Ulangtahun Perkahwinan ke 21 Kujie:Tawaran Hadiah Penginapan Di Legend Cherating
Blogger

Ulangtahun Perkahwinan ke 21 Kujie:Tawaran Hadiah Penginapan Di Legend Cherating

Alhamdulillah… setelah menempuh pahit manis masam dan kelat alam perkahwinan, sedar tak sedar pejam celik pejam celik sudah 21 tahun kami membina rumahtangga ini.  Tipulah kalau saya katakan sepanjang hidup bersama itu kami tidak pernah berselisih kata bermasam muka.  Sebagai dua individu, kami juga mempunyai beberapa kerektor  berbeza dari segi pendapat atau pandangan tetapi kekurangan dan kelemahan itulah yang melengkapi satu sama lain.

Tahun lepas, saya ada buatkan Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20  untuk rakan-rakan blogger .

pantai cherating

Untuk tahun ini, alhamdulillah masih ada rezeki yang ingin dikongsi bersama.

Saya ada hadiah utama  penginapan tiga hari  dua malam  ( 3D2N) di Legend Cherating Resort untuk diberikan kepada rakan blogger yang bertuah.  Bolehlah merancang untuk  pergi berbulan madu sambil mencatit kenangan menyusuri pantai di antara gemuruh ombak, desir angin dan langit yang terbentang.

Saya tidak perlukan syarat rumit untuk menyertai kontest ini. Anda hanya perlu :-

  • Tuliskan satu entri pengalaman yang dilalui sehingga berjaya melangkah kaki ke jinjang pelamin juga pengalaman menarik sepanjang perkahwinan tersebut.   Atau ceritakan kenangan ulangtahun perkahwinan yang pernah dilalui atau impian anda pada ulangtahun perkahwinan yang akan datang.

Contoh seperti entri saya – Macam mana mama jumpa abah?

  • Memandangkan ini adalah kontest perkahwinan, hanya peserta yang telah berkahwin  atau pernah berkahwin secara sah saja yang boleh menyertainya.
  • Panjang entri sekurang-kurangnya 400 patah perkataan . Boleh disertakan gambar atau video yang sesuai.
  • Tarikh akhir menghantar entri di blog masing-masing adalah pada 11:59 pm 30 September 2012
  • Keputusan akan diumumkan pada hari Jumaat 5/10/2012
  • Hadiah mesti ditunaikan sebelum Februari 2013 dan perlu memaklumkan kepada saya tarikh yang dipilih sekurang-kurangnya sebulan sebelum bercuti untuk tujuan tempahan.
  • Linkkan entri peryertaan anda ke entri  ini  dan tinggalkan komen berserta link penyertaan  di bawah.  Jangan risau jika komen anda dihantar ke kotak spam kerana mempunyai link.  Saya akan luluskan secepat mungkin.
  • Keputusan   muktamat  akan dibuat oleh suami dan saya sendiri.

Ini bukanlah kontest yang serius,  bukan pasal ranking juga bukan seo sekadar berkongsi rasa syukur di atas ulangtahun perkahwinan kami yang ke 21 jadi saya sedang menimbangkan untuk memberi cenderamata yang akan difikirkan  kepada peserta lain.

Jom kongsikan kisah menarik anda….!  tak sabarnya nak baca

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

86 thoughts on “Ulangtahun Perkahwinan ke 21 Kujie:Tawaran Hadiah Penginapan Di Legend Cherating

  1. Kakjie, cerita cintan cintun saya dah siap! dah dilampir kat comentluv (ade tak kakjie?..saya ni pun bukan pandai sangat main tekan jer..kalau takde bg tau ye!)
    Dah naik biru muka ni nak menyiapkannya..segan ada malu pun ada.. apepun harap mendapat perhatian dari kakjie dan suami :))

  2. Salam .. dengan ucapan bismillahirahmannirahim…..

    hiks2 , malu sebenarnya kakjie … tapi ku tulis juga sebab kak jie dah ajak join awal2 lagi hehehee ….

    ada di komenluv

  3. Dengan ini saya menghantar penyertaan saya untuk contest ini.
    Semoga diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak Puan dan keluarga dalam proses penilaian.

    Rujuk lampiran link commentluv untuk link penyertaan.
    Sekian, terima kasih. 🙂

  4. Saya baru sahaja menyiapkan entri untuk giveaway ini, saya gunakan fungsi commentluv untuk menghantar penyertaan, di harap penyertaan ini akan diterima. Tak pasti nak bercerita pasal apa, so kisah bulan madu dipilih untuk dijadikan penyertaan.

  5. ala, saya baru nak join sebab nak bercuti di resort. Tapi baca bawah lagi rupanya hanya di buka untuk orang dah berkahwin. *Muka kecewa.*

  6. Salam. Tahniah buat Kak Jie.. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-21.. Semoga akak sentiasa sabar dalam mengharungi pasang surut hidup berumahtangga dan menjadi pasangan yang bahagia buat selamanya serta mendapat keberkatan dariNya. Amin.

    Menarik GA anjuran Kak Jie.. Moga dapat sambutan dari para blogger. 🙂

  7. menarik ni…mmg best ah pengalaman kak jie…terbaikkk…he3

    sya jumpa hubby kat lif di pasaraya…tp tk tahu nk cerita camne…mesti best baca pengalaman mereka dipertemuan pertama…. 😉

  8. Assalam….
    Wah, ini pertama kali saya membaca blog kak jie…
    Saya biasa nmpk kak jie tinggalkn komen di blog ondscene, tp tak tau plak yang akk pun ada blog. lepas ni, rajinlaaa kite komen2 kat blog akk lak..hehhee
    tapi kita nk tanye, adakah ini hanye utk blogger2 saja? sbb sy ni bukan seorg bloger. huhuh…tp teringinnn nak join contest ni. Sekalipun ditakdirkan tak menang, tapi sekurang2nya saya dpt berkongsi cerita dengan kak jie 🙂 apapun, slaam perkenalan dr saya eh 🙂

  9. Tahniah Kak Jie kerana menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 21. Semoga terus kekal bahagian hingga akhir hayat. macam malu nak karang entri.hehehe

  10. Salam Kak Jie… Barakallahulakuma untuk Kak Jie dan suami.. Alhamdulillah.. bukan senang kan nak meniti 21 tahun tu. Ada jalan lurus, ada jalan berlubang.. semoga Kak Jie dan suami diberikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat… Aameen..

  11. Tahiniah akak.. 21 tahun dah..
    kita ni baru 3 tahun, byk lagi nak kena belajar. kena byk kan bersabar, dan belajar ikhlaskan hati. Dan semoga akak akan terus bahagia disamping suami dan anak-anak tercinta.

    *waahhh..menarik contest akak ni..

  12. InsyaAllah nak join gak nanti…
    Anyway tahniah.. Sebab ulangtahun yang ke 21.. Semoga kekal ke anak cucu cicik…

  13. melihat syarat2nya, daku terus belalu ke penjuru dinding, duduk menangis teresak2.. mengenangkan diriku yang masih bujang , aku terus tekad “aku mesti kawen!”..

    kbai!

  14. Assalam..
    bestnya kalau dapat bercuti berdua. Best..best..best..
    Biasanya kalau sebut bercuti, pasti akan ada mak ayah mertua dan kakak ipar sekeluarga ramai2.

Comments are closed.