Dua minggu lepas, saya ternampak satu post dalam grup kucing mengenai seekor anak kucing yang dijumpa cedera teruk di kaki. Kucing malang ini dijumpai oleh seorang pemuda dan membawanya ke klinik tetapi dia tidak dapat menjaga anak kucing tersebut kerana dia tinggal bujang. Kucing yang cedera di kaki ini perlukan penjagaan yang lebih.
Selepas 2 jam tidak seorang pun membalas post tersebut, saya rala hati untuk mengambil tanggungjawap untuk menjaga anak kucing ini. Petang hari yang sama, saya ke Rawang untuk mengambil si kecil malang ini.
Inilah rupa kaki kucing tersebut. Menurut pemuda baik hati yang menemui anak kucing di kawasan tempat dia bekerja, kakinya telah hilang, luka yang berulat dan berbau busuk. Dia telah membawa anak kucing ini ke klinik haiwan kerajaan untuk rawatan awal tetapi dinasihatkan ke klinik swasta untuk operation memotong kaki yang rosak teruk.
Selepas mengambil anak kucing ini, saya terus buat panggilan ke klinik untuk menghantar kuicng ini ke sana. Terus memandu dari Rawang ke Kuala Kubu Bharu.
Selepas 2 malam, saya bawa dia balik ke rumah. Kurus kering dan berbau busuk. Umurnya lebih kurang 3 bulan dan ia seekor kucing jantan.
Beberapa perkara penting menjaga kucing kudung ( cedera di kaki )
- Pakaikan E-collar supaya dia tidak menjilat ubat yang disapu pada luka atau dia mengigit dan mencabut benang jahitan.
- Tutup sangkar dengan kelambu, saya gunakan langsir lama supaya tidak dihinggap lalat. Lalat yang bertelur di luka akan menyebabkan luka tersebut berulat.
- Gantikan pasir untuk kucing berak dan kencing dengan kertas yang dicarik-carik kerana pasir akan mudah melekat pada luka tersebut.
Sebenarnya, kucing mudah menyesuaikan diri dengan keadaan dirinya. Si kecil ini mengambil masa beberapa hari sahaja untuk stabil berjalan dan berlari.
Selepas 2 minggu, inilah kucing kudung tersebut yang telah diberi nama “BMO” yang sebutannya “Beemo”. Bulu yang dicukur sekitar tempat pemotongan kaki telah mulai tumbuh dan lukanya makin kering. InsyaAllah, dalam seminggu lagi elok sepenuhnya.
Selain Melati dan Carrot, saya sekarang mempunyai dua ekor kucing kudung – Alice dan Beemo. Kedua-duanya tidak mempunyai kaki kanan! Boleh follow kisah kucing-kucing saya di akaun Instagram kucing saya di sini – kujiecats
Ditempat saya kalo ada kucing sakit malah dibiarin aja. Gak ada yang mau ngerwat. Kasihan banget kucingnya.
bagi saya,kucing ada satu naluri yg istimewa.kalau kita x suka dia,mesti dia x nak manja2 dgn kita.kalau kita selalu bagi dia makan walaupun kita x,mesti dia akan mendoakan kita.apatah lagi tolong kucing time dia sakit.
serem ya kucingnya…
Tak ramai orang sanggup bersusah payah demi seekor kucing…
Tak ramai orang sanggup bersusah payah demi seeker kucing.. …
Salam Kak Jie! Rindunya pada akakkkk….
Nak habaq, kucin saya pun kudung gak…
Dan yang penting saya kembali berblog!
Alhamdulillah, mulia sungguh hati akak.
banyak info yg saya dapat tentang penjagaan kucing ni dari sini 🙂
berkongsi berdasarkan pengalaman…tapi ada juga yang tak sesuai dgn kucing lain…pemilik kucing kena pandai pandailah cari tips yang sesuai mengikut personaliti kucing masing masing
gambar last tu memang comel habis.
pandai ambil gambar.
kesian nye kucing skrg..bnyk jadi mangsa kekejaman mnusia…sampai bila la,,,kalau xsuke jgn la buat mcm tu..moga jadi pedoman..
bila masa saya cakap kucing ni mangsa kekejaman manusia?
Kelas gitu nama kucing ni. Akak, kagum dengan jiw penyayang akak. Semoga Allah beri kemudahan dan rezeki yang melimpah ruah buat akak dan pemuda tu.
anak anak yang bagi nama….sebenarnya tiap kucing ada nama panjang
macam Carrot, nama panjang dia Carrot Caroline berdasarkan watak The Vampire Diaries. Masa dapat dia tengok hot dok tengok drama tu.
Alice – Alice Elisa…embah yang bagi nama Elisa tu
Dulu ada nama Julie Remie, Camo Orenovich Remie, Natalia Orenovna Remie ,
kesian nya kucing tu..tapi comel..
kesian, tak sampai hati nak tengok dia kudung 🙁
kesiannya kucing… hari2 kucing saya xlarat nk jalan pon dh sebak tgk….
Allah memang suka bila kita sayangkan makhluk dia, nak-nak kucing yang merupakan haiwan kesayangan Rasulullah, Semoga orang yang menjaga kucing ni dirahmati, untuk kak kujie jugak kerana sanggup jaga kulit yang xde kaki sebelah,
Allahuakbar sedihnya tengok kucing ni. Bagus Kujie tolong mahkluk Allah yg lain ini. Moga mendapat kesenangan dunia akhirat
Kesian nye la tgk. Tahniah siapa yg menjaganye
alololo comelnye..kesian dia..semoga pertolongan kak kujie mendapat balasan yang berganda dari Allah..mesti BMO bersyukur sangat dikurniakan penjaga yang baik..saya ada mengambil kucing terbiar juga..tetapi tidaklah kudung..sempurna sangat..cuma tuannya biarkan dia di klinik vet dan tidak dituntut..dah 6 tahun saya jaga..memang dia sangat bersyukur, dia punya setia pada saya dan suami lain macam..dia sayangkan anak2 saya sejak diorang lahir lagi..
Mulianya hati kujie. Semoga kehidupan kujie juga sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. 🙂
kesian tengok dia
Alahai kesiannya. Tapi comel!
ada sekor kucing liar kat rumah saya ni, tengok selalu garu sampai berdarah, tapi dia tak jinak nak boh ubat pun.. susah nak tangkap.
kasian banget kucingnya,untung ada kakak yang mau merawat kucingnya,moga cepet membaik kucingnya.
Kasian banget liat keadaan kucingnya kayak gitu,mudah mudahan setelah di rawat keadaannya jadi membaik..
alhamdulillah bagusnya kucing tu jumpa puan, dapatlah dia diselamatkan
ciannya tengok, nasib beemo bertemu dgn org yg penyayang macam kak jie. GOOD JOB!! murah rezeki mereka yang menjaga haiwan ni.
Jejom terjah
mulianya hati kak kujie….untungnya kucing tu bertuankan seorang yang penyayang…..tips yg berguna…
kesian tengok kucing yang tu..kaki dia kudung..Apa2pun tahniah pada admin dan budak lelaki yang tolong kucing ni dan sanggup berkorban untuk lihat kucing2 yang sakit ni sihat
Comelnya Beemo. Semoga Beemo sentiasa sihat dan cergas selepas ni Amin 😀
kesian kucing tu,, naseb baik dapat jumpa manusia mcm admin,, hihi
Admin mesti seorang pencinta kucing …
Semoga admin dapat masuk syurga kerana buat baik pada ciptaan Allah,,
admin ni Abu Hurairah zaman milenia ni..
GOODJOB…!!!
Alhamdulillah umur BMO masih panjang..
Hanya Allah jua yang dapat membalas kebaikan kak Ku jie dan pemuda itu..
siannya dia…
Ya Allah..Siannya..Saya pun peminat kucing..Dekat kawasan rumah kedai perumahan saya ada kedai yg akan memukul kucing2 yg datang ke kedai makan..Malah ada yg kena siram dengan Air Panas..Dulu masa sekolah saya selalu bawa balik kucing2 tu..Tapi sekarang dah pindah cuma ada beberapa ekor yg tinggal..Tak bertambah dah kucing saya..
baiknya hati akak.. kosnya mahal juga tue… semoga dimurahkan rezeki akak…
Sedihnhya tengok kucing kudung, tapi syukur ada insan macam kak Kujie yang senantiasa berbakti untuk kucing
Sungguh berbudi mulia , sudi merawat hewan yang membutuhkan pertolongan.
Alahai kesiannya dia..nasib baik kak jie ada
mulianya hati kujie membela kucing kucing terbiar macam ni.semoga Allah membalas budi baik kujie
Kucing adalah haiwan paling setia menjaga keselamatan rumah dari ancaman makhluk perosak. Kadang-kadang terdengar bunyi bising di bumbung rumah, mungkin kucing sedang “menyelamatkan” penghuni rumah.
Mulia sungguh hati Kojie dan pemuda itu, semoga dirahmati Allah.
Beruntung kucing tu.
Alahai comelnya kucing. Tp ksian sgt tngok keadaannya mcm tu
seronok baca kisah dan penulisan kak jie tentang kucing ni, banyak info tentang cara merawat kucing yang kak jie beri
bnyak nye kucing yang sakit kta luar sana…kesian sngt..xsangup tngok pun ade