innity_pcu = “%%CLICK_URL_UNESC%%”;
new innity_adZone(“7380ad8a673226ae47fce7bff88e9c33”, “9165”, {“origin”: “MY”, “channel”: “LIFESTYLE,MALAY,TRAVEL”, “width”: “468”, “height”: “60”});
Assalamualaikum…. lama kan tak udpate blog. Hampir sebulan jugalah.
Entri ini juga rangkuman ringkas..sekadar abadikan gambar peribadi yang diambil dengan telefon sahaja.
Percutian kali ini saya bawa Carrot. Melati dan Alice tinggal kat rumah dengan mak dan adik. Bertolak selepas maghrib dengan Intan dan Angah.
Kami sampai di HTP ( Hulu Terengganu Project ) jam 3.00 pagi. Mencabar dan mendebarkan jugalah perjalanan kali ini. Bilasanya selepas LPT di Jabor saya akan ikut jalan melalui Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan isi petrol di situ. Tapi kali ini saya masuk LPT Fasa 2 yang baru dibuka buat pertama kalinya.
Laluan ini tiada stesen minyak. Gunakan Waze, stesen minyak terdekat perlu keluar di Kijal. Kami keluar di Kijal dan sampai di stesen minyak tersebut tetapi telah ditutup waktu operasinya. Berdebar sungguh sebab ini bukan laluan biasa, kami pertama kali lalu dan waktu pun dah tengah malam.
Carian menggunakan Waze, stesen minyak seterusnya hampir 21 KM di Kerteh. Tawakal saja, dah teruskan perjalanan. Hampir jam 1 pagi selepas melalui perjalanan yang rasanya paling lama pernah di lalui, hari bersorak girang bila ternampak lambang Petronas di hadapan. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di stesen Petronas sebelah Mesra Mall, Kerteh. Lega tak terucap.
Gunakan Waze lagi untuk masuk semula ke lebuh raya sehinggalah keluar di Ajil sebelum ke Kuala Berang dan terus ke laluan Tasik Kenyir. Perjalanan sunyi sepi dan tak ada kenderaan lain….hampir 3 pagi, kami selamat sampai.
Esok , seawal 9 pagi kami berlima ke majlis kenduri perkahwinan salah seorang staff tempat kerja suami. Saya dah biasa datang kenduri penduduk tempatan dan suasana begini tidak asing lagi. Pertama kali dulu agak keliru dan pelik jugalah.
Beginilah suasana kenduri di sini…ada meja buffet dan kerusi tanpa meja. Kita makan dengan tatang pinggan. Kalau kita di sini yang buat kenduri macam ni, agaknya 7 keturunan pun orang bercerita tak habis…hihiihi…Inilah namanya jauh perjalanan luas pandangan kaya pengalaman.
Kemudian kami ke Pantai Tok Jembal. Tengok anak-anak dari jauh, dah besar kan dia orang ni.
Selesai urusan di Kuala Terengganu, kami terus perjalanan ke utara ke Merang. Kami belum booking hotel maka bermulalah perjalanan sambil mencari tempat yang sesuai untuk bermalam. Dalam gelap malam, main redah aje mengikut Google Map lokasi yang agak-agak berdekatan pantai.
Selepas berhenti dan bertanya di 2 resort, akhirnya kami mendapat tempat bermalam di GRimbun Chalet Merang. Bilik dengan 2 katil Queen dan econ hanya berharga RM 60 semalam.
Awal pagi memasing nak tengok sunrise. Chalet pun tak jauh dari pantai. Tak sunrise sangatlah….dah segalah mataharinya.
Hanya kami sekeluarga di pantai….. Masa ni mama dia jadi pompom girl!
Pemandangan cantik mentari pagi.
Balik dari pantai, kami check out nak teruskan perjalanan tanpa dirancang. Kami bercuti memang macam ni, tak plan sangat. Mana tempat menari, berhenti.
Kami bersarapan di gerai depan Masjid Pantai Merang. Nasi dagangnya sedap sangat. Highly Recommended !
Pantai Merang, Setiu Terengganu.
Terrapuri Heritage Village, Penarik
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir sekarang. Akan datang akan ada jambatan dari tanah besar pengkalan ke pulau yang akan dijadikan kompek jeti untuk ke kawasan bebas cukai. Ada kedai , ada taman permainan kanak -kanak dan tempat letak kereta.
5 hari kami di HTP ( Empangan Kenyir 2 ). Gambar ini di ambil pada 16/3/2015. Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu Sungai Puah. Paras air belum mencapai takat maksimum.
Perangkap Sampah (Gross Pollutant Trap) di hadapan pintu tunnel empangan.
Nota : Kalau rajin saya share lagi gambar seterusnya …. kalau rajin… hihihi
HACKED BY SudoX — HACK A NICE DAY.
saya jadinya pengen main kesitu. tempatnya terlalu Indah.
Waah ada tempat yang seperti itu ya,…
Keren nih gambarnya.
keren sekali nih…
Rindunya terengganu..
terengganu bnyk pantai kan..mesti cantik2…sy pernah ke pulau perhntian dulu..best sngt,,,:)
terengganu banyak pantai kan…sy pernah pergi pantai batu buruk jer..cntik jgak..tp ade lagi yng cantik kat sana…nanti ade mase mesti pergi ni…;)
Byk juga tempat cantik di terengganu ni….
Dah lama tak jenjalan ke terengganu, suka ke sana sebab tempatnya cantik dan bersih…
Pantai kat Terengganu memang sangat cantik, mandi time tengah hari pun cam tak terasa panasnya…hehe
Antara negeri tercantik di dunia 🙂 kalau pi sana rugi tak pekena nasi dagang, ICT atau roti paung.
sangat mendamaikan dan cantik pulak tu
Bestnye bercuti di kuala terengganu.. Dh lama dh pg sana.. Rindu nk berkelah kt pantai lg.. Huhu
ala comelnyaaa kucing tu. Bestnya dapat tengok pantai . tenang je rasa
saya pernah melalui pengalaman yang sama ketika kenduri di Terengganu….kerusi tidak disediakan…memang agak pelik tapi kebiasaanya bagi mereka…agak sukar nak makan..mana nak letak air…nak pegang pinggan lagi…….hehehe
kan..memula tu kejutan budaya juga lah….nak tatang pinggan, nak pegang air nak kepit beg tanggan…bila dah selalu pergi kenduri mcm ni..kak jie tak bawa apa2…beg semua tinggal dlm kereta..
Uh! Nampak kawasan pantai tu macam tak ada orang je?
Seronoknya!
Di tempat saya sudah terbiasa kondangan kenduri seperti itu, dan saya merasa lebih nyaman dibandingkan di gedung dengan berdiri sambil makan.
weeken ni balik ganu ! yeay ! tengok gambo pantai xsabo nak melepak di pantai batu buruk…
Damainya pemandangan di tepi pantai tu. Great sharing 🙂
cantiknya pemandangan dia…..
salam kak. Lama tak singgah blog akak =). Uniknya kenduri kat sana. Lain tempat, lain cara kan. Macam sy membesar kt jb, kenduri kahwin dri 11 pg sampai 5-6 ptg. Bila dah kawin, ikut suami duduk pahang, pergi kendiri kawin pukul 2, lauk tak da dah, orang dah nak berkemas dah..hehe
hehehe,,, memang pesen orang ganu punye kenduri camtu,,, kite asal ganu,,
pegi ke kenyor tak singgah air terjun sekayu ker,,, best!!
Sekayu dah pergi tahun 2013
Lama dah saya tak balik terengganu. Tunggu cuti panjang baru balik. hehehe
Bestnya. cuti sekolah nanti kita langgar terengganu.
best nya tempat kat terengganu ni kan… rare nye majlis kahwin macam 2…memang budaya orang ganu cam 2 kot…hihi..
Terengganu ni memang banyak tempat menarik. Yang paling best pernah pergi di Awana Kijal dan Tanjung Jara..
kak, carrot pun check in hotel ke? bestnya..boleh ya?
kak, check in hotel dgn carrot ke?boleh ya? comel je dia duduk dlm kereta 🙂
Kalau ke tasik kenyir best juga jika dapat naik boat pergi ke Taman Negara, bawa joran dan umpan siap2. Minta pemandu boat berhenti di lubuk ikan. Sebelah malam boleh tengok ASTRO atas boat sambil menikmati hasil tangkapan.
Kak Jie.. Aya tak pernah lagi pergi Terengganu..hehehe
nampak menarik aktiviti macam ni, sedap jer permandangan tgk
Pantai sebelah pantai timur ini sangat cantik. Kalau dapat main layang-layang tentu seronok.
percutian smpena smbut GST ek?hhehe
tempat ganu mmg bnyk yg best best. Lg lg pasar payang
Saya suka kalau pergi pantai yang takde orang. Hanya family kita je….
aman rasa.. hehe..
Slalu kak dtg trengganu..nsib baik sampai gk stesen mnyk..
cantik tempat ni… ada rezeki mesti nak pergi.. suka baca blog ni banyak info… jemput bertandang ke blog cik yati yr.. tq
pulan perhentian dah pergi ke>
nampak macam best aja
berapa agak2 nak sewa chalet tu > teringin plak nak ikut sana
Terangganu mmg feveret sata dan familiy, banyak kali ke sana.
dah lama x ke terengganu… last melawat 2009, tu pun xbyk tempat g…hu