Kucing yang biasanya dipelihara di dalam rumah ( indoor cat ) secara puratanya lebih sihat berbanding kucing yang dibiarkan hidup diluar persekitaran rumah. Kucing peliharaan yang tinggal di dalam rumah juga menjimatkan bil veterinar untuk rawatan penyakit berjangkit, parasit atau cedera dari pergaduhan dengan binatang lain.
Bagi pencinta kucing, menjaga kucing di dalam rumah perlu ada beberapa panduan dalam pengubahsuai rumah dan susun atur perabut di dalamnya.
Salah satu perkara penting yang perlu difikirkan adalah apabila memilih untuk memasang jubin pada lantai rumah . Pemasangan jubin sebenarnya membolehkan kita mencuci kotoran seperti najis atau kencing kucing lebih mudah dari karpet. Cecair tidak akan meresap melalui jubin tetapi kita perlu membersihkan kotoran ini dengan segera untuk mengelakkan bau.
Ada beberapa cara mudah untuk membersihkan lantai jubin dari air kencing kucing dan menghilangkan bau yang mungkin kekal berpanjangan.
- Lap air kencing kucing dari lantai jubin dengan kertas tisu dengan segera. Campurkan 4 cawan air dengan 1 cawan cuka di dalam baldi. Basahkan kain dengan campuran tersebut. Lap pada kawasan jubin tersebut.Bilas kawasan tersebut dengan kain yang bersih, dan keringkan jubin dengan segera.
- Untuk menghilangkan bau air kencing kucing di lantai jubin, taburkan sedikit serbuk soda baking ke atas kawasan tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya 3-4 jam sebelum dibersihkan dari jubin dengan kain lembap.
Pemasangan jubin yang betul juga dapat membantu untuk mengelak lantai rumah rosak disebabkan aktiviti mengaru-garu dan mencakar dengan kuku. Kucing semulajadi akan menggunakan kuku-kukunya untuk mencakar dan mengaru.
Baca tips pengubahsuaian dan pemasangan jubin dan tips renovasi rumah untuk membuat pemilihan jubin yang sesuai supaya tidak berlaku keretakkan atau kerosakkan pada jubin. Rekahan atau retak yang terbelah akan menyebabkan air mudah meresapi lantai rumah dan menggalakkan pembiakakan bakteria yang mungkin menyebabkan penyakit.
Rasanya dah beberapa minggu saya mengupas dan bercerita tentang kucing yang bergolek-golek di lantai blog saya , ada beberapa tips dan panduan dengan aksi si Curious Cat.
Sebenarnya Curious Cat adalah sebuah laman web yang baru dilancarkan dan saya ingin mengajak pembaca untuk membuat sedikit siasatan dan mencari siapakan pemiliknya dan kenapakah laman web ini tiba-tiba saja muncul bersama kita.
Ada sesuatu hadiah istimewa untuk pembaca blog kujie2.com sempena perlancaran laman web si comel Curious Cat ini nanti……….teruskan kita kekal bersama untuk mengetahuinya!
Seperti itu ya cara membersihknnya, maklum saya belum pernah memelihara kucing.hehe
saya baru bela kucing… actually ibu kucing tue beranak dalam umah saya hujung bulan april… anak dia dua ekor…dah start nak cuba makanan ibu dia n berak/kencing merata-rata….selama nie saya just cuci dengan air panas n clorox jer lantai rumah tue….. dah tau tips baru nie boleh praktikkan nie…Thanx
Saya tidak memelihara kucing dirumah tapi tetangga saya ada yang memeliharanya,
terima kasih untuk tips2nya Kak Jie
kucing2 kt rumah mak saya di kampung dilarang masuk ke dlm rumah walaupon berlantai jubin.
bkn apa, kdg2 diorang ‘prit’ sket2 je kt tepi2 sofa atau perabot, utk tanda kwsn, yg mana mmg xkn dpt detect.
sbb tu elakkan tros je masuk dlm rumah unless kucing betina atau kucing jantan ‘lembut’. huhu
kat mana tempat terserpih, kat situlah dia suka usik….lagi dikuis kuis
geram..nak marah kucing
kucing oh kucing…tak rajin nak menjaga
kalo lantai baru simen ada tapak kaki cat like a sir hahaha..baru bercorak simen tu hha
saya takut kucing …
tapi kalau kucing parsi tak apa jd tak takut heheheheh
tp comel jer kucing2 tuh kan
kak!! jangan cuci 100% gitu!!
kucing akan stress..
kucing kan territorial,
first time dia akan marking ‘kawasan’ dia..
yang first tu tak leh cuci!!
kang dia penin,
‘dah camana aku nak marking kawasan jajahan aku niii!!?
dah la tak banyak sangat dah urine-bladder aku ni buleh
produce poon… almaklumlah, pakcik dah tua.. ehek ehek”
tapi kalau kencingan yang lain tak per lah kan…
cuma, camana nak kena tahu la plak..
kencingan marking ker?
kencingan sengaja tak sempat nak pegi toilet?
haaaa yang ni yg kita tak tahu ni 😀
Sara takut kucing.. sampai tahap fobia kalau nampak kucing. 🙂
cakap kat kuning kalau nak duduk lama dalam rumah ni,kena sama-sama bersihkan lantai rumah.heehhe
lantai yang bersih bukan kucing saje yang suka..semua suka..so apa lagi pila bersihkan lantai heheh
Dulu saya kutip najis atau muntah kucing dengan kertas surat khabar basah. Kemudian mob dengan dettol. Saya sudah biasa bersih bahan buangan kucing kesayangan.
Website tu Kak Jie punya ker?- curiouslah he3..
penggunaan baking soda tu boleh digunapakai untuk kesan bau kencing kucing yang dah lama tak kak ?
sebab kucing2 datang kat rumah ni diorang tanda kawasan kat rak kasut abih bau kencing..
cubalah…mana tau kot2 hilang juga bau lama tu
wah, info yang menarik ! hehehe, sesuai untuk kucing-kucing di rumah nenek di kampung yang sesuka hati melepas merata-rata.. huhuhu
Eheheh, ada hadiah untuk yang bertuah lah ! tak sabar nak tunggu !
kalau papan, mmg sedaplah dia mengaru garu…
saya x suke kucing sbb baunye kot..heheeh
btw thanks 4 sharing kak jie 🙂
mungkin satu hari ada kucing…. kekeke
Nice tips Sis.. Gd to know kalau2 ada kucing kampung yang
suka menceret di area rumah.. i hate that smell…
So dar my KOPI poops dalam satu bekas pasir dia jer.. siap
ada alas kaki lagi buat lap.. hik3…
comelnya…. bukan senang nak latih supaya kucing tak kotorkan lantai rumah kita, kan
btw… i will tinjau2 saper punya curios cat..
ila nak bela kucing kat umah baruuuuuuuuu..perlukan lantai yg sesuai jugakkkkk
mestilah ila …. kalau lantai yang pecah2 tu, sekali dia membuang
payah nak bersihkan