga menghalang penyerapan khasiat daripada makanan ke tubuh badan. Oleh itu, elakkan minum kopi sebelum dan selepas makan. Minum lah 2 3 jam selepas atau sebelum makan.
Alamak kak jie. ella peminat kopi. baru tau ni yg minum kopi boleh menyebabkan keletihan. Uiiii .. bahaya tu.
Acid-reducing = alkali.
hm… orang ramai yang tak sedar betapa kita sebenarnya terlalu banyak makan makanan yang berasid dan kurang makan makanan yang beralkali. Well, apa je pun makanan beralkali yang boleh dimakan untuk merawat ulser atau mengurangkan kadar pH natural kita ? Kalau ada pun, ia adalah sayur-sayuran dan buah-buahan yang sememangnya dibenci oleh masyarakat kita.. Betul tak kak Jie ?
so, tak mustahil sekarang ni ramai yang mudah rasa letih sebab terlalu banyak asid dalam badan.. Kan ? hehehehe
Tembikai susu memang sedap,kalau boleh nak makan hari2.
Tapi harga pun ‘sedap’ jugak.
Paling berkesan buat saya kalau rasa letih, tido =)
pakaian un boleh jadi kita letih.patut la Nabi tak galakkan kita pakai kain yg lembut.huhu
baju tidur selesa pun boleh jadi faktor juga? hmm..
patutlah penat semacam aje sekarang nih..
kalau letih disebabkan kerja kuat, memang lah dah tak pelik kan
tembikai susu ? hmm..pernah dengar tembikai susu ni kurang baik untuk kaum lelaki..
tapi bila terserempak kat pasar tu memang bedal jugak..hehehe..
alhamdulillah agak jarang juga la sy menjadi keletihan dan kelesuan tanpa sebab..apa pun info ni sangat menarik dan berguna..cuma berapa banyak kulat kat kepala ulat tu nak kena kumpul untuk dimakan ? hehehe
hehehe…terbayanglah masing² dok kutip kulat kt kepala ulat tu… :p
tak pernah pula dengar bab tembikai susu ni tapi kalau cerita lawak real pernahlah kena
kami anak beranak pi makan, anak sulung order air tembikai susu tapi dibagi tembikai merah + susu – ni real betul2 jagi
kedai mana kak jie n family pegi tu ? kalo tembikai (merah) + laici tu biasa la jugak..kalo tembikai (merah) + susu, ni dah something new..
Assalam..
Patut la saya asyik letih je setiap hari…disebabkan anemia, darah tak pernah tinggi..dah pernah pengsan sekali…
terima kasih atas info tu..
Orang yang ada penyakit darah tinggi tak boleh makan garam.
Kalau makan garam, agak2 darah boleh naik tak?hehe..
Banyak punca keletihan rupanya. Ingatkan sebelum ni malas solat je rasa letih. Terima Kasih Kak Jie
alamak nak kena makan ulat ke? eeeee
Tidak salah sarapan pagi dengan telur hancur atau telur separuh masa untuk mendapatkan tenaga.
Kadang-kadang kegemukkan pun memberi masalah kerana saluran pernafasan menjadi sempit dan begitu juga tidur berdengkur kesannya adalah apabila bangun pagi terasa letih. Ini berlaku kerana kekurangan oksigen yang dipanggil apnea berlaku pada orang dewasa. Kalau ada pasangan yang berdengkur kuat macam kadang-kadang tercungap-cungap untuk bernafas ada kemungkinan ada masalah apnea memerlukan mendapatkan dianosis pakar samada perlu melakukan pembedahan atau mesin CPAP untuk pastikan oksigen mengcukupi ketika tidur
Tq for info ni.. tapi kalau tanya saya as working mother ni tentang keletihan memang panjang punya lah dia punya explanation.. esok tak habis citer hehehe
tengok pun dah geli apatah lagi nak makan kulat kat ulat beluncas tu. rasanya tak kot. banyak lagi sumber alternatif lain yang boleh di makan. heheh
kena suka dgn setiap apa yg kita buat..
kalau tak suka masak tapi TERPAKSA masak..memang akan rasa masak tu memenatkan..kalau tak suka jogging tapi TERPAKSA nak jogging dengan niat nak kurus..pun akan rasa letih juga..
cuba ajak pergi shopping ke pergi melancong ke siap offer untuk belanja lagi..kalau ikutkan kena banyak berjalan kan nak tawaf shopping mall, nak melawat tempat2 yg di pergi tu..lagi banyak langkahnya daripada jogging..penat buat keje rumah, masak, cuci kain, lipat baju, cuci tandas, urus anak..pin SANGGUP je kan pergi jugak..tak kisah la balik kul berapa pun..sebab memang SUKA shopping dan berjalan kan..=)
orang sebelah semenanjung timur yg mkn ulat tuh mesti dia jarang letih kan 😀