Agak kerap juga saya membaca orang tweet lebih kurang seperti ini : “orang dah bagi jalan tu, angkat tangan ucap terimakasih pun tak “
Bila baca luahan hati seseorang seperti ini… saya LOL!
Tujuan asal buat baik dah betul , tapi bila benda dah elok diakhiri dengan ucapan minta balasan, hilanglah keikhlasan yang sangat-sangat kita inginkan dalam membuat sesuatu perkara. Bukan senang untuk ikhlas. Beza satu amalan yang kita lakukan bergantung kepada keikhlasan yang lahir dari sudut hati.
Kita tak perlu fikirkan orang lain ikhlas atau tidak, yang paling penting kita laksanakan bahagian kita terlebih dahulu. Bila dah buat, serah sepenuhnya kerana Allah Taala. Jangan biarkan perkara baik yang kita lakukan tersebut ternoda keikhalasannya.
Tak perlulah kita ungkit sedikit kebaikan yang telah kita lakukan. Saya pernah membaca pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya lebih kurang seperti ini.
“Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.”
atau Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api.”
Walau pun benda-benda seperti ini nampak kecil, tetapi ianya boleh membantu atau melatih kita untuk mendidik hati menjadi lebih ikhlas. Terdetik dari lintasan hati pun terhapus ganjaran ikhlasnya , apa lagi kalau kita canang-canangkan di laman sosial.
Lagi pun pemandu yang telah kita tolong tersebut mungkin telah mengucapkan terimakasih tetapi kita tak dengar. Allah Maha Mengetahu, jangan risau. Dia mungkin terlalu memberi perhatian kepada lalulintas, melihat ke kiri dan ke kanan sehingga tak mampu nak mengalihkan tangan dari stereng kereta. Dia pemandu baru yang belum cekap dan tidak berani untuk angkat walau sebelah tangan dari stereng. Kita tak tahu pun situasi yang sebenar, jadi abaikan prasangka yang bukan-bukan.
Buat baik dan lupakan. Jalankan tanggungjawap kerana Allah Taala. Insya Allah, adalah bantuan atau kelapangan yang Allah kurniahkan kepada kita melalui jalan yang berbeza.
Kalau kita mampu angkat tangan untuk mengucapkan terimakasih, itu pun perkara baik. Itukan adap sopan sesama makhluk.
Video menarik ini mengenai pemandu Jepun yang menyalakan hazard light sebagai tanda ucapan terimakasih kepada pemandu yang memberi laluan. Comel je kan. Saya pun nak cuba mempraktikkan perkara tersebut.
Nota : Saya pun manusia, kadang² tergelincir terlepas cakap juga… sama-samalah kita saling ingat mengingatkan.
Perlu tuk dicontoh nie
terima kasih sudah berbagi inspirasi hidup 🙂
Artikel yang bagus dan memberi pencerahan untuk saya agar lebih ikhlas atas segala yang kita lakukan, terima kasih..
memang hati akan fikir buruk bila tiada ucapan terima kasih. tapi lama kelamaan kita boleh trima juga. maklumlah semua orang pun buat silap.
Emm kadang-kadnag saya pun tersasur juga..bukan sengaja tak ucapkan terima kasih tapi masa2 tertentu ada juga hari2 kita lupa..bukan sengaja..hehe..terima kasih kak jir beri peringatan mcm ni..
betul tu kak jie..nak ikhlas ni payah..kena amalkan buat sesuatu tanpa mengharapkan balasan.
Kadang2 benda yang kecik pun kita terlepas pandang,peringatan untuk diri sendiri juga ni 🙂
assalamualaikum kujie…menariknya semoga kita dapat lakukan jika perlu…;)
sangat comel bila buat macam kat dalam video tu..kdg2, bukan nak mintak balasan sangat. tapi maybe cara orang kot..bila bagi jalan, pandang pun x, senyum pun x..sebab tu keluar ayat “orang dah bagi jalan tu, angkat tangan ucap terimakasih pun tak “
hehe..mmg kadang2 terlepas cakap jugak, nasib baik ada isteri yg selalu pesan dan ingatkan balik…sama2 ingatkan diri masing2…
itu pentingnya kita bersangka baik…tak susah, tp payah nak amal…
thanks kak jie beri peringatan =)
kebiasaaannya memang selalu bagi isyarat angkat tangan..tapi kalau kereta tinted just bagi hazard light sebegai pemberitahuan…
so mungkin kita pemandu malaysia ni kena amalkan buat macam ni…
tula kadang-kadang marah jugak bila dah bagi jalan muka buat dek je..tapi bila baca balik entry ni kene balik kat muka..masa awal bawaak kete memng macam tu pun..angkat satu tangan pun tak berani..melekat je..hehe
hahaha..tau tak pa.
yang lama ni pun, sebab dok lena toleh kiri toleh kanan nak ambil ruang masuk… sampai terlepas nak angkat tangan…nak-nak kalau baru-baru dapat lesen, berdebarnya sampai sakit perut.
hhoho..lagilah bila nak cepat, kita kadang2 mmg tak sempat nak angkat tgn…
jadi bila kita angkat tangan kat orang, org tu buat derk ajer…ingatlah cepat2 yg org tu nak cepat, atau dalam perjalanan ke klinik, kucing dia sakit…
tenang jer…hehe =)
tips hanif nak kongsi jugak:
anggap orang lain lebih baik dari saya walau dia seorang bekas banduan sekalipun.
Susah mahu ikhlas, lebih2 lagi musim pilihanraya macam ni heeh. Tapi seriusly, video tu cool banget.
paling susah nak jaga ikhlas ini sebab tu ALLAH kata ikhlas tu makam paling tinggi dalam ibadah
Lamanya tak mai singgah tang ni.
Kadang2 dalam sibuk memberi tumpuan kepada jalan dan kereta memang kita lupa utk angkat tangan. Seboleh2nya kena cuba lah. Ikhlas kadang2 keluaq kat mulut ja tapi kat hati dok mai bunga2 lain…:)
pernah jgk jd mcm tu. jahatnyalah diri bila jd cmtu. t.kasih kakjie mengingatkan.
Selalu jugak tengok orang mengeluh macam tu. Rasanya berdiam itu lebih baik. Mana tahu akan datang dia akan tolong kita pulakkan kak.
hehe..kalau jarang tekan hazard light tu takut tekan terlupa padam..
tapi memang menarik idea tu..
saya selalu angkat tangan beri laluan, tapi kekadang orang tak angkat tangan, tak tahu ler kalau tangannya keras ke @ apa….
beri hazard light pun boleh tapi dengan betul caranya…jangan ada road block JPJ @ PDRM baru nak beri hazard light…tak betul cara nie….
Iklhas itu tidak berbunyi. Menolong orang dengan harapan orang membalasnya itu satu barah yang sangat kronik dalam jiwa manusia. Kena buat rawatan susulan. Haraplah pada bantuan Allah. Tak kesahlah orang yang kita tolong tu ucap terima kasih atau tidak, yang penting tanggungjawab kita sudah selesai.
sama macam di Algeria…..mungkin dia mencontohi jepun kot.
“Lagi pun pemandu yang telah kita tolong tersebut mungkin telah mengucapkan terimakasih tetapi kita tak dengar. Allah Maha Mengetahu, jangan risau.”
suka ayat ni, harap kita bersangka baik selalu..
terasa pada diri juga ni. dulu rasa macam tu juga. macam tak ikhlas je bagi mereka laluan… tapi sekarang tak kisah, suka hati la mereka.. cuma geram, orang tak bagi signal light nak masuk simpang.. kalau kereta ada roket, serang dia.. heee
Setuju dengan penggunaan Hazard Light utk isyarat terima kasih atau teguran. Tapi orang Malaysia tak reti guna Hazard Light. Yang dia tahu guna HON saja.. huhu~
Orang memberi kita merasa. Orang berbudi kita berbahasa. Tak gitu.