Ulasan Penuh Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013
Blogger

Ulasan Penuh Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

seminar buat duit dengan blog Image dari Jurugambar Rasmi  : AI Media Network

Hari ini saya hadiri Seminar Buat Duit dengan Blog 2013 anjuran Denaihati Network di Hotel Singgahsana , Petaling Jaya.  Denai.My  adalah salah satu jenama di bawah Denaihati Network dan saya adalah salah seorang penulis jemputan di Denai.My.

Pesertanya hampir 200 orang yang terdiri dari blogger dan bakal blogger (InsyaAllah).  Majoriti blogger saya dah kenal.  Bukan kenal setahun malah ada blogger yang saya kenal 3-4 tahun.

Sebaris bersama saya adalah Sha yang sedang mengandung trimester pertama dan Ejam yang isterinya juga sedang mengandung anak kedua.  Ejam Othman adalah penaja Karipap Mini .  Kami melantak 2 balang sampai tercekik … hehehe

Kalau dah rasa kesedapan Karipap Mini dan masih mengidam nak lagi, sila contact Ejam di Jual Karipap Mini Online.  Saya dah makan 6 balang karipap mini dari Ejam.

event official photography

Nasiblah Encik Jurugambar…  Bila balik event nak kena cari gambar sendiri kat blog orang lain.  Itu pun kalau ada…hihi

 Hilal Azmi On Air Astro
Pengacara SBDdB13  adalah Blogger Hilal Azmi , antara peserta Top 10 Rancangan On Air Di Astro dan sekarang Pengacara Astro Awani.   Founder Denaihati Network, Tuan Haji Amir Hassan sedang memberi ucapan aluan sebelum menjemput Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia ( DPIM) Tuan Haji Mohammad Sahar bin Mat Din merasmikan majlis.

Antara isi ucapan Tuan Timbalan Presiden DPIM adalah mengenai keperluan usahawan memperkembangkan perniagaan mereka secara online.

Majlis kemudian berhenti untuk minum pagi.  Waktu yang seronok untuk bertegur sapa dan bergurau senda.  Majoriti blogger di sini adalah blogger yang pernah saya jumpa.  Kami terutamanya ahli Group Facebook Denaihati biasa bertemu dan bergurau senda.  Inilah kelebihan sekiranya hubungan yang pada asalnya bermula hanya melalui papan kekunci dizahirkan melalui pertemuan realiti.

Bertukar senyum dan tawa adalah salah satu cara membentuk network dalam dunia online.

Selepas masing-masing bertenaga selepas hampir tercekik mengunyah karipap mini, majlis diteruskan oleh wakil dari Tuan Haji Zainal, mantan Presiden PRIBUMI. Beliau memberi banyak input mengenai urusniaga saham secara online.  Banyak istilah yang agak teknikal  perlukan pemahaman lanjut yang lebih mendalam. Seorang pelabur saham perlu mempunyai ilmu mengenai bidang tersebut sebelum membabitkan diri secara serius supaya dapat melihat dan mempelajari bagaimana membuat ‘swing trading’ atau ‘day trade’.

Tibalah masa Forum Buat Duit Dengan Blog dimulakan oleh blogger yang hebat di bidang masing-masing  berkongsi ilmu dan panduan untuk mencapai kedudukan seperti yang sedang melalui lalui.  Forum ini mendapat respon yang amat baik dan banyak mengeluarkan idea juga tips kepada blogger.  Penerangan ini juga secara tidak langsung merangsang bakal blogger di dalam dewan untuk daftar blog mereka waktu itu juga.

 

Panel forum SBDDB
Ahli panel yang bukan saja boleh menyelesaikan masalah ayam , masalah itik, masalah ikan jaws tetapi mereka adalah pakar yang boleh menyelesaikan masalah kebuntuan anda untuk mencari duit melalui blog. Mereka berpengalaman dan sedia berkongsi ilmu untuk menggoda pengiklan dengan lebih berkesan.

Forum yang dipengerusikan oleh pakar pelaburan hartanah yang juga penulis buku Jangan Baca Buku Ini Abang Ensem. 7 Hari WTF Sarjana Hartanah bersama Faizul Ridzuan

Panel dari kanan – Duta Cendol Banting seorang pakar Affiliate sejak zaman dinosaur lagi.  Bayangkan betapa kayanya payment dari affiliate beliau seperti  fosil-fosil dinosaur yang terpendam yang dikeluarkan menjadi minyak.

Ahli panel yang kedua adalah Saudara  Mohd Suhaimy atau dikenali sebagai Shuth di alam maya sebagai Founder WangCyber.com yang juga penulis e-book berbahasa Melayu pertama di dunia.  Saya adalah ahli tidak aktif WangCyber sejak beberapa tahun.

Kedua mereka berkongsi ilmu untuk membuat duit dengan blog melalui penjualan ebook dan affiliate.

Disebelah kiri adalah Team Amanzy.my yang diwakili oleh CEOnya  si Birthday’s boy – Ikhwan Nazri atau nama alam maya Tekong.  Saya  sangat suka dengan info yang disampaikan mengenai membina identiti dan menjadi blogger yang digemari pengiklan kerana saya juga membina perkara yang sama sejak bertahun-tahun secara berdisiplin.

Kenali potensi masing-masing dan membina penjenamaan blog.  Bijak memilih saiz dan kedudukan iklan yang diletakkan supaya  pandangan pertama pelawat singgah di blog bukan dihidangkan dengan iklan semata-masa.  Pelawat biasanya mencari maklumat di artikel, barulah mereka melihat iklan tersebut.  Jadi perkara utama dan asas adalah isi kandungan blog.

Salah satu perkara menarik adalah menawarkan pakej pilihan kepada pengiklan.  Seperti yang biasa saya buat, saya akan tanya apakan kata kunci yang ditarget pengiklan tersebut.  Kata kunci penting untuk merangka ‘story board’ susun tertib entri tersebut.  Pakej termasuk berapa backlink dan image yang digunakan dan perkongsian di medium sosial yang lain seperti Facebook dan Twitter.

Saya tahu  bila dan hari yang paling ramai pelawat di blog ini.  Biasanya saya akan mencadangkan kepada pengiklan hari yang memberi kelebihan maksimum kepada mereka.  Ini adalah bab mengenai blog sendiri.

Pengiklan di blog ini bersifat ekslusif .  Contohnya saya tidak akan isi slot iklan lebih dari satu di bahagian header.  Saya tak akan letak iklan lebih dari dua dibahagian sidebar supaya fokus kepada pengiklan tersebut tenggelam atau bersaing sesama sendiri.

Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!

Kerana ekslusif, iklan di blog saya lebih mahal.  Pengiklan yang memahami dan mengkaji sebab kenapa keadaan ini berlaku sahaja yang boleh menerima T&C kujie2.com.

Si cantik manis bak gaya Pengacara Nona adalah Nisa Kay iaitu wartawan AmanzTV yang memberi motivasi kepada semua yang ingin berjaya seperti beliau.  Jadi diri sendiri dan anggap catatan harian di blog walaupun remeh dan nampak kecil tetap ada seseorang di luar sana yang ingin mengikutinya.  Follower yang ramai tetapi tidak membaca blog bukanlah penentu sesebuah blog itu mempunyai nilai yang tinggi di mata pengiklan.  Komen yang ditinggalkan di setiap entri juga diambil kira selain personaliti pemilik blog yang memenuhi keperluan pengiklan, tegas pemilik blog NisaKay.com ini.

 

contoh hadiah cabutan bertuah

Sekali lagi persatuan blogger telah berpakat untuk meng’gam’ saya dari menghadiri event blogger sejurus Intan diumumkan sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah.

“Setiap kali Kak Jie datang event, tak pernah balik dengan tangan kosong…”

“Kak Jie telah merampas peluang kami… kembalikan hak kami”

Pekik mereka dengan sepanduk memenuhi laluan keluar dari lobi hotel. *Ini cuma imaginasi dalam mimpi malam tadi*

pemenang cabutan bertuahSebelum balik, pemenang diminta bergambar kenangan di atas pentas.  Saya cuba mencari dimana Melastik Bintang kerana saya tahu dia antara salah seorang pemenang.   Takkan habis je majlis terus pecut kereta ke Universal Studio Singapore! S abaq-sabaqlah………… Kak Jie pun belum berkemas  nak pi Kemboja 🙂

Selesai sudah majlis kita.  Tiap orang akan pulang dengan pelbagai kenangan dan semoga input yang diperolehi di SBDdB13 ini  menjadi momentum kepada blogger untuk lebih maju dan bakal blogger untuk melangkah memasuhi dunia online yang sentiasa melimpah dengan sumber cabang rezeki bagi mereka yang berusaha.

Terima kasih kepada Panaja Utama Little Scarf Collection dengan gabungan co-sponsor Ajwa Travel Sdn Bhd, Serverfreak Web Hosting, Ummi Umairah dan eQurban.com.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada penaja yang menyumbang hadiah untuk cabutan bertuah – AE Consultancy, miGlobal Millionaires Network, Eizil Network, Ciklaili.com, Lensapujangga.com, Mindaaktif.com, Mindasyukri.com, Hazmanfadzil.com, Ejamothman.com, CS Holidays Sdn Bhd dan Ilham Resources.

Kepada mereka yang berada di majlis ini yang mungkin tidak sempat berbual bertegur sapa, mukakanlah langkah anda di sini.. di kujie2.com!

Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

96 thoughts on “Ulasan Penuh Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

  1. utk buat duit melalui blog bukan smudah yg kite sangka.terlalu byk kerja yg kite perlu lakukan.bukan setakat buat blog kite sudah menjana pendapatan malahan ianya lebih dr itu.utk buat duit melalui blog kite harus mempuyai sifat tidak berputus asa.kata org putih don’t easy to give up when you challenge facing you.kental jiwa and then barula boleh berjaya.

Comments are closed.