Edit 01/01/2014 – Jalan Felda Aring terbaru
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
EDIT : Baca entri terkini – Jalan Felda Aring 2013 ( Nov 2013 )
Faiz says:
Menarik jugak kisah perjalanan akak ni. Saya pun tak lama lagi nak gerak balik dari Kangar ke Kemaman, Terengganu. Teringin lalu jalan gua musang ke hulu terengganu tu. Tapi saya banyak dgr cerita mengatakan jalan di Felda Aring teruk. Betul ke kak? Boleh kongsi dengan saya tentang keadaan jalan die Felda Aring tu? Saya cuba search dalam internet, cuma yang jumpa pengalaman pengguna2 dari tahun 2010,2011. Yang terbaru tak ada pulak.
Kalau dari Kangar , ikut highway PLUS sampai Ipoh, exit di Simpang Pulai – Cameroh Highlands – Gua Musang – Felda Aring – Tasik Kenyir – Kuala Berang – masuk lebuh raya di Ajil dan keluar di Bukit Besi- Al Muktafi Billah Shah – Kemaman. Jauhnya…… 750 KM juga tu.
Kali terakhir saya melalui Jalan Felda Aring hari Ahad lepas keadaan masih serupa, tak dibaiki. Cuma baru hujan jadi tak berdebu seperti Rally Dakar sangatlah. Kalau musim kering, pokok-pokok di tepi jalan tu macam alami musim salji , putih diseliputi debu.
Tapi lubang-lubang besar dah tak ada, dah ditutup batu kerikil bukan tar. Bila hujan, batu-batu dihanyutkan air , keadaan kembali berlopak seperti biasa.
Saya ada ambil video , nak share kat Instagram tapi talian tak berapa kuat, failed.
Ini saja gambar yang ada.
Berbanding saya lalui tahun 2012, keadaan makin elok walau tidak baik sepenuhnya. Jalan yang agak mencabar ini lebih kurang 100 meter. Selain tu jalan persekutuan kawasan luar bandar, jangan nak berharap lebih-lebih.
Lalu jalan ni tak ada penempatan atau perumahan atau stesen minyak. Pastikan minyak mencukupi dan isi minyak atau buang isi perut di R&R Gua Musang kalau dari arah Kuala Lumpur. Mungkin ada tetapi bukan di tepi lalaun. Sesekali ada kedai makan , mungkin untuk pekerja ladang kelapa sawit. Kalau sakit perut, tahanlah kalau sanggup.
Nasib baik ternampak ‘rumah kecil’ di belakang kedai makan yang tidak dibuka di sebuah simpang kilang sawit … atau apa pun tak pasti. Jangan nilai apa yang dilihat, kata Along… dalam tandas tu ada tisu dan sabun . Tandas awam yang kena bayar 30 sen pun tak ada tisu dan sabun tau!
Kalau nampak pokok tu, maksudnya dah sampai sempadan antara Kelantan dan Terengganu. Kami paling suka berhenti di sini untuk bergambar. Background batu bukit tu nampak sangat cantik di dalam gambar . Macam cover album muzik rock!
Jalan Kuala Berang ke Gua Musang sebelum sempadan negeri Kelantan akan dihidangkan dengan pemandangan indah Tasik Kenyir. Jangan lupa singgah Santuari Gajah Sungai Ketiar, tak lama lagi kalau penempatan kekal di Pengkalan Gawi siap, gajah-gajah ini akan dipindahkan ke sana.
Jalan Gua Musang – Kuala Berang (Tasik Kenyir). Laluan ni dah dibina menara telekomunikasi tetapi belum ada talian telefon. Tak lama lagi adalah kot.
Jalan cantik ini belum diwartakan. Dua kali terakhir saya lalu jalan ni, semua lubang telah ditampal. Ada beberapa lokasi yang mengalami tanah mendap dan runtuh telah dibaiki.
Ini lah laluan setiap bulan suami saya berulang alik, perjalanan 6 jam setiap kali nak balik bercuti 3 hari dalam sebulan.
Selamat bercuti, selamat balik kampung dan semoga selamat dalam perjalanan.
Salam , jika saya dari ipoh, nak pergi ke kuala terengganu… apabila sampai di simpang kuala jeneris, ambil ke kanan (k.berang) atau kiri utk jalan paling dekat ke bandor KT. Terima kasih atas maklum balas.
ikut kiri – kurang trafic light…kalau ikut kuala berang sangat banyak trafic light
update 1 Januari 2014 = Felda telah menurap 2km jalan yang rosak teruk, jalan aring kini boleh dilalui, iaitu hanya 25 minit dari Esso Ciku 3 ke pos polis bantuan kedua di Aring. Thanks to FELDA.
Berita baik buat SEMUA
Salam…sy bertugas di aring 8..saje search kt gugel padal aring…sbnrnya jalan ni teruk sikit je..cme perlu peka tentg lubg2 yg ade..kete potong spring seksa sikit la lalu jln ni..nk pulak berselisih dgn lori bijih…wlupun keadaan sekeliling sawit je semua tp ade pnduduk ramai kt aring 1 2 3 4 6 10 n 8…pos polis bantuan ade n rondaan mpv polis bantuan sentiasa ade jika blaku mslh…cuma minyak klu nk ke kuala berang perlu isi full dkt simpang ciku 3…caltex n shell ade kt sane 24 jam…skadar berkongsi…tq
Assalam, saya bercadang nak guna laluan nie ke kuala berang. Nak tau berapa jauh jalan yg teruk? Adakah keseluruhannya?
Jalan dlm pembikinan sekarang ini..ada jalan yg dh cun…jaln yg rosk time mula2 masuk dr simpg ciku n berhmpirn aring 6…jalan rosak klu cmpur2 dlm 600 meter je…
update 14 sep 2013, Jalan FELDA Aring dah teruk semula kerana musim hujan (tengkujuh) mengakibatkan batu kerikil semua tenggelam ke dasar bumi, ditambah pula dengan lori bijih besi semakin kerap melalui jalan ini. Sila abaikan info berakhir 4 Ogos 2013 yang saya post bulan lepas.
Tayar kereta pesona (berusia 6 bulan) saya bocor dan pecah semalam selepas lalu jalan ini
Alternatif, boleh guna jalan FELDA Perasu yang akan tembus di Felda Aring 4, kemudian jalan kecil menuju Felda Aring 6 ambil simpang ke kanan terus ke Aring 10 sepanjang 12 km.
Jalan ini dekat bagi mereka yang datang dari Ipoh atau Merapoh atau Bandar Gua Musang tapi jauh bagi mereka dari KB/Kuala Kerai kerana kena turun lagi 15 km untuk masuk simpang Felda Perasu
Jalan insya Allah ok. Macam ni panduannya:
1. Best for 4WD dan good for kereta standard. Worst for modified car.
2. Jalan felda aring sekitar 30km.
3. Kalau dari simpang chiku tu, sehingga 22 kilometer, boleh drive purata 60km/j ke 120km/j. Jalan tak teruk cuma kena alert lubang kecil bagi kereta yang dah ubahsuai absorber jadi lower. Lepas tu akan jumpa 2 km jalan berlubang teruk. Maximum speed pesona standard ialah 60km/j, minimum speed 30km/j. Lebih kurang 10 minit bertarung, tapi kalau kereta yang modified, setengah jam juga nak lalu jalan 2km ni. Kemudan baki 8km tu dah ok macam 22 km tadi.
4. Kalau dari jalan sempadan kelantan terengganu pula, drive dari simpang Felda Aring 8 tu sepanjang 8 km ok, lepas tu 2 km red alert, lepas tu 22 km ok.
5. Kesimpulan: Jangan lower kereta anda jika anda pengguna monthly/annually jalan ini. Walaupun anda guna pesona yang modified, kancil standard tetap boleh potong anda di jalan ini.
Take care.. itulah info berakhir 4 Ogos 2013
Berapa jarak dari simpang aring melalui jalan in hingga ke simpang jalan besar kt dan setiu? Berapa jarak dlm negeri k’tan, berapa jarak dlm negeri terengganu? Dalam total jarak km ni, berapa km elok, berapa km tak elok? Rasanya dah 10 tahun, tak siap sepenuhnya lgi ker? Lembabnya, membahaya dan menyusahkan org ramai…..nasib sesuatu projek kemudahan asas yg penting di pantai timur selalu tersangat delay dan membahayakan….em!!!!
Tidak sangka, jalan Gua Musang itu sudah lebih bagus berbanding saya lalu sebelum ini. Lama jugalah nampaknya tak travel.
saya plan nak balik ke terengganu dari kuala kangsar pada hari raya ke 3…
saya drive bersama wife n beby 4bulan..
maybe bertolak siang -pukul 8pagi dari kuala kangsar
manong -gua musang-felda aring- kuala terengganu.. 1st time nak lalu.. agak2 ok tak kalo saya nak lalu jalan ni.. pasal ade beby kecik… mohon pandangan kawan2 kt sini
selamat balik kampung…
tak ada masalah untuk lalu jalan ni, bukan bahaya
ada dua pondok pengawal polis bantuan kita akan tempuh
isi minyak penuh di R&R Gua Musang…lebih kurang 30KM saja jalan kecik, selepas masuk sempadan Terengganu, jalan dah elok dan cantik.
kak,kalau nk brtolak time petang jam 5 ptg dri kuala berang,agak2 selamat x jln lalu felda aring ni,dh tntu malam gelap gulita.
kalau 5 ptg… dari Kuala Berang, kul 6 dah area Projek Hidroelektrik tu, masih siang.
6.30 tu area Aring, masih siang. Lepas tu dah sampai Chiku nak ke Gua Musang tu dah ramai org
wow dah macam nak pergi main Rally tue…macam bahaya je
ni mesti orang bandar ni…. tak pernah jumpa jalan yang advanture macam ni..hehehe
hahaha…org bandar la sangat…saya asal dari kampung…tapi kampung saya dah tak ada jalan macam nie…dah okey semua…pernha la jugak lalu jalan lebih kurang macam ni…dekat area jalan jabor ke bukit besi
Teringin juga nak lalu, tapi risaukan anak2 yg kecil ni. Tunggu besor sikit, lehla balik ikut sini. Segarkan minda dan luaskan pengalaman.
terima kasih kak jie berkongsi….cayalah kak jie!
saya belum pernah lagi menggunakan laluan sini. walaupun nampak sunyi tetapi panorama alam lagi lagi waktu sejuk memang best
untuk masuk laluan baru Gua Musang- Aring-Tasik Kenyir….kita perlu masuk ke kanan simpang 100m selepas persimpangan ciku 3,4,5,6,7 dan disitulah bermula jalan yang agak teruk dan teruk sepanjang 30km dan selepas itu baru lah kita dapat merasa jalan yang cantik sepanjang 70 km hingga ke tasik kenyir.
Tetapi 10km sebelum simpang ciku (iaitu berhampiran Felda Perasu) …kita akan jumpa simpang ke tasik kenyir juga …jalan ini cantik juga dan boleh lalu tetapi jaraknya lebih jauh.
Belum pernah sekali pun lalu ikut laluan ni…planning ada, tapi last2 ikut Jln Raya Timur Barat juga. Nampak gaya macam lebih cepat sedikit kot
Terus ke Kuala Berang, turun ke Ajil..hm, raya ni mungkin boleh ajak hubby cuba lalu jalan tu
Kalau ada masa, jadikan perjalanan balik kampung tu sebagai satu percutian, sambil lihat suasana keliling… jadi kita tak stress sangat kalau berada lama dalam perjalanan.
Jalan kecik jalan besar jalan elok jalan tak berapa nak elok… jadikan itu pengalaman .
Macam tu lah cara kami bercuti
jalan ni cepat sikit. hehe
tak berapa sesak
Kalau jalan tak rata sesuai memandu kenderaan pancuan 4 roda gamaknya.
jalan yang rosak tu bukan keseluruhan jalan… hanya sebahagian kecil dan laluan tu ada lori besar , kelapa sawit dan balak.
95% jalan lain, elok
Di Kota Bharu, ada bahagian laluan dalam bandar yg kerap dilalui lori-lori besar yg jalannya ‘cantik’ macam tu.
Tak pernah2 saya lalu jalan ni nak balik kg kesayangan kat Ajil tu..hehe
Memang balik ikut jalan “urban” je..
hehe
orang bandar..hihi
kami suka lalu jangan yang pelbagai..sebab akan jumpa pengalaman baru , pengalaman menarik
sebenarnya takut nak lalu jaln pelik2 sebab mmg selalu drive sorang2..hhehe
Belum pernah lagi pergi ke negeri pantai timur. Tapi belah utara dah jalan sampi perlis. Anak2 masih kecil lagi, tunggu dah berumur 3 tahun mungkin nak jelajah ke pantai timur pulak.
Gua Musang adalah bandar perantara untuk balik ke pantai timur melalui Kuala Krai… selepas Gua Musang boleh exit ke kanan ke Kuala Berang ( Terengganu ), selepas tu ada simpang ke Dabong untuk ke Jeli dan ke Lebuh Raya Timur Barat ( Utara)
haa…jalan yg ada sebut dabong ni lah yg mungkin saya lalui jika jem nanti nak balik beraya…
thanks kak jie mention =)
Mencabar betul perjalannya Kak Jie, kalau saya nak emmandu mesti fikir banyak-banyak kali.
Demi tanggungjawab redha jugaklah ye Kak Jie. Semoga suami Kak Jie sentiasa selamat tika melalui jalan2 ini.
tak rasa berat..seronok adalah
mungkin memang dah biasa, perjalanan jauh bagi kami adalah percutian. Tak stress, bawa bekal, berhenti makan-makan… jumpa monumen pelik, berhenti utk ambil tahu
di mana2 hijau, pemandangannya benar2 bisa menyegarkan perasaan
senangnya bisa lihat Kak Jie jalan2 ke gua Musang..
tiap perjalanan ada cerita dan pengalaman, itu yang menariknya
terasa kedinginan dan kesunyian laluan ini….pernah lalu sekali jer….22 tahun lepas….kalau tak silap…lalu Gua Musang jalan lama nak pergi Kelantan…….
cantik pemandangan kat sana…sejuk jer mata memandang…:)
dekat dah rumah saya dari bandar Al Muktafi Billah Shah tu 🙂
Assalamualaikum kak, mak sheila rajin jalan kat Gua Musang tu.. sheila kadang2 je dapat ikut. hehehe. lawa tempat-tempat ni 🙂
perjalanan mcm ni yan adventure kak jie….SA suka..kiri kanan hijau..tp bab nak membuang isi perut tu mcm SA x sanggup…
laluan wajib saya kalau buat kerja-kerja TNB di Hulu Terengganu. Sebenarnya jalan ni lebih jimatkan masa.
Khamis lepas kami pergi sana malam, jadi ikut Jabor… sampai 4.30 pagi. Lepas simpang Jeneris tu… tak ada satu kereta pun yang berselisih… lori pun tak ada.
Balik ikut laluan ni sebab dah siang… seronok sebab view cantik dan udara segar
best bila takde lori byk…kalau tak…mmg ikut jer belakang depa ni…hohoho
Anak nak konvo kat UMT rasa nak ikut jalan ni..dari simpang pulai.