Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali…

Ingat lagi kisah kawan suami saya Saudara Samsun Alam yang menjalani Radioterapi di HKL kerana barah prostat? Entri dan gambar klik pada entri ini → aku bukan pohon yang mampu merendangi apa yang ada dibawahku Beliau telah kembali ke rahmatullah jam 4 petang tadi – 09/02/2009 . Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rohaya binti Salikin dan mempunyai 6 orang anak. Alfatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang­-orang…

Gadis myvi hijau

Terimakasih ………… doa,kata perangsang, ucapan selamat dan tanda ingatan. yang dititipkan di sini.   Saya perlu ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas doa rakan-rakan dan keprihatinan semua. Yang menelefon atau pun yang mengirimkan sms bertanya khabar. Terimakasih juga untuk crayonkakak.net Segala ucapan, doa dan ingatan yang telah anda nyatakan di sini memberi erti yang sangat besar kepada saya sekeluarga. Saya tidak menyangka – blog ini mampu mendekatkan saya dengan ramai kenalan…

Mak & Ayah Mama Jie Selamat

Salam semua. Terima kasih banyak pada semua yang mendoakan parents Mama Jie. Alhamdulillah. Mereka selamat sekarang. Dapat berita dari Mama Jie semalam – mak Mama luka dan lebam-lebam, cuma ayah Mama patah tulang selangka kat bahu dengan cedera bahagian kanan muka. Yang lain okay. Dah keluar hospital mereka berdua. Dan, Mama Jie masih lagi kat kampung. Belum tentu lagi akan pulang bila. Terima kasih sekali lagi untuk doa semua 😉…

Mak dan ayah saya kemalangan…

10.35 am – Saya baru dapat panggilan dari adik, Ku Ina ayah dan mak saya kemalangan. Dilanggar kereta dalam perjalanan balik dari kebun. Mereka dalam perjalanan ke hospital sekarang… Ya Allah….peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka menyanyangiku….. Selamatkan ibu bapaku dari dugaan ini…… Amin Saya sedih …. 2 minggu lepas ayah telefon tanya bila nak balik….tapi saya tak dapat balik. Ayah bagitahu persiapan pasportnya dah selesai,dia akan ke Singapura minggu depan…