Inilah kucing blonde saya namanya Natalia Orenovna Remie. Nama macam Rusia sangat, kan?
Memang pengaruh Rusia pun. Natalia adalah nama untuk bintang Rusia yang paling top di Internet sekarang iaitu Natalia Vladimirovna Poklonskaya seorang wantia yang menjadi Peguam Negara di Rusia.
Populariti Natalia yang berambut blonde bermata biru itu telah mendorong komuniti permainan di Jepun untuk membangunkan anime Natalia. Video sidang akhbar yang diadakan oleh Natalia telah diretweet lebih 10,000 kali walaupun hakikatnya ramai yang tidak memahami bahasa yang dipertuturkan.
Bukan main canggih lagi nama untuk seekor anak kucing!
Berbalik kepada nama, ada sedikit pengetahuan am yang ingin saya berkongsi mengenai tatacara nama orang Rusia. Budaya kita , nama hanya mempunyai 2 bahagian, iaitu nama diri sendiri dan nama bapa. Berbeza di kawasan Eropah dan beberapa bahagian dunia lain. Pada masa dahulu, orang tidak mempunyai keperluan untuk mengekalkan nama keluarga tanda asal keturunan tetapi apabila manusia semakin berkembang mereka cuba mencari jalan untuk membezakan dari orang lain dengan nama kedua.
Contoh zaman pertemngahan Itali, ada yang mempunyai nama seperti Paolo di Pietro di Benedetto d’Alberto yang membawa maksud Paul anak kepada Peter, cucu kepada Benedict dan cicit Albert.
Nama orang Rusia boleh dikenali jantina dan anak siapa daripada nama tengah. Nama tengah mewakili jantina seorang anak kepada nama bapanya. Anak lelaki biasanya berakhir dengan ovich atau evich . Anak perempuan biasanya berakhir dengan ovna atau evna . Nama pengenalan orang Rusia dibentuk dengan menggabungkan nama pertama bapa dengan akhiran yang sesuai mengikut jantina.
Contoh mudah nama anak kucing saya – Natalia Orenovna Remie. Natalia adalah nama kucing tersebut, Oren adalah nama bapa dan menjadi Orenovna kerana kucing ini betina. Remie adalah nama keturunan apabila nama ibu Natalia ialah Julie Remie.
Ovich atau Evich merujuk kepada ‘bin’ dan Ovna atau Evna merujuk kepada ‘binti’ dalam struktur nama kita orang Melayu.
Antara beberapa contoh nama Rusia yang popular :
Anna Sergeyevna Kournikova
Roman Arkadyevich Abramovich
Maria Yuryevna Sharapova
Maria Yuryevna Sharapova
Natalia Vladimirovna Poklonskaya
Vladimir Vladimirovich Putin
Natalia bersama adik beradik susuan ( anak angkat Julie )
Nota : perkara ini mungkin hal biasa-biasa bagi orang lain yang tahu, tetapi saya sangat gembira bila mengetahui sesuatu yang baru biarpun tidaklah mengubah kehidupan saya keseluruhannya. Paling gembira kerana pegetahuan am ini saya dapat dari anak sendiri, Angah!
Get a professional septic tank cleaning service to clean and empty the tank at affordable cost.
There are also some requirements to meet, such as enough space and soil.
Our highly trained, fully qualified team of technicians are committed to excellence.
ya..tak sangka kak seorang peminat kucing!..bagus
Fuyooooohhhh…dulu nama kucing stakat belang, comel,tompok, kuning…paling terkujat ada kawan bg nama kucing dia shah rukh khan, amir khan & salman khan sebab gila hindustan…ni nama rusia plak..tergeliat lidah but nice..kucing mmg sgt cute!!
Aduh kak jie….susah bebeno nak menyebutnya namanya….hihihihi.apa2 pun comey2 belako ank kucing ni.
Aduh kak jie….susah bebeno nak menyebutnya….hihihihi.apa2 pun comey2 belako ank kucing ni.
ooooooo…
tq k,jie buat entry name Rusia ni 🙂
*mesti susah meow ni nak tulis name time exam (>.<)
alalaa…comel2 kucing ni… macam nak cubit2… hehehe
Comelnya kucing ni. geram tengok.
hehe… baru tahu kenapa nama rusia sepesen. bower bower. (orang arab sebut power)
amboih, advance betul angah. Dahsat nama kucing-kucing kak jie. Sya pernah namakan kucing ngan nama kereta2 yang kami miliki. Tapi semua anak kucing tu dah tak ada. huhu..
saya nak panggil nat je, boleh kak jie..? hehe.
dapat ilmu baru hari ni.
Cantiknya nama kucing kak jie.. hihihi.. jadi semangat membela kucing bila ada sesuatu yang boleh dibanggakan, seperti nama kucing.. =)
kelas nama dia…dpt satu ilmu tentang nama rusia ni walaupun pening sikit…ehehhe
Orang dengan panggilan angah ni memang bijak dia lain macam sikit…
haha..pjg bebenor nama kuching
Orangnya cantik, kucingnya juga cantik. Sepertinya bisa menjadi pemennag kalau ada kontes nama kucing paling keren.hehehe
Teringat pulak anak yg kat madrasah minta namakan arnab dia dua ekor yg baru beli
bravo…angah
nama manja mesti lia atau blonde jer.
kalau nama betul mau tergeliat lidah tuer.
Hehe. Lawak la. Jadi bila nak panggil kucing ni guna nama penuh dia respon tak?
kalau perasan, orang Rusia nama mereka banyak guna “Y” dan “V”, betul x
amboi panjang nama kucing kak jie
tu nama dalam MyKid… hikhi
panggil Natalia je