Baung Lat Danau Bay Cafe, Tasik Kenyir
Percutian

Baung Lat Danau Bay Cafe, Tasik Kenyir

Aman , damai,  rukun, harmoni, tenteram, tenang, sejahtera, sentosa, bahagia, selamat, hening, karar … tiada lagi perkataan yang sesuai untuk digambarkan.  Semua perkataan dari kamus dewan saya dah petik!

pemandagnan mendamaikan tasik kenyir

Pemandangan indah dari anjung Danau Bay Cafe, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.  Di hujung sebelah kiri adalah chalet-chalet milik Lake Kenyir Resort & Spa .

gambar cangik pemandangan tasik kenyir

Ruang restoran yang mengadap Tasik Kenyir.

restoran di tasik kenyir

Pintu masuk utama ke Danau Bay Cafe adalah melalui Pusat Penerangan Kenyir (PPK)

pemandangan di tasik kenyir

Berdiri di anjung bangunan Pusat Penerangan Kenyir (PPK) dan Danay Bay Cafe yang redup dengan kehijauan pokok.  Saya suka pokok….hihi

pemandangan menarik

Asyik dan ralit menikmati makan tengahari dengan suasana dan pemandangan yang mendamaikan.

ikan baung tasik kenyir

Ikan Baung Stim Lat – saya tak pasti Lat itu sejenis masakan atau nama glamer tukang masak yang menciptanya.

 

Entri lain tentang percutian ini:

Tasik Kenyir terletak kira-kira 75 km dari Kuala Terengganu. Jeti Gawi ialah pintu masuk utama ke tasik. Terdapat Pusat Penerangan Kenyir (PPK), kawasan rehat, tandas, bilik solat dan ruang letak kereta juga kaunter pengusaha bot yang menawarkan pakej pelancongan.

Untuk maklumat hubungi
Pusat Penerangan Kenyir (PPK )Pengkalan Gawi
Tel : 09-626 7788 or 666 8498 or
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)
Tel : 09-822 3100 ext 103.

Cara untuk ke Tasik Kenyir :

Jika dari Kuala Lumpur  – ikut Lebuhraya Pantai Timur – Lebuhraya Jerangau-Jabor – Bandar Al Muktafi Billah Shah – Kuala Berang (kira-kira 413 km )

Nota : selepas Bandar Al Muktafi Billah Shah, kira-kira 10 km, ambil kanan ke Lebuhraya Pantai Barat – Kuala Terengganu dan keluar di Ajil. Teruskan ke Kuala Berang. Lebuhraya ini baru dibuka.

Dari Kuala Berang ke Pengkalan Gawi Tasik Kenyir kira-kira 35km.

Atau

Dari Kuala Lumpur – Bentong – Kuala Lipis – Gua Musang ( kira-kira 200 KM )
Gua Musang – Felda Aring – Pengkalan Gawi , Tasik Kenyir ( kira -kira 159 km)

Kalau menggunakan perkhidmatan bas – beli tiket di Hentian Putra, Kuala Lumpur. Bas Kenyir Express dengan harga RM 44.40 ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir bertolak setiap jam 9 malam.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Baung Lat Danau Bay Cafe, Tasik Kenyir

  1. wah sungguh terliur tengok ikan baung tuh.. perghh. suasana santai je. teringin nak pegi suatu hari nanti

  2. Terima kasih Kak Jie kongsikan keindahan tasik kenyir ni.

    Mmg ada rasa mcam saye yg ada kat sana…hehe

    Kali terakhir ke sana hampir 10 tahun dulu. Nampaknya, nak kena satu trip ke sana nanti. Malu pulak bila rakyat Ganu sendiri tak sampai ke sana lagi… =)

    Terima kasih Kak Jie berkongsi detik2 indah 😀
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Pohon 12 Ranting?My Profile

  3. Tasik Kenyir. Memang cantik tempat tu. Tak sangka ia buatan sebab ia luas. Sampai sekali ke sana pada penghujung 2008. Hampir 4 tahun. Tapi stay di Kuala Terengganu. Travel lagi ke sana dan ambil bot. Adventure. Tapi memandangkan saya ni agak pengeri juga. Kaki tu agak keras jer atas bot. Apa pun entah ker dah ada perubahan sebab dah hampir 4 tahun. Apa yang best membeli belah kat Pasar Payang. Itu pun kejang kaki gak berjalan. Nampak gaya kalau stay di Tasik tu sendiri, lagi terasa serapan alam nature…indah.
    Jom terjah post menarik dari adillaharun ..SEDIA, KESEDIAAN DAN PERSEDIAAN UMRAHMy Profile

  4. Assalammualaikum.

    Lama sungguh tak singgah ke sini. Godek-godek nampak semua anak Kak Jie dah besar (tandanya dah lama blog Kak Jie ni ada atas talian) : )

    Yang ni rizal turun laju-laju sebab menaip ni hari ahad, sekali ada gambar lauk sedap pulak dalam entri. Tak boleh jadi. Itu ikan mencabar perasaan. Haha.

    Syabas kak jie, banyak pula jelajah satu malaysia. Baca pun macam terasa ada di tempat sana jugak. Ngehee.

    Selamat Hari Ahad : D
    Jom terjah post menarik dari Incik RestNrilekS ..Berubah Itu BagusMy Profile

    1. waalaikumsalam

      sepatutnya ayat tu berbunyi mcm ni ” tandanya dah tua….”

      secara lojiknya, bila anak² dah besar, makbapa pun makin tua :p

      kak jie suka gambar² ni…. alam dan building kayu berukir indah, bukan sesuatu yang biasa kita nampak di mana-mana, hanya tempat yang istimewa. sebab itulah diabadikan dalam blog.

      tang ikan stim tu…kak jie tak makan ikan air tawar….kak jie telan air liur aje….orang lain yang makan…hehehe
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Terlalu rumit untuk dikupas dan terlalu indah untuk dibiar tanpa erti…My Profile

    1. perjalanan untuk sampai ke sini pun dah cukup indah….entahlah lain orang lain sukanya
      ada org suka melawat bandar, suka membeli belah

      tapi saya pula suka pokok, suka air suka alam….. suka tengok benda2 mcm ni
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bercuti Ke Over-RiverMy Profile

Comments are closed.