Assalamualaikum dan Selamat Pagi..
Sebenarnya, ada sesuatu yang selama ini saya pendamkan dan ingin penjelasan lanjut dari kawan-kawan.
Kesnya begitu :
Saya tidak ada masalah langsung untuk menerima jemputan ke majlis kenduri rakan-rakan online melalui FB, wajib kecuali jika ada keuzuran.
Masalahnya jemputan tersebut atas sifat peribadi antara beliau dan saya. Saya tak boleh bawa orang lain yang tidak dijemput seperti suami atau anak-anak. Kalau jemputan biasa yang menggunakan kad, kad jemputan ditulis suami isteri ( anak-anak tak boleh bawa ), kalau kad ditulis seisi keluarga, barulah boleh bawa seisi keluarga.
Sebagai seorang isteri, kedudukan saya dibawah izin suami. Sebagai seorang ibu, keadaan saya tidak mengizinkan saya tinggalkan anak-anak . Kalau suami dan anak-anak saya tak dijemput, kelapangan bagi saya menjadi terhad.
Kebiasaannya jika rakan tersebut agak rapat, saya akan hantar message peribadi dan minta izin untuk bawa orang lain bersama. Masalah ini tak timbul bila membabitkan majlis melibatkan saudara mara adik beradik tetapi biasanya melibatkan rakan-rakan online seperti rakan blogger. Hubungan sesama blogger melibatkan kita dan dia sahaja bukan seisi keluarga kita ( suami isteri dan anak-anak).
Sebelum minta izin, saya juga perlu fikirkan situasi tuan rumah. Beliau mungkin membuat majlis terhad dengan bajet yang terhad, kalau 100 jemput minta izin untuk bawa rakan ,suami isteri atau anak-anak bukankah membebankan dari segi peruntukkan majlis tersebut ( tak cukup makanan atau tak cukup meja ). Zaman sekarang orang buat majlis kat dewan dan katering, bukan gorong royong sekampung, nasi dan lauk boleh dimasak mengikut keperluan.
Kita tak boleh datang kenduri dan bawa orang yang tidak dijemput. Kena minta izin terlebih dahulu. Tetapi….. sebagai tuan rumah, tak mungkin dia akan cakap tak boleh, kan. Situasi dia dalam keadaan serba salah juga. Selagi majlis belum selesai, tuan rumah tu bukannya senang hati. Bab makanan selalu yang sering difikirkan, cukup tak cukup untuk semua tetamu.
Saya bukan nak sentuh bab tuan rumah yang sudah tentu redha dan halalkan sesiapa saja yang datang dan makan. Tetapi dari sudut hukum asal yang datang makan tanpa diundang.
Berhati-hatilah sewaktu membuat dan menerima jemputan kenduri perkahwinan supaya jemputan-jemputan itu benar-benar boleh memberi pahala kepada orang yang menjemput dan orang yang dijemput.
Jemputan itu hendaklah nyata kepada siapa yang dijemput. Contohnya dijemput “Encik Saipul Anwar suami isteri” atau “Encik Saipul Anwar sekeluarga.”
Nota : sebab itulah korang jarang nampak saya hadir dalam majlis perkahwinan blogger…. Gambar atas adalah sewaktu majlis perkahwinan Blogger Yana Yassin. Gambar tu bukan milik saya, dah tak ingat sumber dari mana sebab save as daril blogger yang dishare di FB. Saya DM Yana minta izin bawa anak segerabak walaupun Intan sorang saja yang ikut, iyelah….Angah ada kat Gombak, alang-alang nak ke KL, boleh bawa dia sekali.
Dilema buat yang menerima undangan apakah boleh dan pantas membawa orang lain untuk hadir dalam jemputan kenduri, juga sering saya alami. Kalau di tempat tinggal saya asalkan yang dibawa anggota keluarga itu masih dianggap pantas dan sopan walaupun jumlahnya lebih dari satu.
Jom terjah post menarik dari Rina ..Basic HTML Tutorial : Create Website Form Action Using Form Tag, Input, Label, Select, Option And Type Attribute
kalau dekat, mungkin pergi.
kalau jauh, sampai kena drive 2-3 negeri..mungkin tak pergi rasanya.
Jom terjah post menarik dari Encik Seminar ..7 Jenis Pelaburan Hartanah.
ini bukan isu jauh dekat, ini isu siapa yang dijemput, siapa yang boleh bawa
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Buat MyKad Siap Hari Yang Sama Di JPN Putrajaya
Mak ai..teropong kita ke tu?haha..saya macam biasalah..kalau ada kelapangan akan pergilah…
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Tips Pujuk Anak Mandi
bukan… bukan itu maksud kak jie
lapang tak lapang , itu isu lain
topik yg kak jie bincangkan adalah – siapa yang dijemput dan sebagai org dijemput, siapa yang boleh pergi ke majis tersebut.
kena tengok kad yang diterima – dia tulis suami isteri atau seisi keluarga, kalau suami isteri anak-anak tak boleh bawa.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Buat MyKad Siap Hari Yang Sama Di JPN Putrajaya
Sepatutnya kena tulis “Menjemput awk dan sesisi keluarga” barulah x jadi serba salah kan? 🙂
Jom terjah post menarik dari Ammar ..Video Penjual Putu Kena Langgar
betul…bagi kawan yang kita tahu dah berkahwin….kalau kawan bujang tu boleh tulis nama dia seorang saja
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Buat MyKad Siap Hari Yang Sama Di JPN Putrajaya
Boleh jemput guna fb, tapi kena tulis lah seisi keluarga supaya yg dijemput tak rasa serba salah. Mana yang tahu hukum, agak susah nak datang kalau bawak seisi keluarga. Yang mana tak tahu depa belasah jerrr :).
betul sangat tu..medium apa nak guna tak ada masalah
tapi kena perihatin juga bab menjemput ni..tak boleh random saja sebab kawan2 kita ada yang dah berkeluarga….ada org dia tak kisah dgn bab ni..tapi sepatutnya kita kisah sebab ada hukum bab bab macam ni
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Buat MyKad Siap Hari Yang Sama Di JPN Putrajaya
betullah kak jie, kadang2 terima jemputan suami isteri je, kadang2 saya dan sekeluarga..
yup..kita kena perihatin dgn kad yang diterima
orang yang menjemput kena ada ilmu
orang yang terima jemputan pun kena ada ilmu
masing2 kena tau dengan jelas – jemput suami isteri atau jemputan seisi keluarga
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Buat MyKad Siap Hari Yang Sama Di JPN Putrajaya
perkataan sekeluarga adalah penting dalam jemputan yang mana kumpulan sasarannya terdiri daripada orang yang telah berkeluarga.
kalau tiada perkataan sekeluarga tu biasanya saya tidak hadirkan diri.
betul…. kita kena tau jemputan kita tu orang bujang atau dah bekeluarga
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Buat MyKad Siap Hari Yang Sama Di JPN Putrajaya
sebab tu lah usah sikit nak pergi kenduri .. 🙂
noted! hehe
entri terbaik ni kak jie, memang membuka mata ramai orang 😀
yang selalu kita pandang ringan.. nak nak yang bujang pergi majlis kawan2
kita tak boleh senang2 aje ajak kawan2 laIN… cakap ‘tak apa’
tak boleh… ada hukum bab bab ni
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Buat MyKad Siap Hari Yang Sama Di JPN Putrajaya
betul Kak Jie, hukum hakam menjemput dan menerima jemputan bukan perkara kecil. Macam kawasan rumah mak ayah saya, walaupun masih buat gotong royong (rewang), kadang2 ahli2 rewang masih bercakap juga yang mereka tak puas hati jika si pengantin dan adik beradik si pengantin menjemput melalui Facebook/Twitter/Insta/etc yang mana selalunya lauk dilebihkan masak pun tak cukup, lebih2 lagi jika si ibubapa pengantin minta bungkus siap2 seratus/dua ratus bungkus awal2 untuk ‘berkat’..Walaupun masak secara rewang, selalu tak cukup sebab ibubapa pengantin tak tahu yang anak2 mereka jemput kawan2 beratus2 dalam Facebook tu. Yang kawan2 pula siap datang bawa bf/gf.
Oooo, patut kak jie tanya boleh bawak intan tak,.. tapi ini perkongsian yg bagus jugak,.. cuma kalau sy tak kisah pun. Datang jer, lagi ramai lagi meriahkan. Saya anggap yang dtg semua mendoakan saya 🙂
ni bukan tak kisah…. kes jemput dan dijemput ada hukum -hukumnya dalam agama
ada panduan yang perlu diikuti
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Buat MyKad Siap Hari Yang Sama Di JPN Putrajaya
setuju kak.. sebenarnya saya selalu terlepas pandang bab begini.. takut pula bila terfikirkan tentang makan tak diundang tu.. semoga tuan rumah halalkan apa yg kami termakan dan terminum selama ni..
Apa bila yang menjemput secara online tentu tuan punya badan sudah bersedia.
selalunya yang jemput tehad ni buat kat hotel ke dewan…
dan biasanya zaman skrg ni buat kat dewan secara katering
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Buat MyKad Siap Hari Yang Sama Di JPN Putrajaya
byk jgk dpt jemputan pakai online ni terutama fb tp mmg tak pernah pergi kawan2 dlm fb ni bkn semua rapat sgt pun jadi timbul perasaan segan nak pergi lepas tu tgk alamat diorg skali klu “dekat sgt” mmg x pergi punye.kawan2 pejabat mana yg bt kenduri tu klu xdpt pergi mmg rasa serba salah sgt tp cara nak meyedapkan hati kenkawan bt la salam “keruk”.salam “keruk” ni kalau bagi awal2 mmg diorg boleh syak aku mmg tak dtg la kenduri diorg tu.mana2 kengkawan aku yg aku bt salam keruk ni aku mintak maaf byk2 sbb mmg aku x dpt dtg kenduri yg korang bt tu.
Kenduri kawen dari rakan online sorang saya tak pi lagi. Huhu sory!
Maklumla, serba salah gak kekadang, invite dalam FB, klik not go . Jauh sangat. :p
dulu saya pun taktau benda ni. akak opis ni gitau masa saya nak jemput ke kenduri kahwin saya dulu..lepas tu baru tahu..lepas ni kalau nak jemput tu, kena tulis kat situ tulis sekeluarga ke, atau individu sahaja..:D
Teringat masa dulu tak tahu, Ahli Lembaga Pengarah teman jemput teman bersama abah n mak dan sorg lg kakak teman mai kenduri kawen anak dia, tapi tiba hari kenduri adik teman n anak n isteri dia mai umah lak, pastu kami gi sekali ke majlis kenduri tu.. memang segerabak lea pun kami dtg.. pastu ada sorang bos teman tu menegur teman masa kenduri tu.. “satu gedabak kamu bawak yeaa” masa tu teman pelik dua ckp camtu n rasa annoying pun ada.. rupa2nya.. aduh.. teman mmg rasa bersalah sgt2 sebab dh bawak ramai sgt ke kenduri ALK tu, sib baik lauk byk.. n ALK pun cakap dia halalkan.. tapi x sedap lea bila pk lik camne teman ni leh main bawak jea 1 gedabak.. tp lepas tu teman dh belajar dari kesilapan.. entri ni mmg mengingatkan tenan psl tu.. hu2
Assalamualaikum kak kujie. betul. sheila setuju. kalau dah invite via online ni susah melainkan terang2 dah bagitau dijemput semua sekeluarga hadir. hehe. sheila tak terfikir pula masa majlis sheila dulu. rasa bersalah pulak.. sheila pun buat majlis kecik2. alhamdullilah, semua kawan yang hadir. makan semua cukup. syukur dipermudahkan >_______<
perkongsian yg sgt menarik kak jie.. 🙂
Itu betul Kak Jie, saya biasanya suami jarang ada di rumah jadi kalau kawan2 rapat saya minta izin utk bawa adik sebab anak2 memang bukan jenis nak mengikut mak gi kenduri.
Biasanya di kad jemputan akan tertulis suami, isteri atau sekeluarga. Majlis di hotel biasanya suami isteri sahaja tetapi kalau buat di dewan biasanya sekeluarga akan di jemput.
Yang menjemput pun ada ilmu yang dijempu pun kena ada ilmu
Kena tahu status jemputan. Tak boleh nak cakap –alaaa….. tak kisahlah…
Agama dah tentukan jalan hidup , peraturan…untuk dapatkan keberkaran, kita kena ikut
haha sebenarnya saya lagi susah kalau dijemput , lebih – lebih lagi kalau jarak perjalanan dan masa majlis itu tidak sesuai dengan masa yang kita ada.
Tapi rasanya kalau bab makan kenduri ini memang tuan rumah tak berapa kesah berapa ramai yang datang.
ini adalah perbincangan hukum asal menjemput dan dijemput…belum masuk bab kalau kalau kalau….. dan seribu satu situasi keadaan.
tuan rumah dgn ilmunya…kita yang dijemput pun kena ada ilmu untuk menghadirkan diri dan salah satu ilmu adalah bab bawa rakan, bawa rakan .
ada ilmu2 lain lagi..yang tu mgkn perbincangan akan datang..hihi
sesuatu yg kita sering terlepas pandang…terima kasih atas ingatan ini kak.
benda kecil macam ni la orang selalu lupa. saya setakat ni takda lagi pergi kenduri kahwin tanpa dijemput atau bawa orang tak diundang tanpa kebenaran. terima kasih kak jie mengingatkan tentang perkara ini.
Zaman kat kampung, ada seorang yang akan datang ke rumah…Dia orang yg tiap kali kenduri kendara di kampung..dialah wakil yang datang ke setiap rumah
Antara ayat yang selalu diucap ” saya wakil kepada XXX menjemput semua seisi rumah XXX termasuk anak beranak dalam buaian ke majlis pada XXX “
kalau kat sungai tawar dia cakap jawa. betul tak kak? hehe.. jemput kenduri tahlil pun memang ada orang yang akan round satu kampung
Dayah datang sekeluarga.. tapi lewat sangat.. sempat jumpa yana.. bg hadiah salam salam ambik gmbr balik… heee pun dyh minta izin dia jugak dtg sekeluarga.. 🙂
betul lah tu.. kalau sedara mara saya, diorang suruh datang je ramai2.. tapi kalau nama sorang je.. kena sorang je lah kan.. nak bawa orang, kena minta izin..
Benda kecil tetapi impak besar …. ramai orang tak sedar benda ni …. terima kasih sbb bagi pencerahan. Maka lepas ni …. kena bijaklah sedikit …
Saya juga msg beliau utk membawa suami temankan.. sekurang2nya kita dah britahu tidak dtg seorang.. memang betul.. takut2 membebankan pihak pengantin nanti..
Ada betulnya kata kak Jie, kita jadi serba salah nak ke kenduri kalau bukan tuan rumah sendiri yang nyatakan siapa yang kena datang.
Hukum pula wajib kita hadiri majlis jika dijemput, kan?
Pernah juga terfikir macam kak jie..dan pernah juga terfikir jemputan melalui fb ni relevan atau tidak..sebab ada yang terjumpa, baru add friend dua tiga hari..dah jemput ke kenduri..adakah owner tersilap select all friend? Kang main terjah je silap2 makanan yang dihidangkan tak mencukupi. Huhu