KAU DI HATI KU
Peribadi

KAU DI HATI KU

Assalamualaikum,
Pembaca budiman.Saya merupakan antara pembaca setia blog ini…kujie2.com yang telah berubah wajah tapi tidak pada penampilan.saya juga adalah orang yang paling rapat dengan kujie tapi jauh,saya juga orang yang paling disenangi oleh kujie tapi agak menyusahkan.

Saya jugalah yang akan dihubungi dikala kujie gembira,duka,suka,sedih,kecewa,merana dan apa sahaja yang musibah yang datang. Begitu juga saya amat memerlukan kujie lebih dari segala2nya.

Sebesar mana pun saya marah….merajuk…benci…(apa apa sahajalah) namun saya akan tampil memujuk nya kembali supaya memaafkan saya,walau pun pada hati saya dialah yang bersalah.

Bukan kerana apa? Hanya kerana tak mahu dia terus mengalirkan air mata….hingga ke subuh pun dia boleh jika hatinya masih terluka. Hanya itu lah rakan,teman juga sahabat yang tahu dan memahami hati budi saya.

suasana di tasik kenyir

Pada hari ini,di kejauhan ini saya merapat sembah menjunjung kasih serta mengucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN.Semoga dilimpahkan rezeki,diteguhkan iman serta dieratkan kasih bersama keluarga tercinta.

Kau di hati ku.

Panggil saja Abang Ann . Suami kepada puan pemilik blog. Sekarang bertugas di Hulu Terengganu.

51 thoughts on “KAU DI HATI KU

  1. selamat ulang tahun bu, maaf jika terlambat mengucapkannya
    semoga panjang umur, selalu sehat dan bahagia πŸ™‚

  2. selamat ulangtahun kelahiran kak jie. baru tau umur kak jie brp. semoga pjg umur, murah rezeki dan senyum selalu.

  3. suka singgah sini…suka baca entri suami akak ni. romantiknya…
    smat hari jadi kak. wlupun dh lambat yg ptg sempat:)

  4. selamat hari lahir kak.
    moga murah rezeki, dipermudahkan segala urusan, berjaya hidup dunia akhirat dan moga berbahagia bersama keluarga tersayang. amin

  5. salam kakjie dan suami
    selamat ulang tahun kelahiran πŸ™‚ dan moga murahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan dunia akhirat dan moga dipanjangkan perjodohan hingga ke langit ke tujuh πŸ™‚
    salam

  6. selamat hari lahir buat Kak Jie , semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu serta sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta…amin…

    1. selalu tak dapat komen kt blog ringantangan – keluar msg mcm ni

      Sorry, the browser you are using is not currently supported. Disqus actively supports the following browsers:

      Firefox
      Chrome
      Internet Explorer 8, 9 or 10 (troubleshoot)
      Safari

      tapi guna chrome…pelik

      1. Owh, ye ke, maaflah, saya pun baru tahu tentang masalah ini, sepatutnya boleh. Emm, mungkin yang boleh saya cadangkan, kak jie update versi browser. Jika masih tidak boleh.
        Satu lagi cadangan saya ialah, memadamkan history (yang mungkin agak melecehkan).
        Terima kasih atas makluman. Maaf jika cadangan penyelesaian tidak berhasil. πŸ™‚
        – Oh ya, kalau berlaku lagi seperti itu, saya nak minta tolong Kak Jie printscreen dan emelkan kepada saya di exotic_grimlock@yahoo.com

    1. bukan blogger tapi ada akaun untuk login ke blog ni
      anak-anak kak jie pun ada akaun sendiri utk masuk ke blog ni.

  7. selamat hari lahir kakjie…
    sweetnye..ucapan dari suami kakjie.. πŸ™‚
    moga kakjie & keluarga berbahagia hingga ke syurga

  8. terharu..indah sungguh kataΒ² hubby kak kujie bt isteri dia.. kalo cikgunaman bg saya ayat mcm ni berbunga setahun..hahaha

  9. Salam ulang tahun kak jie.. Hanya dia yang mengenal isi hatimu selain ibu bapa… Semoga kebahagiaan & kegembiraan sentiasa disisimu sekeluarga… Semoga sentiasa dalam rahmatNya…

  10. semoga berkekalan hubungan selamanya ke akhirat sana..

    selamat ulangtahun kak jie..murah rezeki, sihat tubuh badan..

  11. Selamat Ulangtahun Kelahiran Kakjie, semoga panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesihatan serta kebahagiaan terbaik.

  12. Selamat hari lahir kak jie, semoga diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang banyak, kehidupan yang selesa, keluarga yang harmoni dan sentiasa berbahagia bersama suami sehingga ke akhir hayat.

  13. Terbaikk.syahdu membaca.selamat hari lahir kak kujie:) semoga diberkati dan bahagia dunia dan akhirat:)

  14. OOOoooo………….. ni lah kejutannya… ingat ke ada orang nak datang hantar kereta Alza baru kaler maron…huhuhuhu

    Terimakasih…. bab merajuk tu kenapa abang nak bagi tau orang…aish… pecah tembelanglah.

    1. agagagagagag… kantoi sudah. yeayy… salam ceria kak jie. selamat panjang umur, dimurahkan rezeki. semoga bertambah ceria dengan keluarga. amin.

  15. Selamat Hari Lahir Kak Jie. semoga dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia. πŸ™‚

  16. Benarlah…mata pena itu lebih tajam dari mata pedang. Menghiris hati dan perasaan tanpa luka kelihatan.

    AsSalam, Selamat Ulang tahun Kak Jie. Semoga Allah memberi anda kesihatan dan dilimpahi kemurahan, kebahagiaan dan keberkatan. Terima kasih juga kerana sudi menjengah Blog saya.

Comments are closed.