Sejak adik bongsu berkahwin akhir bulan Mei, kami belum pernah berkumpul walaupun dia hanya di KL. Masing-masing dah sibuk dengan kerjaya dan kebetulan adik ipar saya bekerja shif, jadual cuti tak sama dengan orang lain. Bila berkumpul ramai-ramai mesti ada aktivi masak-masak dan makan-makan.
Bila sebut perjumpaan keluarga, perkara pertama yang difikir adalah nak masak apa… mak-mak mesti fikir macam ni. Kat surau minggu lepas, sambil-sambil bersembang saya bertanya kawan-kawan idea untuk memasak dan seorang jiran terdekat bagi resepi Nasi Kabsa Kambing yang menggunakan beras Basmati.
Resepi Nasi Kabsa ni senang nak masak, tak gunakan rempah kabsa yang payah nak cari. Semua bahan memang sentiasa ada di dapur.
Nasi arab ni memang trend , kat mana-mana saja orang bercakap tentang nasi arab. Cuma agak mahal set hidangannya. Kalau buat sendiri, berbaloi untuk makan sekeluarga.
Bagi saya, bahan penting yang menghasilkan nasi arab yang sedap bergantung kepada jenis beras. Kalau menu biasa, kita boleh gabungkan pelbagai jenis lauk pauk untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap bersama nasi tetapi menu Nasi Arab bergantung kepada terbitnya rasa dari beras yang dimasak. Sebab itu beras Basmati yang paling sesuai.
Memasak menggunakan beras Basmati yang berkualiti dan diikuti gabungan pelbagai jenis rempah ratus akan menerbitkan aroma harum nasi Arab. Memandangkan masakan jenis ini memang di makan kering bersama salsa ( salad ) atau sos, tekstur nasi yang sedap dan enak sangat perlu. Sebab itulah pemilihan jenis beras sangat dititikberatkan.
Jiran saya yang berikan resepi Nasi Kabsa beritahu Beras Basmathi Jasmine King sesuai untuk memasak nasi Arab tersebut.
Beras basmathi menjadi kemestian didalam menyediakan menu istimewa tak kiralah majlis keluarga, majlis berbuka puasa atau pun untuk majlis jamuan hari raya ( open house). Beras Jasmine Basmathi King dah ada kat dapur, cuma nak tunggu dimasak saja. Cantik je berasnya dan bila nak tanak nasi pun senang, tak berkanji sangat.
Selain dari nasi briyani yang popular menggunakan beras basmati, nasi lemak, nasi jagung atau nasi minyak juga boleh menggunakan beras tersebut.
Beberapa panduan panduan penting yang tidak harus diabaikan sewaktu menyediakan beras Basmati
- Rendam sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dimasak untuk mempastikan ianya betul-betul kembang.
- Sewaktu mengaul atau mengais-kais nasi ( saya panggil gembur ) gunakan garpu supaya nasi menjadi peroi tak padat.
Nanti saya update resepinya ye……… sesi makan-makan dengan Nasi Kabsa Kambing menggunakan Beras Jasmine Basmathi King.
Pasti sangat sedap tuh kak, jadi ingin juga memasak nasi basmathi
beras yang biasa saya gunakan beras parboiled rice jasmine nasi arab memang sedap.paling best nasi mandhi kena lak gan kambing bakar cicah lak gan sos cili hijau,terbaiklah
teringat dekat nasi arab mak mertua saya..memang best
saya jarang makan nasi arab, tetapi bila pekena kat restoran, pergh memang sedap, nasi pon dah sedap
teringin pula nak makan..aishhh..bulan puasa nih..
erm..kena beli ni..pastu mintak wife cari resepi dan masak..hehehe..:P
Tak pernah rasa lagi nasi arab ni. Tak tahu kat Sabah ada ka tak.
beras basmathi memang cepat mengenyangkan….
tak pernah makan nasi arab…..
Salam kak jie,
memang sedap beras ni, ada sekali kawan saya buat nasi lemak pakai beras ni. Sedapnye ! *lap mulut
Semoga bertemu dengan lailatul qadar 🙂
tak sabar nak tunggu resepi nasi kabsa nih~
kak jie, soalan..
kat mana tempat berkelah ni? macam menarik je, leh bawak anak2 nanti..
jgn lupa resepi tau.. nak cuba jugak..
tempat tu belakang rumah kak jie je… dalam 3-4 minit dah sampai
mai la sini…. bawa anak2
Baru semalam makan nasi arab..hehe..
mandy lamb..keh3..
pernah plan nak buat nasi mandhi juga… tapi belum sempat
lepas raya boleh kot
hidang untuk tetamu time raya..komfem diorang x nak balik kak jie..hehehe
2 kali merasa nasi arab original ketika di Lubnan dan Dubai beberapa tahun dahulu. Terbaru di Wangsa Maju. Masalahnya apabila sudah rasa yang ori tekak sudah menetapkan piawaian mahu paling kurang rasa mesti sama taraf. 🙂
orang sana buat dgn orang asia buat berbeza.. sama mcm spagheti..kalau kak jie buat lebih asia, lebih pedas, ikut lidah memasing.
perghh!!, nasi arab, dah lama tak makan.bukan kabsa je, mosh chicken saya rindu..haha
nasi arab mahal…tapi dish dia besar… kenyang
kalau utk keluarga, lebih baik masak sendiri
Suka makan nasi Arab, tapi belum pernah cuba Nasi Kabsha Kambing menggunakan Beras Basmati Jasmin Basmathi King ni. Tak sabar nak tunggu resepi. 🙂
kak long… resepi berbeza tapi biasanya tak jauh sangat bezanya. bergantung dengan sapa kita dapat resepi tu
saya dapat dari jiran, bukan dari internet… dia dapat dari jiran dia..macam tu lah perkara ni berkembang.
Memang diakui beras basmathi memang sedap buat nasi arab atau nasi beryani.
beras mcm ni peroi..tak berkanji
memang sesuai utk set nasi arab yang guna daging
Setiap jenis beras punya rasa yang berbeda, belum pernah saya memasak beras dari arab nie tapi kalau beras jepang sudah tu…
beras memang berbeza tiap negara , kan.. kalau jepun rasanya macam beras untuk pulut
salam kak, lama tak jenguk sini..ila dah bsalin anak ke 3..
tahniah…. jaga diri dan baby lek lok ye
Tak pernah merasa lagi makan nasi arab. Beras tu mesti guna beras basmathi ke kak? Nanti boleh minta isteri cuba masak. Nak merasa juga kesedapan nasi arab ni.
Kalau saya pilih Faizal Mohgul or Kohinoor for beryani …
lagi satu tak suka “kacau” atau gembur pasal nasi/beras akan patah
dan tak cantik end result
kalau kena dengan tangan yg membuat memang sedap nasi arab ni…
pehhh…! nasi arab tu. mmg best la kakjie, tambah makan dgn adik beradik n anak beranak tersayang
kak jie bawa bahan….dgn periuk sekali pi hulu terengganu…pergh…tunjuk bakat kat kawan2 sekerja abang
hehehe
sebenarnya.. tak sampai hati nak makan sedap2 , dia kat sana ….sorang2
tu yg gagah juga pi sana masak
mmg isteri mithali 😉
nasi arab ok. takde hal nak makan. Tapi lebih prefer nasi puteh biasa..hoho
perut jawa ni…
beras dia panjang-panjang kak kak…makan sikit dah kenyang
susah nak cakap sedap tu macam mana, tapi kalau makan nasi macam tu saja. kosong tak berlauk pun dah sedap
PM suka makan nasi arab , biasa makan luar jer…biasa balik seremban mesti pekena nasi Arab Damsyik kat Paroi…yummy…
kak jie kurang makan kat luar
semua kena masak sendiri…pandai tak pandai
jadi tak jadi kena try and error huhu
tak pasal2 nak meleleh ayaq liuq ni….adehhh
tunggu resepinya dgn penuh sabar =)
nanti buat ye…esok lusa kak jie share resepi
tak berapa rajin nak menaip …
beberapa minggu lepas buat nasi arab.. pakai beras ni jgak.. sedapp!..tapi buat nasi arab maqlubah..
memang nasi arab dah trending sekarang ni… sebab tak berkanji, peroi rasa sedap
nanti nak buat nasi maqlubah juga… beras ada lagi ni
Beras ni memang sedap kalau buat nasi minyak or nasi pulut…nyam2…
serius kak jie dapat idea nak masak time raya nanti…
Memang sedap mkn nadi khabsa.. sebulan 2 kali mesti buat kay umah..
kan… memang nasi ni sedap, senang pula tu nak buat
wah nasi arab lah , kawan beli belum lagi untuk ramadan ini
sebenarnya tak pernah makan kat luar
mana nak cari kat hulu ni.. kena cari resepi dan masak sendiri kalau nak
waaaa…. boleh lah cuba nanti. ^_^
tunggu kak jie taip resepi je… tunggu rajin esok lusa ye
kena letak caption kat gambar pertama : bukan bulan puasa..haha
kalau famili ramai berbaloi-baloi buat sendiri ni..kalau dua orang pergi umah kak jie lah..eh
macam la tak mau masak bila sedara mara atau kawan-kawan datang
masaklah nasi arab.. senang je masaknya
mesti kawan² terpegun terpesonan teruummp!
aah..tetamu kan..lupa
jangan lupa kongsi resepinya..
kalau raya ni kak jie buat bolehla jengah² ke Baling..haha
tetamu tu kak jie le…………amboi! buat buar lupa
tak reti nak makan nasi arab, dah try tapi tak kenyang makannya
hehe…sbb berasnya kurang kanji, kan?
tapi sedap tu penting..betul tak eiela?
Kak Jie saya ada kawan yang pandai sgt masak kambing kabsah ni tetapi lelaki bukan perempuan. Bila kak syer resepi boleh try nanti.
oooo ye ke?
sebenarnya pertama kali masak kabsa ni terus menjadi,
senang pun, tak adalah renyah² kat dapur.