Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Cucu Chef Wan
Peribadi

Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Cucu Chef Wan

Pagi ini saya ke majlis di rumah Puan Rohana, jiran kami yang juga adik kepada chef selebriti Chef Wan.  Majlis makcik² jiran tetangga.

Majlis akikah dan cukur jambul untuk cucu Chef Wan , Isabella Saffiya anak kedua kepada Serina juga majlis untuk  cucu Rohana sepupu Serina yang juga baru melahirkan anak perempuan.


Sapa tak geram………. saja! Anak artis, masih bayi dah pandai bergaya.  Yang terlebih seronoknya Intan , sebab dia duduk di sebelah buaian.

Masa ni Serina kat luar melayan tetamu, baby dah terjaga dari tidur.  Intan yang buai dan melayan bersembang.  Ini tengah galak bercakap bahasa baby ni….  ramahnya keturunan kot.

arggghhh………. siapa tak geram!  Nak cium lebih², itu anak orang.

 

Intan memang mudah serasi dengan baby – dia  boleh melayan kerenah bayi.

 

Serina dan sepupunya Sarah selesai majlis dengan sedikit ucapan kepada tetamu.

Majlis makcik² menraikan ibu muda bersama anak².

Sayang sungguh makcik dengan anak sulungnya….  mengintai² je dok menunggu Chef Wan yang belum sampai.

Kami duduk semeja dengan mak Chef Wan, tak henti² nenek bercerita.  Dari hal baru balik bercuti bersama Chef Wan ke Greece sampailah  kisah dapat durian runtuh 15 ribu.  Untung orang Felda.

Seronok tengok nenek yang seusia 80 tahun tetapi masih berselera dengan makanan.  Nikmat perlu disyukuri.

Tok wan dah bertongkat ni cuuuu………. Chef Wan datang bertongkat sebab cedera di kaki.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Cucu Chef Wan

  1. Intan ni memang jenis yang cepat rasi dengan budak2 kecik..bila dah mula join budak kecik tu, mula la mak dia panggil dia ‘kanak2 riang’.. 🙂

  2. Belum ada peluang jumpa CHef Wan walaupun ramai berkawan dengan chef-chef … pernah juga pergi felda chef wan kat raub tu tapi masa tu chef wan tak terkenal lagi jadi kalau terlanggar bahu pun memang buat selamba je

  3. Comelnya cucu terbaru Chef Wan. Saya memang suka tengok Chef Wan beraksi memasak dalam tv. Keletah dia buat kita tak boring mendengar. Hehehehe Congrats ChefWan

  4. kalau dah dewasa cucu Chef Wan nantinya pasti jadi gadis yang cantik dan semoga hatinya juga cantik
    Nice share Kak Jie

  5. dear…serina n family sgt sporting..funny jugak.. 🙂 .btwy,nk share gmbar plzz….TQ…

  6. Murah rezeki serina dgn suami ye, rezeki anak datang sekali kepada keluarga mereka tu. Posing Intan dengan baby tu dah macam kakak dengan adik je. 🙂

  7. Assalamualaikum,
    Serius….jeles dengan Intan!

    Paling jeles dia bergambar dgn bebi comel tu…sedondon lah pulak pinknya tu 😉

  8. gambar mama ngan chef wan dukung baby sayang baby berkeping keping satu pun tak interpremmm kat blog nie..

  9. Comel.. baby ni nampak friendly orang ramai relak je tak nangis pun.
    Ada terbaca gak pasal Chef Wan kat blog lain, otot peha dia terkoyak sebab terjatuh masa handle kelas memasak sabtu lepas. Ada minyak tumpah dilantai pastu dia terpijak , pembantu dia lupa nak lap sebelum tu.

  10. mereka juga insan biasa..terkadang persepsi orang kita meletakkan mereka mereka yang berstatus selebriti atau orang kenamaan sebagai sukar untuk didekati dan ‘memilih bulu’..namun semua tu terbukti hanya sangkaan semata mata dengan bukti yang kak jie serlahkan dalam entri ni..glamer gitu ye..hehehe

    1. sebab selalu baca web artis – ceritanya penuh glamer . Ini catatan peribadi jiran tetangga, kami bergaul beramah mesra seperti orang biasa.

    1. respek mak chef wan..dah 80 thn tu…. masih sihat dan ceria

      so turun pada anak cucu sikap yang mcm tu..peramah dgn semua org

  11. comeynyaaa anak Serina.geram3.
    gambar mak Intan mana mak Intan?hihihi.

    1. anak chef wan yg lelaki tu dgn menantu ana dahlia pun datang juga, tapi ni cerita pasal baby….hehehe

    1. mak intan cover malu… kehkeh

      mana2 majlis, intan je yang kena sorong suruh pi bergambar…sebenarnya dah byk aktiviti chef wan dengan jiran tetangga kami.

Comments are closed.