sekayu comel, zaman berzaman
sekayu comel, zaman berzaman
na na na na na terengganu kita
Kerana lirik lagu Iklim itulah saya teringin nak menjejak kaki ke Air Terjun Sekayu. Selepas pusing Pantai Batu Buruk, Pantai Tok Jembal dan balik ke Hulu Terengganu melalui Kampung Iman Lapar dan Kampung Nasi Dingin, kami ke Hutan Lipur Sekayu.
Alang-alang suami bekerja di Terengganu, kena ambil peluang menerokai setiap ceruk negeri. Rujukan dari laman web Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu, Hulu Terengganu dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah Cina bernama ‘Ling Wai- Tai Ta’ karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178. Ahli-ahli sejarah berpendapat Foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang.
Negeri itu (Foloan) berjiran dengan ‘Peng-Heng’ (Pahang), ‘Teng-yanu’ (Terengganu) dan ‘Ci-lan-tan’ (Kelantan)
Macam tu lah sejarah Hulu Terengganu.
Hutan Lipur Sekayu atau Air Terjun Sekayu adalah salah satu tempat menarik di Terengganu terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Lokasi Hutan Lipur Sekalu – GPS 4.966098,102.954666. Jaraknya lebih kurang 16 KM dari Pekan Kuala Berang atau 56 KM dari Bandaraya Kuala Terengganu. Memandu lebih kurang 30 minit bukanlah lama sangat.
Tiket masuk ke Hutan Lipur Sekayu:
- Dewasa – RM 2.00
- Kanak-kanak – RM 1.00
- Sewa Troli – RM 3.00
Waktu Kutipan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kalau datang ramai dan bawa peralatan untuk berkelah, berkhemah boleh sewa troli supermarket tu. Ada juga beberapa chalet untuk disewa.
Selepas pintu masuk ada laluan bertar disepanjang jeram sungai.
Hutan Lipur Sekayu telah dirasmikan pada tahun 1985 dan kunjungan saya bulan November 2013 , kebanyakkan bangunan seperti dewan terbuka, wakaf , jambatan agak uzur dan kerja-kerja membaiki sedang dilakukan.
Air Terjun Sekayu dilengkapi dengan Sistem Siren Amaran Awal Aliran Air Deras atau kita panggil kepala air. Kalau tengah mandi dan kedengaran bunyi siren, cepatlah keluar dari sungai dan naik ke tebing yang tinggi. Jangan nak degil sangat kerana tempat ini kerap meragut nyawa dengan kejadian mati lemas.
Jambatan ini tidak boleh dilalui lagi, sedang dalam proses dibaiki dan menaiktaraf. Kami tak masuk jauh ke dalam , hanya duduk-duduk di bawah redupan pokok yang tinggi menjulang di kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu.
Saya tak tahu apa nama binatang ni. Comel je dengan kepala warna merah.
sy pernah pergi sekali…best sngt…mane yg belum pergi mesti pergi…air sjuk…nyaman…:)
tak pernah pergi lagi yang nih.
Jom terjah post menarik dari Encik Seminar ..Tanya 40 soalan kepada Lawyer Hartanah.
Air terjun mengingatkan aku pada kampung halaman dah, disana gunung dekat rumah juga ada air terjunnya walau tak semenarik air terjun sekayu
Jom terjah post menarik dari fauzie ..How To Install A XAMPP Localhost Server On Your Computer
Tak pernah sampai pun lagi kat sana…
Lama dah tak pergi ke sini..tak banyak pun yang berubah,..hehe
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Tips Pujuk Anak Mandi
Bestnya… lama tak pergi sana. Kak Jie… Nak tanya ni “Desawa – RM 2.00” tu apa ya? Hehehehe. Jangan marah… Gurau je.
Jom terjah post menarik dari Ammar ..Video Penjual Putu Kena Langgar
apabila tengok air terjun tuh , makin tak sabar nak mandi sungai Janda Baik bulan 3 nanti…=)
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Conteng Dinding , Sowee Mama
kg iman lapar & kg nasi dingin…unik nama kg kat area sana
rasa lapar pulak 🙂
Jom terjah post menarik dari zakiah hj suboh ..Apa Itu Penyakit Gout?
Super awesome. loading terbaik (Y)
Jom terjah post menarik dari Syahril Hafiz ..Tarikh – Tarikh Penting UPU 2014/2015 ( IPTA 2014 )
Wah dah bertiket Sekayu sekarang. Kami dah lama tak ke air terjun…takut air kencing tikus.
wooo.. mati lemas!
kalau macam tu, maza mandi di situ guna timba ajelah.. boleh?
hehehe
Tok Jembal pun ada sejarah tersendiri 🙂
Menarik tempatnya. Nampak air tidak berapa deras.
lama dah tak berkelah, best juga berkelah santai2 tepi air terjun kan.
Patutnya….
sekayu come, zaman berzamang
sekayu come, zaman berzamang
na na na na na terengganu kita
kena buang “L” dan tamboh “G” ……baku ganu…
Mtuah juga tiket tu noh. Cadang nak makan angin belah sana gak. Tapi jaga jaga binatanag spesis baru tu. Huhu tak taw nama :p