Wajib Baca : Nuffnang Dan Status Halal Dan Haram Blog
Blogger

Wajib Baca : Nuffnang Dan Status Halal Dan Haram Blog

Masih dalam mood membuat persedian bercuti, terjumpa pula blog ini yang membincangkan tetang iklan nuffnang . Saya cuma sentuh nuffnang kerana lingkungan komuniti saya ramai yang menggunakan perkhidmatan nuffnang.

Menurut Ustaz Amin, menyertai iklan perklik ( contoh nuffnang ) ini diharuskan kerana,Β  di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka.

Edit Blog Manager > Update Survey

Ianya menjadi haram bila pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan. Nuffnang sediakan ruangan untuk kita klik ‘No’ pada iklan tembakau dan arak juga ruangan agama supaya mereka dapat menapis blogger dan menjaga sensitiviti agama.

Baca selanjutnya di blog Ustaz Nor Amin

Saya juga ingin berkongsi pendapat yang diutarakan oleh Ustaz Ismail mengenai blog juga berpotensi untuk menjadi haram apabila sumber penulisan itu dipetik dari blog lain tanpa kebenaran dan kredit kepada penulis asal.

Ingatan ini untuk diri saya – buat backlink / trackback dari mana kita mendapat tutorial/ artikel / atau sumber penulisan tersebut.

Petikan dari blog : Ustaz Ismail

Β©Kujie – dah lama sangat nak sentuh bab ini tetapi kepakaran saya bukan di bidang ini, takut untuk menyentuh isu yang membabitkan hukum hakam – saya hanya orang awam yang diberikan Allah akal untuk berfikir.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

100 thoughts on “Wajib Baca : Nuffnang Dan Status Halal Dan Haram Blog

  1. Ada 3 point penting tu:
    1 – Background Advertising Program, status Halal atau Haram
    2 – Bab suruh Klik Ads dan sewaktu dengannya.
    3 – Bab copy paste artikel orang lain.

    Dalam Nuffnang ada satu lagi bahagian yang perlu diisi, iaitu bahagian untuk beritahu bahawa kita ini agama apa, so dia akan set iklan kita:

    Lihat di sini >> http://www.nuffnang.com.my/blogger/change-profile/
    “Filling in race and religion is optional; we use this data to target ads or exclude you from ads you may find offensive”
    Jom terjah post menarik dari Afiffuddin ..Menang Topup RM10 daripada SitiAtikah.comMy Profile

  2. salam.. SELALU gak tgk title IKLAN PENAJA kat blog2 org lain.. TERfikir GAK NAK LETAK… tp teringat cam pernah nampak post tajuk ni.. tu yg cari.. terima kasih kak jie sbb menghilangkan was2 ku sket.. sbnrnya semua kena ada integreti kan..
    Jom terjah post menarik dari haza hassan ..IBU ANNUR menjawabMy Profile

  3. zaman baru2 blogging dulu agak la terlibat sekejap dgn geng2 klik2 iklan ni… tp bukan nuffnang la… πŸ™‚

    tp sekarang tak lagi… πŸ™‚

  4. baru je letak nuffnang ads kat blog. Tengok ok ker tak. bab halal dan haram ni pun kena pentingkan juga. bahaya gak kalau kita tak tahu.

  5. Salam …
    bukan setakat advertlets, ManggaAds, Nuffnang, Innit .. malah adsense pun kita tak boleh nak suruh atau mengajak orang klik; kena harus faham konsep; letak je tapi jangan sampai suruh klik2 … nama pun iklan; kecuali ada perjanjian lain, seperti adevrtorial yang kasik kita guna produk tu dan kita iklankan sendiri dan suruh orang cuba.

  6. maksud di sini

    ustaz tu menerangkan cara yang salah, bukan syarikat pengiklan yang salah. Kalau kita faham konsep asas tersebut..apa syarikat yang kita gunakan pun – hukumnya tetap sama.

    Entri ini membincangkan tentang nuffnang kerana pada waktu entri ditulis, saya masih menggunakan nuffnang

    mungkin perlu baca entri2 lama di blog ini dan faham jalan cerita 3 tahun sudah.

  7. selalu masuk belog sesape..n tengok atas addnertise tu mesti ayat cam paksa suruh klik kan…

  8. A Nuffnang Community Announcement – 1/10/2010

    Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
    Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

    Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
    – klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
    – mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
    – menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

    Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

    Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

    Robb Chew
    Jabatan Perhubungan Blogger
    Nuffnang Sdn Bhd

  9. salam.. nice info.. dalam2 berblog ni alangkah baiknya kalau kita kongsi dan sebar2 kan perkara baik mcm ni.. keep it up~
    .-= Captain´s last blog ..Korean Fashion =-.

  10. tak perasan pulak kak jie ada buat entri macam ni jugak.. :mrgreen:
    .-= aizuddin´s last blog ..Hukum Menyertai Nuffnang, Advertlets Dan … =-.

  11. Salam,

    Pandangan saya, mintak orang klik atau join geng2 klik ni bukan saja salah dari segi undang2 dan agama, readers pon akan jadi muak/takda mood untuk nak lawat blog tu…

    Tak pernah terlintas pun dalam otak ni pasal ambil entry orang lain pastu x bagi kredit tu haram. Terima kasih banyak2 sebab ingat kan part ni.. memang berguna untuk blogger baru macam saya.
    .-= Khairul´s last blog ..So I’ve set up a blog, what’s next? =-.

  12. Menumpang buat pengumuman : KEPADA SEMUA PEMINAT BLOG KAK JIE YANG JOIN CONTEST HIDUP BERANI UNTUK GAGAL keputusan untuk yang terHEBAT telah diumumkan.
    .-= denaihati´s last blog ..Keputusan Entri Popular HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

  13. betul tu kak jie..
    selalu nampak mana2 blog
    “SILA KLIK IKLAN INI DAHULU”
    “KLIK2 JGN X KLIK”

    tp sumi x pernah klik.. sbb iklan x kuar nak wat per klik dn iklan yg berkaitan pun x klik..
    klau org tu iklas..x perlu suruh pun dia leh klik kan?? hehehe

    semoga menjadi panduan untuk yg kurang memahami…

  14. Salam kakjie..
    Entri yg sgt bagus utk org2 yg suka suruh org lain klik iklan mereka sendiri..
    .-= oh!dawie´s last blog ..Ada apa dengan Coke ?? =-.

Comments are closed.