Statistik 2010 Kujie2.com
Blogger

Statistik 2010 Kujie2.com

Ramai pula tak puas hati bila saya  buat entri Bukti Blogger Lelaki Lebih Ramai hanya tunjukkan Top Commentators tanpa statistik lain.

Siap cabar mencabar lagi tu. “Ada berani Kak Jie ?”

Korang ingat blogger lelaki tak suka jaga tepi kain blog orang ke? hiks! Masing² teringin sangat nak tengok statistik kujie2.com.

Bukan tak nak tunjuk tapi seriau dowh!

Tapi setahun sekali – nak juga abadikan penghargaan kepada blog sendiri.

  • Unique visitors –  0.5 juta
  • Pelawat –  1 juta
  • Pageview – 4.6 juta
  • Hits – 27 juta

Tengok nombor² tu kalau boleh tukar masuk dalam akaun bank jadi $$$$ , oklah jugakan?

Blog ni tak ada cerita artis atau berita muka depan kosmo @ metro – hanya kisah perjalanan hidup seorang surirumah, kisah anak², suami , rakan sebaya dan rakan maya . Tulis entri pun ikut sedap rasa sendiri bukan ikut ‘undang-undang blogger’.

Sebab itulah saya tak pernah buat tips dan tutorial ‘jangan itu jangan ini, buat begitu buat begini’ .  Tips atau tutorial yang saya kongsi berlangsung secara tidak formal – sambil tulis entri membebel tentang anak² pun boleh selitkan tips kepada blogger.

Saya tak suka bagi tips atau tutorial dalam bentuk formal

  1. A – bla…bla..jangan buat itu jangan buat ini bla … bla…
  2. B – buat itu ini begitu begini..bla..bla…bla…

Saya tak suka pembaca disogokkan dengan fakta direct kerana tips hanyalah manual yang perlu kemahiran dan minat untuk mendapat hasil yang sebaiknya.  Saya suka pembaca blog mencari isi yang disampaikan dengan membaca sambil memahirkan deria ke- 6.  Seorang blogger mesti menjadi pembaca kerana seorang blogger adalah penulis blog.

Saya jumpa ramai blogger yang bersungut tak suka membaca blog – tetapi dalam masa yang sama sibuk riuh  bertanya tips untuk dapatkan trafik.  Kalau tak membaca, mana nak dapat ilmunya.

Description blog telah ditambah dengan perkataan ‘surirumah’ kerana ramai yang keliru jantina tuan blog.

Alang² dah show off – buat entri 2 in 1 sekalilah. Tag dari rohaizad letakkan screnshot (di bahagian dashboard) jumlah komen. Game budak² geek.

Jumlah post dan komen  semakin berkurangan kerana saya sedang buat pembersihan blog dengan mendelete entri  tak perlu – entri zaman dinosour syok sendiri.

Dah…… puas hati?

Terimakasih juta² lemon untuk semua yang masih sudi bertandang walaupun kadang² saya gagal untuk membuat lawatan balas.

©kujie – segan giler nak buat entri ni.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

92 thoughts on “Statistik 2010 Kujie2.com

  1. kisah kat blog ni kadang2 terlanjur over acting juga
    dah cuba nak sederhana – tak nak cerita lebih2
    tapi…manusia….. kalah juga

  2. ape lah yg kak jie tunjuk…. apalah sgt yg diajar tu

    benda2 ni semua dah ada, diri individu tu yang punya keinginan nak berjaya atau tidak

  3. memang blog surirumah pun mampu meraih trafik mcm ni, jadi tips dan tutorial tu dah ada dalam blog ini, cuma nak kena guna 6th sense je

    p/s: entri ni sudah kena batang hidung sendiri huhu

  4. noooo … trafik lebat bukan syarat blog itu bagus
    kak jie masih pembaca setia beberapa blog Geng Jurnal dan blog orang lama – masih ikuti secara diam²

  5. kalau nak dikirakan usia blog, dah lebih 5 tahun menulis blog, tapi ada kekangan lain yang membuatkan tak boleh nak capai, bukan memberi alasan, tetapi bak kata kak jie, blogger perlu membaca juga, untuk membaca kadangkala tidak mempunyai masa disebabkan ada keperluan lain yang lebih penting.

    Tetapi disebabkan menulis untuk kepuasan diri, walaupun statistik mungkin jauh daripada kak jie, tetapi kepuasan tetap dikecapi 😀

  6. pada pendapat kak jie ramai blogger yang boleh mencapai tahap lebih tinggi dlm masa yang cepat sekarang – banyak rujukan, tips , panduan yang banyak mudah di dapati…

  7. macam bentang belanjawan negara.. hehehe
    boleh sebenarnya – sebab kak jie pun ambil masa 5 tahun untuk berada di tempat sekarang

    blogger sekarang lagi cepat berkembang – banyak sumber maklumat yang boleh dijadikan panduan.

  8. bila kita bagi tips – ramai yg terima bulat2
    bila tak menjadi seperti yang disyorkan, dia tak pandai lagi cari jalan untuk sesuaikan mengikut acuan sendiri.

  9. content blog kak jie santai tapi dan bersifat lembut. suka hati dan tenang membaca. hehe.

  10. kak jie memang hebat

    camne nak buat yg kat bawah tu? yg ada disclaimer kata surirumah semua tu
    (padahal link asal dah hilang, xjumpa2!)

  11. 50,000 komen, banyak tu kak. Namun, blog personal atau blog berita mahupun blog copy-paste, terpulang pada empunya blog masing-masing..ada sebab musebab kenapa diorang bina blog..

  12. Err… lala~~

    UV dalam 1.2k sehari = UV sy 10 hari. Visit sebulan kujie sama dengan visit seumur hidup blog sy ekekeke. So we now know who is cooking!

    ;p

  13. cara kak kujie blogging memang terbaik..santai je tapi banyak ilmu… patut trafik power je 🙂

  14. statistik tu namanya webalizer ke ?.. lupa.. kalau guna direct admin je ke ada?.. kalau guna Cpanel leh tengok tak statistik camtu ?..

  15. Semua main juta2 jer kat blog kak jie… memang mantap… 🙂 Tahniah kak jie atas pencapaian baik pada tahun 2010, masih jauh kalau nak capai penangan statistik kak jie ni.

    Deria ke-6 sentiasa cuba diasah, dengan mengenali gaya penulisan, pasti akan lebih cepat deria tersebut teransang, lain padang lain belalang, perlulah pandai menyesuaikan diri… 🙂

  16. Pergh ~ trafik bukan alang2.. hehe..
    Tapi saya stuju point kak jie.. banyak yang suka disogok secara direct.. untuk berfikir bersama adalah jauh sekali.. sebab itu lagi baik silent reader berbanding blogger.. bukan bermaksd blogger tak baca.. tapi banyak yg lebih kejar trafik.. huhu..

  17. memang terbaik hasil buah tangan suri rumah nie.. =)
    alangkah best menyambutnya dengan menghidangkan hidangan laksa kepadaku.. hehe..

    banyaknyer…. *mulut ternganga…

  18. terbaik la kak jie.. mantap tul traffic tu.. kalau dapat convert jadi RM lagi mantap yang juta juta tu.. hehe

Comments are closed.