Alhamdulillah… saya telah selamat kembali selepas perjalanan hujung minggu lebih 900 KM.
Saya anak beranak ke Hulu Terengganu melalui Jabor – Bandar Al-Muktafi Billah Shah – Kuala Berang – Hulu Terengganu Hydroelectric Project dan balik melalui Felda Aring – Gua Musang – Kuala Lipis – Genting Sempah – Batang Kali – Serendah.
Bertolak jam 10.30 malam dan kami tiba di HTP ( Hulu Terengganu Project) 4.30 pagi. Alhamdulillah… lega sangat. Saya memandu melalui laluan yang tak ada sebuah kereta pun di awal pagi untuk bertemu suami.
Hari pertama, suami bawa kami berbuka puasa di Kuala Terengganu. Perjalanan dari Hulu Terengganu lebih kurang 90KM.
Hari kedua, kami tak ke mana. Saya memasak dan menjemput beberapa rakan sekerja suami untuk berbuka puasa. Dengan kelengkapan dan keperluan yang terhad, saya masak Nasi Kabsa Kambing dan ayam panggang.
Hari ketiga, selepas bersahur kami pun bersiap untuk kembali ke Serendah.
Sebelum balik, suami bawa melawat keliling Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu – Empangan Puah ( Puah Dam)
Kat sini, jam 10 pagi pun keadaan masih berkabus dan cuaca sangat sejuk berangin.
Siap nanti, tempat kami berdiri ini akan dilimpahi air.
Ini adalah kunci air untuk empangan. Saya ada gambar sepanjang progres pembinaan di lokasi ini dalam tempuh setahun. Tiap kali datang akan melihat perubahan yang berlaku sepanjang proses pembinaan.
Jam 8.15 pagi, kami bergerak keluar dari Projek Empangan Hidroelektri Hulu Terengganu ( HTP). Bye…. bye …. selalu suami yang tinggalkan kami setiap kali dia nak balik HTP, kali ini kami yang tinggalkan dia seorang di HTP. Beza rasa meninggalkan dan ditinggalkan.
Perjalanan pagi yang berkabus dan pemandangan sebahagian Tasik Kenyir. Kalau lalu laluan ini, mata kena awas memerhati pokok sepanjang laluan. Kami jumpa sekumpulan 6 ekor burung enggang.
Lebih kurang 16 KM dari tapak projek hidroelektri kami singgah di Santuari Gajah Sungai Ketiar. Waktu lawatan selepas jam 2.30 petang setiap hari.
Kami melihat gajah dan pelatih gajah sedang mengadakan sesi latihan. Ada 5 ekor gajah dewasa dan 2 ekor anak gajah.
Bukan waktu lawatan, kami tak masuk – jadi cuma berdiri memerhati dari jauh walaupun rasanya tiada tegahan kalau kita masuk. Hormati peraturan orang.
Sewaktu ingin bergerak meninggalkan santuari, pelatih gajah menunggang gajah keluar dari kawasan santuari. Kami ambil peluang untuk bergambar dan memegang gajah peliharaan yang diberi nama Tenang.
Jam 10.30 pagi , tiba di Gua Musang. Kenderaan masih belum banyak..mungkin ramai yang belum bertolak balik ke Kuala Lumpur. Perjalanan lancar dan selamat sampai ke rumah jam 2.30 petang.
Perjalanan jauh untuk bersama keluarga sangat bererti. Syukur kerana kami masih berpeluang untuk berkumpul walaupun tidak seperti keluarga lain.
Nota : sepanjang perjalanan beberapa kali radio mendendangkan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang oleh Tegar. Tengah top ke lagu ni sekarang?
bestnya nasi kabsa tu…nak minta wife buat la…cuma wife xmkn kambeng la…
mana la gambar emaknya ye..
lagu tegar ini memang popular di suriafm……
Pengorbanan seorang isteri, kasih sayang beri kita kekuatan.
Menarik jugak kisah perjalanan akak ni. Saya pun tak lama lagi nak gerak balik dari Kangar ke Kemaman, Terengganu. Teringin lalu jalan gua musang ke hulu terengganu tu. Tapi saya banyak dgr cerita mengatakan jalan di Felda Aring teruk. Betul ke kak? Boleh kongsi dengan saya tentang keadaan jalan die Felda Aring tu? Saya cuba search dalam internet, cuma yang jumpa pengalaman pengguna2 dari tahun 2010,2011. Yang terbaru tak ada pulak.
Jalan dekat Felda Aring tu memang teruk sikit, macam Rally Dakar… tak sampai 10 kilometer. Laluan lain semua ok tak ada masalah.
Selepas masuk sempadan Hulu Terengganu, lalu tepi Tasik Kenyir tu dah pasang menara komunikasi, tak lama lagi dah ada talian telefon.
Rasanya ini pilihan laluan yang sesuai, kereta tak banyak dan lebih dekat
Indah kenangan, seindah pemandangan sepanjang perjalanan.
Lepas hajat nak tengok gajah hehehe…….bukan semua org dapat gambar bersama
gajah yg jinak.
Kenapa gajah tu di tarik telinga nya ya. Ada rahsia?
rasa itu saja anggota badan gajah yang tangan boleh capai. kalau nak pegang kaki gajah, macam mana le gayanya
Tak tahu pulak ada santuari gajah kat Terengganu. Beruntung dapat berjalan berkunjung suami yang berada jauh. Bukan semua dapat buat macam tu. Tak ada perjalanan yang lebih baik dari perjalanan menemui suami dan bersama keluarga.
Berhimpit-himpit makan didalam rumah. Dimana lokasinya?
bilik tempat tinggal suami – projek hidroelektrik hulu terengganu
bilik disediakan – katil lengkap dengan perabut asas meja makan 4 kerusi, meja sisi, almari pakaian, periuk nasi elektrik, pemanas air minum dan sinki dapur.
bilik mandi di dalam bilik dengan pemanas air mandi.
tv termasuk siaran asas astro.
Bilik berkongsi atau tinggal untuk seorang?
tinggal seorang.
ada juga yang berkongsi… tengok position apa la kot
comelnya anak gajah tu. gajah tenang tuh comel jgk, diam je diusik orang
Istri yang terbaik ni Kak Jie, selalu sempatkan menemani suami bepergian kerja walaupun jauh ya, sama2 sekeluarga pula… bagus ni 🙂
Nanti kalau empangan dah siap boleh share proses empangan ini dibuat. Suatu hari nanti mesti jadi bahan sejarah.
Tak pernah tahu nasi kabsa kambing tu..hehe
beza rasa *meninggalkan dan ditinggalkan..
dayah tertanya tanya.. sebagai isteri.. kan kak.. perasaan mana yang lebih berat..
kita ucap selamat jalan kat suami atau masa ucap selamat tinggal ?
hurrrmmm..
dua dua sedih.. huhuhu
meninggalkan lebih sedih…melambai untuk mengucap selamat tinggal itu lebih sedih… melihat orang yang ditinggalkan lebih sedih.
macam tu juga kot suami rasa setiap kali dia tinggalkan rumah.. kan
takpe la kak..
makin jauh makin sayang..
🙂
Yess.. Ada gambar gajah.. Memang macam tu ke cara pegang gajah? Kena tarik telinga dia?
Mesti seronok dapat join projek buat Dam sebegitu. Saya rindukan bau konkrit yang dah lama saya tinggalkan..
aah.lagu tu tengah top. hoho..
cantiknya trengganu..SA belum berpeluang meneroka keindahan trengganu sepenuhnya…entah bila la peluang itu akan sampai…
kalau akak dgr lagu “Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang” itu bermakna akak sedang dengar radio THR Gegar…ker bukan…hehe.
lagu tu mmg tgh top kat THR sampaikan anak2 buah kat kelantan tu dah hafal lirik lagu tu..
Sesekali keluar daripada bandar best jugak kan kak jie..tengok gajah tu best
meninggalkan dan ditinggalkan satu perasaan yang sukar untuk kita.. namun kita kena laluinya..
seronok dapat berbuka & bersahur bersama keluarga tercinta…
kenangan indah bersama keluarga tercinta tidak akan dilupakan..
Gajah memang kena tarik telinga ye? Hihihi
bukan gajah je… orang pun boleh
meh…. nak try
Seronoknya berjalan semasa berpuasa. Feel dia pun mesti lain punya…
sama je macam orang balik kampung kot… jumpa orang tersayang
cuma keadaan kami bukan balik kampung… ke tempat orang
rasa lain …..
waa cantik pula teganu bila berkabus ni..
p.s entah la kak, saya tak dengar radio, tak tau apa lagu top..
tu kat hutan belantara, memang berkabus
pukul 10 pun keadaan sekeliling berkabus, sejuk dan berangin kuat
hmm teringin pula nak jejak kaki ke sana. tganu ngan kelantan, dua dua tak pernah jejak lagi
Kak Jie cuma belum sampai Sarawak… tapi tiket kapalterbang dah ada… 24/8 nanti sekeluarga akan bercuti ke Sarawak, InsyaAllah
nak ole ole..hehe 😀
Lagu tegar memang top skrg ni kak jie.. maklum la, penyanyi jalanan paling sedap sore, jadi artis..
rajinya kak ji jalan jauh..
bukan sebab rajin………. suami kak jie dah dok jauh tak bersama keluarga
kami yang cuti, dia tak cuti
jadi…….. berkorbanlah kami yang ke sana
Wah hebat kak jie boleh masuk kat tapak projek. Saya orang teganu sendiri tak pernah menjejakkan kaki. Lagu tegar tu semakin popular bersama dengan lagu yang lirik berbunyi putih-putih melati. Lagu indon memang sedap didengar,,,nyaman.hehehe
suami kak jie kerja dalam tu.. kalau saja saja je nak masuk memang guard tak bagi lah…. dah 4-5 kali juga kak jie pi sana dan melawat hampir keseluruhan kawasan pembinaan ( Puah Dam & Tembat Dam )