Kujie2.Com – Kerana diriku begitu berharga
Peribadi

Kujie2.Com – Kerana diriku begitu berharga

kujie2Tajuk dah ala-ala Cik Loreal yang didatangkan dari Paris gitu. Tak menahan sangat. Tapi sebelum tu…. jika anda perasan, saya bukan Cik Ku Jie.  Blog ini bukan kena hack atau kene nuked dan sebagainya. Seperti biasa la, Pakcik juga nak interprem kat blog ni. Ingat senang ke nak dapat berduyun-duyun trafik dari sini. Hahahaah…

Ok, dah lama sangat saya tak gebang kat blog ni. Al-Maklum saja lah, sekarang tak macam dulu. Sekarang ni anak dah dua orang dah Cik Kiah wehh… Sebenarnya kan bukan apa. Alang-alang tuan tanah dah kasik green-light ape lagi.. mulakan cerita merapak-merapu. Tapi sebelum tu, cer-cube tengok sikit kat header tu. Arrr… nampak? Nampak….?

Beberapa hari sudah, rasanya kalau saya tak silap… Kak Kujie ade offer untuk buat header blog dia. Saya tengok lepas tu, senyap je. Jadi saya tanya la kat Facebook, Mana la tahu, kot kot dah ade orang hantar design. Kak Jie kata, ada orang submit, tapi……

Tapinya, setiap hasil karya yang dihantar, bukan hanya dinilai oleh Kak Jie sorang tahu!!!!. Hasil yang saya hantar kat Kak Jie dijuri oleh 3 orang juri ok. Ini bukan setakat citarasa saya… bukan juga citarasa Kak Jie sorang… ini merupakan hasil brainstroming antara Kak Jie, Intan dan Angah.

Fuhhh… seboleh mungkin nak matching-kan design ni supaya tak terlampau ketara gediknye, tak terlampau kebudak-budakkan ataupon terlebih over pulak designnya. Lepas pertama kali tunjuk design ni, tuan tanah terus macam berkenan. Dia kasik idea sikit untuk touch-up beberapa perkara dan warna. Maka hasil di atas tu la jadi dia.

Kujie2.Com - Re-Define. Ade macam pakai tv flat screen kan? :p
Kujie2.Com – Re-Define. Ade macam pakai tv flat screen kan? :p

Design header pada kali ni, saya menggunakan Adobe Illustrator. Tidak lagi membuat design seperti dahulu. Selamat tinggal design menggunakan Photoshop. Sebelum buat design ni, siang tadi masa di pejabat, sempat saya ulangkaji pelajaran Illustrator. Maka hasilnya adalah “Re-Define” header lama Kak Kujie kepada vector design.

Awal-awal lagi Kak Jie rejek.. kah kah kah… dia kata, itu nampak sangat terlampau ceria dan anak-anak. Ok, fine. Kita ni kan, kalau nak design, kita tak boleh nak ikut sedap tekak kita je. Lepas tu, nak paksa client suka dengan design kita. Kesimpulannya, interaksi dengan client tu penting. Bila client kita happy, kita yang buat design pon rasa selesa dan konfiden.

Nota: Besok akan mula bercutiiii… lama sangat tak bercuti dengan keluarga. Hari-hari saya banyak dihabiskan depan komputer je. Apa boleh buat, saya mencarik duit duit part time untuk beli susu dan pampers anak. Saya harap isteri dan anak-anak saya faham. Amin…

 

Edit nasi tambah dari tuan tanah

Entri ni diterbitkan, saya dah berdengkur! Dulu-dulu, Encik Kreuger ni selalu juga menulis di blog kujie2.com, topik cinta lagi!

  • Proses siapkan header ini tak sampai 1 hari. Mungkin sebab kami dah kenal bertahun, dah jumpa berkali-kali, dia lebih mengenali karektor dan kehendak.
  • Design pertama kena reject serta merta, bukan tak cantik… cantik sangat tetapi dua tiga hari lagi saya akan menyambut ulangtahun yang ke 46 , dah tak sesuai image kartun gedik telanjang tu.
  • Jatuh cinta pandang pertama dengan design ni bila nampak gambar saya seperti poster calon pilihanraya serasi dengan warna kerawang bunga cengkih bunga lawang  walau pun saya bukan peminat warna merah jambu. ( Perlu edit css style untuk tukar warna hover)
  • Saya sering dirujuk sebagai ‘ bro ‘, semoga  gambar tuan blog dan image Wanita Hari Ini yang digunakan sebagai design blog dapat membantu pelawat mengetahui tuan blog ini seorang makcik.

Kalau sesiapa nak tukar header, bolehlah hubungi En Kreuger di Ai Media Network

 

Mr. Kreuger atau nama sebenar beliau adalah Muhamad Azman B. Ishak. Telah berumah tangga dan mempunyai dua orang putera. Ikuti kisah perjalanan hidup beliau di:- Amaran: Ini adalah blog orang dewasa

56 thoughts on “Kujie2.Com – Kerana diriku begitu berharga

  1. kemas dan menarik la bro..hehehe

    macam ni baru profesional sikit..orang leh kenal pemilik sebenar..baru leh kasi ‘hi 5’ kalo berselisih tengah jalan..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Tahun SatuMy Profile

Comments are closed.