Tadi pergi ke Bukit Fraser lagi… ye lagi untuk kali yang entah ke berapa.
Bagi peminat hijau, alam dan pokok saya tak serik walaupun terpaksa mendaki berselekoh-selekoh bengkang bengkok berkelok-kelok incang-incut celengkang-celengkok erang-erot berbelit-belit hampir 40 Kilometer dari Kuala Kubu Bharu. Ehem… ada yang sampai loya dan mabuk tu.
(semua perkataan seerti digunakan untuk memgambarkan berlikunya jalan ke Bukit Fraser )
Kali ini bersama Angah, Intan , Kaseh Esmiralda ( adik ipar ) dan Zira ( anak saudara ) yang datang dari Meru.
Saya tidak ingin bercerita mengenai mereka yang terover gedik gaya Kiyomi Song di situ kerana semua tentang Bukit Fraser telah saya ceritakan di entri yang lepas – Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit Fraser jadi kali ini saya ingin berkongsi mengenai sejenis tumbuhan ubi yang dipanggil Beetroot.
Untuk maklumat dan gambar suasana di Bukit Fraser, boleh baca enrti yang saya tulis di sini – Percutian Sehari Di Bukit Fraser
Antara tumbuhan yang menarik minat sewaktu singgah ke Taman Flora Bukit Fraser adalah Beetroot ( ubi bit ). Beetroot sejenis ubi yang biasanya dijumpai di Amerika Utara, Amerika Tengah dan Eropah. Beetroot dimakan dengan cara merebus, dibakar atau dipanggang, diparut sebagai salad dan sebagai jus.
Cara paling mudah adalah dengan merebus hingga empuk dan dibawah aliran air paip, kupas kulitnya dengan tangan. Mengupas kulitnya selepas direbus lebih mudah daripada beetroot yang masih mentah.
Ubinya berada di atas permukaan tanah bukannya di dalam tanah. Ada dua jenis Beetroot yang kami jumpa iaitu White Beetroot dan Purple Beetroot
Beetroot yang berwarna merah atau ungu disebabkan oleh pelbagai jenis pigmen betalain, tidak seperti kebanyakan tumbuhan merah lain, seperti kubis merah, yang mengandungi pigmen anthocyanin. Kandungan pigmen yang berbezalah yang memberi warna kepada beetroot tersebut ( contoh : merah, purple, putih atau kuning )
Betacyanin dalam beetroot boleh menyebabkan air kencing merah pada sesetengah orang yang tidak mampu diuraikan dan ianya dipanggil beeturia.
Di awal pembuatan Red Velvet Cake mereka menggunakan jus beetroot bukan pewarna merah buatan seperti sekarang. Beetroot juga digunakan untuk meningkatkan warna dan rasa pes tomato, sos, pencuci mulut, jem dan jeli, ais krim, gula-gula, dan bijirin sarapan pagi (cereals). Pewarna Beetroot juga boleh digunakan dalam dakwat.
Beberapa kajian awal telah menunjukkan betaine di dalam beetroot boleh melindungi daripada penyakit hati, terutama pembentukan lemak di dalam hati yang disebabkan oleh penyalahgunaan alkohol, kekurangan protein atau kencing manis.
Jus beetroot dipercayai boleh mencegah tekanan darah tinggi dan juga sebagai sumber yang baik antioksidan.
Nota : Khasiat-khasiat yang saya kongsi ini hanyalah carian dari internet bukan kajian yang dilakukan, sila dapatkan nasihat dari pakar bertauliah untuk maklumat lanjut.
info yang berguna…tak pernah pulak tahu ada jenis ubi yang macam ni..
saya belum pernah mencicipi jenis tanaman umbi ini namun dengar2 sangat bagus ya buat kesehatan kita …
Jom terjah post menarik dari Jefry ..Cara Cek dan Pembayaran Tagihan Air PDAM Secara Online
Belum menjumpai beetroot kecuali di dalam gambar saja,,pemandangannya sangat bagus, nuansanya sangat alami.
Jom terjah post menarik dari luthfi ..Mulut Kering (Xerostomia)
Cantik beetroot ubi nih..hehe
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Wordless Wednesday #49 – Bersantai Dalam Kolam
Kat Malaysia pun ada jugak beetroot ni rupanya. Selalu tengok beetroot ni dekat rancangan memasak je.
Jom terjah post menarik dari Hazmin Hamudin ..Pesanan Ikhlas Dari Perdana Menteri Malaysia
best nya.. bila la sy dapat jalan2 pergi sana.. huhu
Jom terjah post menarik dari HafizAmri ..Bekas Minuman Nabi Muhammad S.A.W Di Sanjung
Pernah makan beetroot yg warna unggu,chef selalu buat soup 🙂
Kak Jie selalu ke sini…Saya tinggal di Rasa, dekat dgn KKB ni. Memang jalan ke Bkt Fraser ni bengkang-bengkok, walaupun dekat…jarang2 kesana kecuali bawa saudara mara. Isteri saya memang muntah kalau naik Bkt Fraser.
Belum pernah tgok pula Ubi ni, nama pun pelik…Menarik info yg akak bagi, kena pi tgok sendiri nih!
Jom terjah post menarik dari Bin Muhammad ..Eksplorasi #6 – Empangan Hulu Selangor
tak pernah sampai lagi ke sini dan tak pernah jugak tertengok tumbuhan ni. oklah, boleh dikategorikan kepada jakun. hahaha
Jom terjah post menarik dari Lizz ..Menarikkah Blog Anda?
tak pernah jumpa lagi dengan beetroot ini
Jom terjah post menarik dari onlajer ..Permainan SEO Tak Terkalah
saya tak pernah sampai lagi kat Fraser Hill tu…Nie first time tengok pokok ubi kat sana…info yg baik….banyak kelebihan pokok ubi nie….
Jom terjah post menarik dari sukma ..Inilah Tanda Orang Terlalu Banyak Olahraga
tak pernah gi frezer lg.. my hubby ckp takde apa yg menarik kat sana.. uhuk2.. sian kan binik dia nih.. hahaha
Jom terjah post menarik dari mama maman aka yana ..Rahsia jantung
tiap org minatnya berbeza… mgkn dia tak suka tempat redup sejuk, hutan, pokok… mmg tak ada mall or aktiviti meriah…tak mcm cameron .
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beetroot Di Bukit Fraser
Uih..air kencing boleh jadi merah..ni buat troll orang seronok ni..hehehe
Jom terjah post menarik dari hafizrahim ..Kisah Hari Sabtu Ku
tak pernah sampai lagi Bukit Fraser, mungkin suatu hari nanti nak pergi jugalah…
beetroot tuh pun 1st time PM tgk nih…huhu
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Tempat Menarik di Penang
beetroot ni untuk kawasan tanah tinggi je ke kak jie?kawasan sejuk?
Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Ilusi Optik dan Uji Minda
kat isloo pun banyak beetroot merah. cuma selalu buat salad or kerabu, ala2 fusion asia/europe gitu. hehe 🙂
Jom terjah post menarik dari KNizam ..Menikmati Pemandangan Seluas Mata Memandang | Tasik Kallar Kahar | Punjab Province, Pakistan
itu rupanya beetroot. warna ungu rupanya.
Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Cik Hazanis – Terima kasih kerana memilih saya..
yang paling kerap warna merah… tapi kat Bkt Fraser ada yang warna putih dgn ungu saje
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beetroot Di Bukit Fraser
Terbaik. First time lihat dan baca mengenai beetroot. Teringat puan bee pulak. Ampun puan bee, haha. 😀
Jom terjah post menarik dari Amirul Aslam ..Bisnes Internet : Antara Mimpi Dan Realiti
pertama kali jumpa di kebun, pernah sekali nampak di jual di supermarket… tak pernah nak ambil tahu.
tadi penjaga kebun sayuran tu cakap bidrot…bidrot….balik rumah, Google baru jumpa perkataan dan ejaan yang betul.
kalau kita berminat nak ambil tahu, orang pun seronok nak bercerita berkongsi info… mcm tu lah kita, kan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gangster Sekolah Belasah Ketua Tingkatan
owh mesti lagi sedap kan kek velvet dulu..rasanya versi lama pernah rasa kot..pernah rasa versi baru je..tu puun daah kira okey bagi saya..jhehe
Jom terjah post menarik dari afif ..Bentuk Sikap Jujur Dengan Rm20
kak jie tak pernah merasa kek velvet tu..sebab ngeri dengan warna yang merah terang ….. 🙂
kuih lapis yg berwarna warni pun tak suka… suka kuih kaler ori, tanpa pewarna.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Sebelum Dan Selepas Pikom Pc Fair 2013
owh… seriusnye… saya perlukan cuti yang panjang. jeles tengok kak jie jenjalan je. hehehehe
Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Misi menjejak “Burung Turki” kecewa.
kak jie jejalan dekat² je… 90KM je dari KL..boleh pergi pagi balik petang… bukan bercuti mewah shopping sana sini.. lagi pun kak jie memang suka tempat mcm ni, tak pakai banyak belanja…sediakan duit minyak. Kalau bawa bekal berkelah dgn anak beranak memang sesuai..redup je kat atas tu.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beetroot Di Bukit Fraser
masalahnye tak tahu jalan. hahaha.. padahal masa rumah abang kat KKB tu, ade je dia bwak naik atas frazer hill tu. tapi masalah saya GPS selalu out of detecting area hahahahahah
Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Misi menjejak “Burung Turki” kecewa.
Janda Baik pun tak jauh… bawa kereta isi anak² dan bakul bekal + tikar , jumpa tempat redup mana² yang sesuai..dah boleh berkongsi saat indah bersama keluarga.
itu style kak jie lah… sebab tu nampak mudah je ke sana ke sini.. hihi ( pi Genting pun bawa bekal….tak de class langsung! )
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beetroot Di Bukit Fraser
baik… saya akan cuba lepas ni… tapi wife kije sabtu atau ahad. cume ade sehari berehat kat rumah. tapi dia tu, pantang ajak jenjalan. laju je. bila dah sampai rumah.. ngadu plak penat. hahaha
Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Misi menjejak “Burung Turki” kecewa.
Jangan ada yang bawa lari pokok beetroot ini sudahlah. 🙂
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Yongnuo speedlite YN565EX
penjaga kebun tu bagi kami petik buah strawberry kat ladang dia… huhuhu