Alhamdulillah… setelah menempuh pahit manis masam dan kelat alam perkahwinan, sedar tak sedar pejam celik pejam celik sudah 21 tahun kami membina rumahtangga ini. Tipulah kalau saya katakan sepanjang hidup bersama itu kami tidak pernah berselisih kata bermasam muka. Sebagai dua individu, kami juga mempunyai beberapa kerektor berbeza dari segi pendapat atau pandangan tetapi kekurangan dan kelemahan itulah yang melengkapi satu sama lain.
Tahun lepas, saya ada buatkan Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20 untuk rakan-rakan blogger .
Untuk tahun ini, alhamdulillah masih ada rezeki yang ingin dikongsi bersama.
Saya ada hadiah utama penginapan tiga hari dua malam ( 3D2N) di Legend Cherating Resort untuk diberikan kepada rakan blogger yang bertuah. Bolehlah merancang untuk pergi berbulan madu sambil mencatit kenangan menyusuri pantai di antara gemuruh ombak, desir angin dan langit yang terbentang.
Saya tidak perlukan syarat rumit untuk menyertai kontest ini. Anda hanya perlu :-
- Tuliskan satu entri pengalaman yang dilalui sehingga berjaya melangkah kaki ke jinjang pelamin juga pengalaman menarik sepanjang perkahwinan tersebut. Atau ceritakan kenangan ulangtahun perkahwinan yang pernah dilalui atau impian anda pada ulangtahun perkahwinan yang akan datang.
Contoh seperti entri saya – Macam mana mama jumpa abah?
- Memandangkan ini adalah kontest perkahwinan, hanya peserta yang telah berkahwin atau pernah berkahwin secara sah saja yang boleh menyertainya.
- Panjang entri sekurang-kurangnya 400 patah perkataan . Boleh disertakan gambar atau video yang sesuai.
- Tarikh akhir menghantar entri di blog masing-masing adalah pada 11:59 pm 30 September 2012
- Keputusan akan diumumkan pada hari Jumaat 5/10/2012
- Hadiah mesti ditunaikan sebelum Februari 2013 dan perlu memaklumkan kepada saya tarikh yang dipilih sekurang-kurangnya sebulan sebelum bercuti untuk tujuan tempahan.
- Linkkan entri peryertaan anda ke entri ini dan tinggalkan komen berserta link penyertaan di bawah. Jangan risau jika komen anda dihantar ke kotak spam kerana mempunyai link. Saya akan luluskan secepat mungkin.
- Keputusan muktamat akan dibuat oleh suami dan saya sendiri.
Ini bukanlah kontest yang serius, bukan pasal ranking juga bukan seo sekadar berkongsi rasa syukur di atas ulangtahun perkahwinan kami yang ke 21 jadi saya sedang menimbangkan untuk memberi cenderamata yang akan difikirkan kepada peserta lain.
Jom kongsikan kisah menarik anda….! tak sabarnya nak baca
selamat ulangthaun perkahwinan kak kujie……….
selamat ulangtahun to u and hubby
ruginya sbb sha ter miss deadline contest niiii huhu
salah sendiri sbb tak reckee blog kujie.com awal2 huhuhu
aiseh….terlambat la pulak…xdpt nk join..wuwuw
neway..happy anniversary kak ujie..smg bahagia hingga ke syurga..amin:)
Hahaha..kak jie, pondok kecil dah melepas untuk rebut tawaran hadiah ni..sodih betul..
salam kak jie dan suami , selamat menyambut ulangtahun yang ke-21.
😀
http://dengarisaya.blogspot.com/2012/09/tarikh-penting-dalam-perhubungan.html
salam kak jie….
hehe…dayah nak belek2 kisah cita org pg nih…
tak sangka suami dayah pun ada submit tengah mlm tadi..
hahahaha…berbunga rasanya hati…
tak perasan pulak dia dah submit..
sebok nengok blog org je…blog sendiri tak check…hihi..
alhamdulillah…sempat juga siapkan entri penyertaan di saat2 akhir..semoga diterima ye…link seperti di commentluv…
Salam Kak,
Mencuba nasib untuk hadiah honeymoon kali kedua… he he…
http://www.fazrol.com/2012/09/kisah-aku-cinta-monyet-yang-berakhir.html
Bismillahirrahmanirrahim
kak dah siap kerja sekolah..=) semoga saya berjaya..hee
http://azfar9897.blogspot.com/2012/09/kisah-cinta-ujang.html
Join saat-saat akhir 🙂