Image dari Jurugambar Rasmi : AI Media Network
Hari ini saya hadiri Seminar Buat Duit dengan Blog 2013 anjuran Denaihati Network di Hotel Singgahsana , Petaling Jaya. Denai.My adalah salah satu jenama di bawah Denaihati Network dan saya adalah salah seorang penulis jemputan di Denai.My.
Pesertanya hampir 200 orang yang terdiri dari blogger dan bakal blogger (InsyaAllah). Majoriti blogger saya dah kenal. Bukan kenal setahun malah ada blogger yang saya kenal 3-4 tahun.
Sebaris bersama saya adalah Sha yang sedang mengandung trimester pertama dan Ejam yang isterinya juga sedang mengandung anak kedua. Ejam Othman adalah penaja Karipap Mini . Kami melantak 2 balang sampai tercekik … hehehe
Kalau dah rasa kesedapan Karipap Mini dan masih mengidam nak lagi, sila contact Ejam di Jual Karipap Mini Online. Saya dah makan 6 balang karipap mini dari Ejam.
Nasiblah Encik Jurugambar… Bila balik event nak kena cari gambar sendiri kat blog orang lain. Itu pun kalau ada…hihi
Pengacara SBDdB13 adalah Blogger Hilal Azmi , antara peserta Top 10 Rancangan On Air Di Astro dan sekarang Pengacara Astro Awani. Founder Denaihati Network, Tuan Haji Amir Hassan sedang memberi ucapan aluan sebelum menjemput Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia ( DPIM) Tuan Haji Mohammad Sahar bin Mat Din merasmikan majlis.
Antara isi ucapan Tuan Timbalan Presiden DPIM adalah mengenai keperluan usahawan memperkembangkan perniagaan mereka secara online.
Majlis kemudian berhenti untuk minum pagi. Waktu yang seronok untuk bertegur sapa dan bergurau senda. Majoriti blogger di sini adalah blogger yang pernah saya jumpa. Kami terutamanya ahli Group Facebook Denaihati biasa bertemu dan bergurau senda. Inilah kelebihan sekiranya hubungan yang pada asalnya bermula hanya melalui papan kekunci dizahirkan melalui pertemuan realiti.
Bertukar senyum dan tawa adalah salah satu cara membentuk network dalam dunia online.
Selepas masing-masing bertenaga selepas hampir tercekik mengunyah karipap mini, majlis diteruskan oleh wakil dari Tuan Haji Zainal, mantan Presiden PRIBUMI. Beliau memberi banyak input mengenai urusniaga saham secara online. Banyak istilah yang agak teknikal perlukan pemahaman lanjut yang lebih mendalam. Seorang pelabur saham perlu mempunyai ilmu mengenai bidang tersebut sebelum membabitkan diri secara serius supaya dapat melihat dan mempelajari bagaimana membuat ‘swing trading’ atau ‘day trade’.
Tibalah masa Forum Buat Duit Dengan Blog dimulakan oleh blogger yang hebat di bidang masing-masing berkongsi ilmu dan panduan untuk mencapai kedudukan seperti yang sedang melalui lalui. Forum ini mendapat respon yang amat baik dan banyak mengeluarkan idea juga tips kepada blogger. Penerangan ini juga secara tidak langsung merangsang bakal blogger di dalam dewan untuk daftar blog mereka waktu itu juga.
Ahli panel yang bukan saja boleh menyelesaikan masalah ayam , masalah itik, masalah ikan jaws tetapi mereka adalah pakar yang boleh menyelesaikan masalah kebuntuan anda untuk mencari duit melalui blog. Mereka berpengalaman dan sedia berkongsi ilmu untuk menggoda pengiklan dengan lebih berkesan.
Forum yang dipengerusikan oleh pakar pelaburan hartanah yang juga penulis buku Jangan Baca Buku Ini Abang Ensem. 7 Hari WTF Sarjana Hartanah bersama Faizul Ridzuan
Panel dari kanan – Duta Cendol Banting seorang pakar Affiliate sejak zaman dinosaur lagi. Bayangkan betapa kayanya payment dari affiliate beliau seperti fosil-fosil dinosaur yang terpendam yang dikeluarkan menjadi minyak.
Ahli panel yang kedua adalah Saudara Mohd Suhaimy atau dikenali sebagai Shuth di alam maya sebagai Founder WangCyber.com yang juga penulis e-book berbahasa Melayu pertama di dunia. Saya adalah ahli tidak aktif WangCyber sejak beberapa tahun.
Kedua mereka berkongsi ilmu untuk membuat duit dengan blog melalui penjualan ebook dan affiliate.
Disebelah kiri adalah Team Amanzy.my yang diwakili oleh CEOnya si Birthday’s boy – Ikhwan Nazri atau nama alam maya Tekong. Saya sangat suka dengan info yang disampaikan mengenai membina identiti dan menjadi blogger yang digemari pengiklan kerana saya juga membina perkara yang sama sejak bertahun-tahun secara berdisiplin.
Kenali potensi masing-masing dan membina penjenamaan blog. Bijak memilih saiz dan kedudukan iklan yang diletakkan supaya pandangan pertama pelawat singgah di blog bukan dihidangkan dengan iklan semata-masa. Pelawat biasanya mencari maklumat di artikel, barulah mereka melihat iklan tersebut. Jadi perkara utama dan asas adalah isi kandungan blog.
Salah satu perkara menarik adalah menawarkan pakej pilihan kepada pengiklan. Seperti yang biasa saya buat, saya akan tanya apakan kata kunci yang ditarget pengiklan tersebut. Kata kunci penting untuk merangka ‘story board’ susun tertib entri tersebut. Pakej termasuk berapa backlink dan image yang digunakan dan perkongsian di medium sosial yang lain seperti Facebook dan Twitter.
Saya tahu bila dan hari yang paling ramai pelawat di blog ini. Biasanya saya akan mencadangkan kepada pengiklan hari yang memberi kelebihan maksimum kepada mereka. Ini adalah bab mengenai blog sendiri.
Pengiklan di blog ini bersifat ekslusif . Contohnya saya tidak akan isi slot iklan lebih dari satu di bahagian header. Saya tak akan letak iklan lebih dari dua dibahagian sidebar supaya fokus kepada pengiklan tersebut tenggelam atau bersaing sesama sendiri.
Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!
Kerana ekslusif, iklan di blog saya lebih mahal. Pengiklan yang memahami dan mengkaji sebab kenapa keadaan ini berlaku sahaja yang boleh menerima T&C kujie2.com.
Si cantik manis bak gaya Pengacara Nona adalah Nisa Kay iaitu wartawan AmanzTV yang memberi motivasi kepada semua yang ingin berjaya seperti beliau. Jadi diri sendiri dan anggap catatan harian di blog walaupun remeh dan nampak kecil tetap ada seseorang di luar sana yang ingin mengikutinya. Follower yang ramai tetapi tidak membaca blog bukanlah penentu sesebuah blog itu mempunyai nilai yang tinggi di mata pengiklan. Komen yang ditinggalkan di setiap entri juga diambil kira selain personaliti pemilik blog yang memenuhi keperluan pengiklan, tegas pemilik blog NisaKay.com ini.
Sekali lagi persatuan blogger telah berpakat untuk meng’gam’ saya dari menghadiri event blogger sejurus Intan diumumkan sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah.
“Setiap kali Kak Jie datang event, tak pernah balik dengan tangan kosong…”
“Kak Jie telah merampas peluang kami… kembalikan hak kami”
Pekik mereka dengan sepanduk memenuhi laluan keluar dari lobi hotel. *Ini cuma imaginasi dalam mimpi malam tadi*
Sebelum balik, pemenang diminta bergambar kenangan di atas pentas. Saya cuba mencari dimana Melastik Bintang kerana saya tahu dia antara salah seorang pemenang. Takkan habis je majlis terus pecut kereta ke Universal Studio Singapore! S abaq-sabaqlah………… Kak Jie pun belum berkemas nak pi Kemboja 🙂
Selesai sudah majlis kita. Tiap orang akan pulang dengan pelbagai kenangan dan semoga input yang diperolehi di SBDdB13 ini menjadi momentum kepada blogger untuk lebih maju dan bakal blogger untuk melangkah memasuhi dunia online yang sentiasa melimpah dengan sumber cabang rezeki bagi mereka yang berusaha.
Terima kasih kepada Panaja Utama Little Scarf Collection dengan gabungan co-sponsor Ajwa Travel Sdn Bhd, Serverfreak Web Hosting, Ummi Umairah dan eQurban.com.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada penaja yang menyumbang hadiah untuk cabutan bertuah – AE Consultancy, miGlobal Millionaires Network, Eizil Network, Ciklaili.com, Lensapujangga.com, Mindaaktif.com, Mindasyukri.com, Hazmanfadzil.com, Ejamothman.com, CS Holidays Sdn Bhd dan Ilham Resources.
Kepada mereka yang berada di majlis ini yang mungkin tidak sempat berbual bertegur sapa, mukakanlah langkah anda di sini.. di kujie2.com!
Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
bila ada lagi? missed
Tahniah untuk semua. Pastinya banyak ilmu yang dibawa pulang walaupun intan bawa extra special.
Terasa macam ada kat situ bila baca review ni. Harap2 akan datang akan dapat sertai sama.
Amboi, penaja karipap mini tu mesti tak menang tangan lepas ni.
Tanniah buat Intan dan Kak Jie menang trip ke Kemboja. 🙂
bila la la attend gathering mcm ni kan. hehe 🙂
Kami menerima update live dari media social dan ajk whatsapp .. walaupun tk pergi terasa mcm pergi , cuma tk rasa tercekik lagi la .. hihi .. tahniah intan .. lain tahun pasti akan join , tk kira la seminar apa pun janji dapat beramas mesra dengan blogger ..
bestnya baca entry kak jie… tiba2 sha lost pulak nak tulis apa kat blog sha.. hehehehehe… tadi baru je tulis 1 entry utk #SBDdB13 ni, sambungan entry tak siap lagi..huhu
seronok betul bila tengah2 Sha beratur utk pendaftaran, kak Jie dan Intan pun beratur di belakang Sha dan sama2 mendaftar…. terus lahhh dok bawah ketiak kak Jie masa dalam dewan tu, harap2 dapat sumber inspirasi dan dapat tambahkan motivasi utk Sha kembali aktif berblogging….. hihihi
hehe….seronok baca kisah ni… lawak pun ada….=)
ps: kak jie.. bukan hilang..tapi segan nak naik stage tu.. kot-kot nanti gambar saya overshadow pemenang lain..=)
Saya duduk semeja juga dengan Kak Jie, tapi dihujung sebelah sana. 🙂
Memang terbaiklah..sebuah entri yang cukup semua rasa..
terlupa nak bagi kad kak jie. walaupun ada dekat-dekat dengan akak. next time lah..
terima kasih semua yang merasa karipap mini tersebut, buat yang tidak dapat jangan bersedih hati yer kerana peluang untuk merasa masih terbuka…tapi bukan free ler…hehe
terima kasih kak kujie, kak sha dan adik intan sebab sudi benarkan ejam duduk semeja, yeler kita ni pemalu susah skit takut menyorok bawah meja pula..hehe
Ejam.. sorry dah nak start seminar baru k Sha tau Ejam ni yg sponsor karipap mini… banyak juga update tentang seminar yg k Sha tertinggal….. ni semua gara2 k Sha daftar last minute… hehe
Hehe..seronoknya boleh hadiah tu..melancong sampai keluar negara lah yer..hehe
Memang laporan lengkap sungguh.. hehe..
Tadi baca blog lain, pun dok cerita pasal karipap mini. Memang betul-betul power ni hahaha
hai kak Jie..sempat salam je. saya yang duduk sebelah ustazah Ain. baru pertama kali jumpa Kak Jie walaupun dah lama jadi silent reader blog ni 🙂
ruginya x dapat join..x lapang ms itu…lain kali nnt if x ada aral..nak join lah..
Tahniah pada yang berjaya menghadiri.
assalamualaikum kujie…meriahnya tahniah2 pada semua blogger…:)
1. terima kasih kerana sudi datang yg telah menjadi motivasi kepada Blogger lain utk datang.
2. Review yg sangat baik tapi macam tertinggal kisah The Singing Blogger.
1. seminggu sebelum pergi pun masing² dah berebut tempat, nak dok bawah ketiak jeee….
2. slot Rayyan pun tertinggal.. cuba ulas mengikut tentatif yang disediakan, nanti kena buat slot khas utk Rayyan.. kesian dia.
Kalau boleh nak isi semua…tetapi ini pun dah terlalu panjang
ramai juga yang join… buat masa ni sukar nak join seminar2 ni
kalau ada masa, boleh join lain kali
Terbaik kujie..sempat kita bersembang..lain kali balik Sabak singgah umah ye
InsyaAllah ustazah , nanti saya tanya mak mertua, mesti dia kenal Ustazah
Banyak input dalam seminar ni. Rugi andai kita yang hadir tak ambil dan gunakan dalam blog kita. Hihihi.
Dan akhirnya gagahkan diri juga tegur kak jie dengan bro framestone. Dah lama nak tegur kak jie. Tapi tak berapa ada modal 😛
pertama kali nak cakap ‘ tinggiiiiinya’
terima kasih lah sudi datang menegur… nak harap kak jie, dah lost dalam ramai² tu
walaupun sebenarnya saya sadis sbb tak dapat nak join event kali nie tapi syaa gembira sebab ada jugak kawan2 yang sudi kongsikan ilmu yg mereka dapat masa event tuh …
masalah ikan jaws … yg tuh mmg lawak sangat… masa baca terfikir jugak ada ikan jaws ke .. hiks hiks
kalau ada peluang akan datang, kita join lagi, masing masing ada priority tersendiri.
mungkin ramai yang gelak dan tak perasan dalam dewan kita ada Jaws Ismail. 🙂
sebiji karipap mini pun gua tak sempat rasa. Sorang pun tak pelawa. waa..
retis dikerumuni peminat, mana ingat nak makan… kena control macho je manjang
risau kot2 ada gambar candid , nanti jadi bahan gossip 😛
ada gambar candid En. Titan dgn senyuman tak terkalah nih~ esok keluar dekat entri Wordless Wednesday diblog saya~ huhu~ 😉
haaa…ni mesti gambar paling tak terkalah utk event ni…
semua gambar titan setakat ni, semuanya serius memanjang…heheheehe
meh titan bagi alamat kat gua nanti gua poskan karipap mini tu khas utk cikgu tanda terima kasih sebab curahkan ilmu.
tak tahu pula ahli panel tak dapat, lagipun memang sengaja aku limitkan jumlah tajaan karipap mini tu utk merangsang peserta datang awal…hehe
tahniah kak jie dapat pakej percutian ke kembojaa 😀
kalau kita sekereta, mesti lagi jeles kawan2 yang lain… kan…
Best baca ni, seolah-olah ini macam live dari sana.. entry yang meresap jauh ke sanubari..
tapi masih ada banyak nak ditulis bab ni… bila dah kena dengan mood, tak sedar beribu-ribu perkataan keluarnya…
Oh! Inilah blog merka yang masih berdiri pada tahap seribu rm sebulan tu ya.. 🙂
Shoooooooth…. diam diam. Org kat barisan depan tak tau.
seronok dapat pergi seminar ni..masa untuk praktikkan apa yang diajar di blog baru. 🙂
masa masih bersemangat waja ni, kena terus amalkan apa imput yang dapat
jangan sampai dah suam
Bak kata Titan … inilah post entry yang ada ada JIWA…. p/s: Terima kasih sebab hulurkan pinggan untuk saya letak kek coklat yang sedap Ustazah Ain tue….
bak kata titan ” dah tua baru org kenal” jadi korang kena tua mcm kak jie…hehe
saya jeles kerana x berkesempatan ke sana, apa apa pon tahniah buat semua
Insya Allah, akan datang kita boleh hadiri seminar lain pula
semoga ada lagi seminar yang akan datang dan bisa join, tahniah untuk semua peserta mesti telah lebih hebat dalam buat duit dengan blog
Semoga ilmu yang dikongsi akan terus berkembang dan bermanfaat untuk semua. Harapkan lain lagi teman-teman dari Indonesia dapat turut serta bersama lagi seperti SBB12
sayangnya jauh di kk.. kalau di sana.. pasti akan join jugak,
mungkin sesekali perlu turun KL, luaskan networking
Kenapa ayat2 Kak Jie sedap untuk saya baca?? Jeles tahap gaban.
hamboiiiii………….. kak jie awal² lagi dah jerit, hadiah tu bagi mama ye Intan
jangan nak tabur gula kt sini… dh spray ridset dah pun…hehehehe
jadi la saya kasi button badge tu buat kenangan..memang lama nak jumpa kak jie ni..hehe..Amanz yang dah kenal lama online tu pun tak penah jumpa lagi..wuwuwu..
ktorg yang duk depan ni, siap mintak mineral water dari urusetia kongsi minum soranG sket…
Tak dapat balik Kuantan berbekalkan iPad Mini..tapi memandu sambil makan karipap mini si Ejam..Alhamdulillah.. anyway, event yang best..
yeah, dpt gk bjumpa ngan kak jie…bukan sekadar meriah jiwa, minda pun meriah dgn input2 yang boleh digunakan nanti..:-)
Kak Jie..sorrylah sebab tak beramah mesra sangat dengan Kak Jie dan blogger lain. Sbb saya dtg dgn sorang kawan yg bukan blogger. Tak sampai hati lak nak tinggal dia sorang2.
Pengongsian ilmu memang banyak dan bermanafaat.
sangat berbaloikan kalau dapat pergi seminar tue. ^_^ fyna cuma tumpang ilmu-ilmu dari sahabat blogger yang pergi seminar tue untuk dijadikan tatapan dan dipraktikkan.
Serius, rase macam duduk dpn kak jie mase bace entri ni…hehe..best!
Byk lg yg nak cungkil dalam dunia blogging ni..
Thanks kak jie berkongsi..mesti rase kurus sikit jejarikan? hhehe
untunglaaaa… hehe. karipap mini tu memang terbaik. belum start forum lagi dah habis satu balang. haha
Input yang berguna kepada blogger yang hadir semalam…rasa macam tak cukup lagi ilmu yang dapat,tetapi setiap peserta dapat apa yang panel kongsikan semalam.
Salam,
Karipap mini takde..kalau tak confirm tercekik baca entry ni hehee, takpelahhhhh next time join kekeke *ok frust* -..-“
Kalau Yan dtg, habislah peluang Kak Jie…hehehe
amboi dari zaman dinosour lagi..ehee..untungnya anak kak jie.tu untuk pakej berapa orang tu?
kak jie belum check dengan penaja , lepas majlis terus balik
malulah terus nak tanya…. macam tak sabar² hihihi
sedapnye karipap tu..
topik trending pula kat twitter #SBDdB13
dari dulu lagi teringin nak pegi event blogger, tapi asyik bertembung dengan benda lain, takpa, next time 🙂
belum ada rezekilah tu… nanti InsyaAllah adalah masa yang sesuai
Menarik entry kak Jie, ada pengisian penting jugak..
TQ
bila dah bertembung dengan topik yang kak jie suka…memang meleret²lah entri nya.. hihi
Lagipun kak Jie pun mahir jugak bab2 camni mesti lagi best 🙂
haaaaa… dapat pun hadiah yea.. untung laaa.. untung laaaaa.. bak kata nisa pengacara nona..
Alhamdulillah…. tapi nampaknya kena pergi sekeluarga ni.. dah Intan yang dapat, tak kan dia sorang je pergi..hihi
wahhh meriahnya kat sana
tak dapetlah nk gi sana…
insya-Allah bln depan ada event kat Sunway Lagoon wuuuu
Insya Allah, boleh join event akan datang…
Masalah ikan jaws? Terasa jaws …hihihi…..tentu lebih lengkap kalau seminar ni sambil pekena karipap pastu pekena cendol banting……nyam2…
dia orang tak sedar Jaws ada dalam dewan tu kot… hehe he
tercekik sungguh, nasib baik Kak Siti bagi mineral water