Cinta Bukan Sekadar Ucapan
Peribadi

Cinta Bukan Sekadar Ucapan

Angah tanya ” mama, kita ni boleh dikatakan balik kampung ke bukan ye?”

Entahlah, mama pun tak tahu nak cakap kategori mana.  Family kita ni pelik sikit.

Biasanya suami yang bekerja di luar daerah yang balik , tetapi kami yang ke sana.  Bukan tempat yang mudah pula tu.  Lebih kurang 500 Kilometer jaraknya.  Tempatnya di tengah hutan belantara, tanpa talian telefon atau pun internet.

Selepas berbuka puasa nanti, saya dan anak-anak akan bertolak ke Hulu Terengganu ke tempat suami bekerja ( Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu )  Dia tak bercuti , kami yang bercuti.  Anak-anak pun tak ada masalah kalau di ajak ke sana.

peralatan untuk memasak

Segala benda nak kena siapkan termasuk beberapa peralatan memasak dan bahan untuk memasak.  Periuk kukus, pemanggang ajaib , beras, gula , minyak , susu, ayam, ikan, sayur, bawang, cili, telur  dan segala keperluan yang dalam kepala dah set untuk masak apa.

Seorang isteri dan ibu, bab-bab ‘memikat perut’ ni memang selalu menduduki ranking pertama carta penyediaan.

Doakan keselamatan perjalanan kami anak beranak ye..  moga hajat mengembirakan salah seorang ahli keluarga yang keseorangan di sana tertunai.

Cinta adalah pengorbanan … tu kalau dah kahwin, kalau setakat couple baru seminggu jangan gatai-gatai nak berkorban segala bagailah ye

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Cinta Bukan Sekadar Ucapan

  1. biasanya mak atau isteri akan ingat akan semua ahli keluarganya , siapa sahaja yang berjauhan mesti terasa kehilangan , mesti cuba sedaya upaya untuk gembirakan mereka.

    Hrurmm saya faham kakjie .. cinta bukan sekadar ucapan , ianya di dalam hati.
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Laila Serik Kena GuntingMy Profile

  2. ayat yang last tu menarik sekali…..selamat pergi dan kembali dengna selamat….selamat berpuasa gakk….

Comments are closed.