Cu Chi Tunnel – Tempat Menarik Mesti Lawat Di Vietnam
Percutian

Cu Chi Tunnel – Tempat Menarik Mesti Lawat Di Vietnam

Kisah ni dari  hunung tahun lepas, tapi saya kurang rajin pula nak bercerita. Tetapi nak juga catitkan di dalam blog sebagai kenangan diri sendiri atau rujukan.  Bila dah tua-tua nanti bolehlah dibawa untuk anak cucu…hihi

Kisah percutian 6 hari 5 malam ini bermula di  Phnom Penh, Kemboja sehingga ke Siem Reap sebelum memasuki Vietnam . Baca saja di sini kembara cuti saya bersama Team Denaihati.

Kami menyeberang sempadan Kemboja ke Vietnam dengan bas melalui Moc Bai dan selepas 7 jam perjalanan termasuk terkandas 2 jam di pusat imigresen Vietnam – baca di sini Perjalanan Dengan Bas Dari Phnom Penh Ke Ho Chin Minh Melalui Moc Bai

Selepas check ini di hotel, kami tak buang masa terus ke Ben Thanh Market untuk membeli belah.  Selpas makan malam, keluar ke pasar malam disekitar hotel.  Ramainya orang Malaysia rasa macam berjalan-jalan kat Jalan TAR.

Awal pagi selepas sarapan, kami dah bergerak ke daerah Cu Chi iaitu lebih kurang 70 km daripada Bandar Ho Chi Minh. Selepas perjalanan lebih kurang satu setengah jam kami pun tiba di Cu Chi Tunnel. Terowong Cu Chi (Cu Chi Tunnel) ini adalah salah satu tempat menarik yang wajib dilawati di Vietnam.

Cu Chi Tunnel ialah kawasan yang menempatkan terowong yang telah dibina oleh Tentera Viet Cong semasa menentang Amerika Syarikat dari tahun 1959 hingga 1975.

jalan jalan vietnam

Di sepanjang jalan, ada banyak gerai kecil yang menjual makanan seperti ini.

penduduk vietnam

Nampak macam serabut sangat tetapi sebenarnya teratur. Semua penunggang  bukan merempit dengan laju.  Semua tenang meunggang dengan cermat.

Walaupun nampak berserabut bila nak lintas jalan, tetapi percayalah kalau kita mulakan langkah melintas, teruskan dengan konsisten dan terasa begitu ajaib kerana boleh melepasi jalan  dengan mudah.  Jangan panik macam ayam melintas jalan.

awek vietnam comel

Comel je

pokok vietnam

Semua pokok di bandar Ho Chi Minh ada nombor pengenalan diri. Kalau nak berdating bawah pokok, bagi tahu saja pokok nombor berapa.

tiket

Selepas lebih kurang 1 jan setengah, sampailah ke Cu Chi Tunnel.  Tiket masuk ke Cu Chi Tunnel ialah  90.000 Dong (4.5 USD)  atau lebih kurang RM 14 untuk pelancong luar dan untuk rakyat tempatan 70,000 Dong.

Tiket 2 keping tu, kepingan yang bawah berharga 70.000 VD, yang atas 20.000 VD dikepilkan untuk pelancong asing.

kem bawah tanah

Cu Chi Tunnel mengandungi rangkaian terowong bawah tanah sejauh lebih kurang 200 km yang lengkap dengan bilik mesyuarat, ruang kediaman, stor makanan, stor senjata malah dapur untuk memasak.

Salah satu teknik bijak bagi menghalang asap dari dapur memasak di kesan oleh tentara Amerika,   ruang dapur terdapat satu ruang tertutup yang mengumpul asap.  Asap ini akan dilepaskan pada waktu malam jauh dari lokasi dapur.  Maksudnya ada terowong yang menyambung dapur dan tempat pelepasan asap.

vietnam chuci

Terowong yang sempit, sesuai dengan saiz badan orang Vietnam di zaman perang. Kalau kita yang gempal makan mewah macam zaman sekarang ni  boleh tersankut tak celuih bila masuk. Pengunjung boleh cuba memasuki dan merasai sendiri pengalaman merangkak di dalam salah satu terowong yang terdapat di sini.

Pada waktu itu, seluruh kawasan itu dipenuhi dengan jerangkap samar (booby trap).

perangkap
Ada banyak jenis perangkap yang dicipta, dan ini adalah salah satunya. Dalam serba kedaifan mereka berjaya mempertahankan negara dan terus melancarkan serangan gerila ke atas musuh sehingga berjaya.  Malah ada beberapa kawasan terowong yang berada dibawah kawasan penempatan tentera Amerika sehingga mereka boleh menyusup waktu malam untuk melancarkan serangan.

jerangkap samar

Terowong yang serba lengkap ini sesusai dijadikan pengkalan dan kubu bagi menghadapi serangan tentera sekuat Amerika Syarikat pada waktu itu. Kagum dengan kepintaran rakyat Vietnam mereka cipta senjata dan tempat pertahanan mereka dari persekitaran untuk melawan tentera yang lebih moden.

vietnam

Buluh digunakan untuk menyalurkan air.

vietnam2

Di penghujung lawaran, kami dihidangkan teh panas dan ubi kayu rebus. Bahan untuk dicicah adalah campuran lada, gula dan kacang tanah.

ubi rebusLama dah tak makan ubi rebus.  Sedap pula bila makan di Vietnam

Dekat Shooting Range, pengunjung boleh menembak dengan peluru sebenar.  Saya dah tak ingat berapa harga yang dikenakan. Kita beli peluru hidup dan boleh gunakan M16 atau AK47 dan senjata lain untuk merasai sendiri pengalaman menembak.

Nota :  suami beli cenderamata seperti peluru.  Terlupa dan masukkan dalam bagasi dan akhirnya saya tersangkut sewaktu pemeriksaan menaiki kapalterbang balik ke Malaysia.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Cu Chi Tunnel – Tempat Menarik Mesti Lawat Di Vietnam

  1. Salam Kak. Teringin nak pergi Vietnam actually. Banyak info menarik kat sini boleh saya jadi panduan untuk plan trip nanti. Terowong tu is a must lah rasanye.

  2. Pengalaman yang menarik merasai perit jerit pejuang Veit cong menentang Amerika. Akhirnya Amerika malu dan tersungkur dengan keangkuhan mereka.

  3. Jauh berjalan luas pandangan dan macam-macam ilmu kita belajar. paling penting bagaimana kita nak menghargai setiap kebesaran ALLAH yg kita lihat setiap kali kita mengembara di negara orang.

Comments are closed.