Motivasi Pagi Rabu
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda: ” Barangsiapa yang hidup tenang dilingkungannya, sihat badannya, dan tercukupi keperluan sehari-harinya, maka seolah-olah dunia ini secara keseluruhannya telah diperuntukkan untuknya’ Maksud hadis ini adalah bahawa jika kita telah mempunyai makanan yang cukup dan tempat berlindung yang aman, maka kita telah mendapatkan kebahagiaan yang sempurna dan kebaikan yang terindah.