Seth Tan Buat Sujud Syukur Awak Kutuk, Awak Curi Bandwidth Saya Apa Cer….?
Blogger

Seth Tan Buat Sujud Syukur Awak Kutuk, Awak Curi Bandwidth Saya Apa Cer….?

Kalau korang tau, selama ni saya memang tak minta untuk  sesiapa pun ambil gambar atau entri bagi kredit  tetapi dengan syarat, jangan curi bandwidth blog ini.

Saya dah siap² buat entri tutor  ajar cara nak copy paste secara bijak supaya tuan blog tak kesan aktiviti tersebut.  Baca di sini > Kalau Nak Copy Paste, Buatlah Secara Bijak.

Ni macam kes mengajar mencuri. Mencuri bandwidth nama dia. Mencuri bandwidth tu apa pula? Baca kat sini > Kujie2.com – Bandwidth Limit Exceeded

gambar dari entri > Nora Eelena Episod Akhir

Gambar ini sengaja saya tak letak watermark. Saya crop sendiri dari tonton.com.my. Semua orang nak, ambil saja. Tetapi jangan copy paste. Host sendiri.

Ini bukan kali pertama terjadi, saya boleh nampak dari dalam dashboard incoming link kalau ada orang copy paste , selalunya saya diamkan saja.

Tapi……. yang buat saya hangin pagi² ..baca tulisan tersebut. Amboiii sedap je mulut mengutuk sujud tahjud (?) .

Betullah mungkin bahaya buat sujud syukur tepi jalan tetapi tak perlulah guna bahasa indah suci murni macam tu.

Lokasi dan persekitaran dengan lampu kereta terpasang , pintu terbuka itu menunjukkan keadaan adalah selamat. Lainlah nak buat sujud syukur tengah² Jalan Sultan Ismail atau Jalan Mahameru jam 5 petang. Itu pun rasanya lebih selamat sebab semua orang memang bawa slow!

Kalau diri sendiri pun ambil secara merompak hasil kerja orang, nak fire orang pun agak²lah.  Saya mungkin tutup mata walaupun bandwidth yang saya bayar dicuri tanpa disedari. Tapi bila baca bahasa, ayat indah , buat makhluk bertanduk berpusing² kat kepala saya pagi² ni. Seth Tan pun dah jadi setan!

Saya tengok kat blog tu, banyak lagi gambar copy paste dari sumber orang lain.

Take note*

Solat Tahajjud – solat apabila terjaga daripada tidur malam. Seth Tan tu sepanjang malam tak tidur².
Sujud Syukur – apabila mendapat sesuatu nikmat , kejayaan atau terlepas dari sesuatu bencana.

 

Dalam list Incoming Links tu, ada 2 link blog yang buat copy paste diam², dia ingat saya tatau…………….:razz: Yang lain tu incoming links baik².

Bukan mudah jadi blogger, adik².  Apalagi kalau letakkan banner iklan.  Fikir juga hasil yang kita dapat.  Bersih?

tak payahlah  minta link blog tu…itu bkn tujuan saya!


Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

84 thoughts on “Seth Tan Buat Sujud Syukur Awak Kutuk, Awak Curi Bandwidth Saya Apa Cer….?

  1. copy paste budaya blogger malaysia 😀 kak jie gune lah hotlink protection, bile diorg copy image kitew mcm tu, diorg akn redirect kuar image laen contoh “dont steal my bandwith” haha

  2. sebenarnya… kalau dia ambil guna untuk entri baik2
    tulis baik2
    tak de lah nak kecoh sgt pun

    tapi entri tu ada banyak benda yg salah, pasal sujud tahajud tu pun salah….pasal maki2 tu pun….tu yg hangin sebenarnya

    hal2 bandwidth tu…antara beberapa sebab je

  3. Sabar kak Jie… not nice la macam tu kan, kena paham istilah ‘berbayar’ yer… Peace! 😉

  4. so vulnerable, so weak.

    tapi tu bukan alasan untuk buat silap.

    belajar dari kesilapan. internet ni sekangkang kera je, tup tup dah jumpa. hehe.

  5. k.jie..nak tanya sket lah..sorry lari topik seth tan..cikmin dah lama jgk pasang incoming links ni..kurang paham sket psl satu blog ni url dia mmg masuk di incoming links..banyak..tapi takde pulak ada pic atau url kita dlm entri dia..kenapa eh?

  6. bandwidth kak jie guna tak sampai 10% sebulan….mmg bandwidth kak jie besar

    ini bukan soal kecik besar
    tak nampak ?

  7. ada banyak cara….. tapi tak best la nak ajar benda2 ni
    try google..hihih

    google ajar tak pe, kak jie tak nak… :mrgreen:

  8. jumpa dah blog tu ..huhuh..

    dah tlg komen post dia, suh dia dtg baca teguran sini..
    blog andy pun diambilnya.. rasanya dia xfaham pasal bandwidth2 ni kut..

    p.s: pernahh geram dengan blogger yang ambil gambar kita buat sendiri dan dia edit gambar tu buang link..huhuh.. memang xtahu maluuu….

  9. mengaku pernah curi bandwidth
    blog mak cik jie.selepas tak mahu
    buat dah.takut kena kejar obor
    api.penat nak lari dari mak cik jie 😥

  10. saya pun tak tau camne diorang boleh copy sedangkan saya dah sekat tak boleh copy…

  11. Mmm…mungkin masa zaman sekolah dulu suka meniru untuk lulus dan dapat markah tinggi. Kot terbawa-bawa sampai sekarang!!!Hu!Hu! Analogi lagi…Kalau terus begitu, sampai bila tak rasa kepuasan buat sesuatu yang ‘original’. Bahasa pula boleh tahan! SUNDAL, MACAM HARAM, SUJUD TAHJUD. Memang berselirat orang nih…..

  12. Blog saya yang baru ni pun dah ramai yang copy paste diam2 gak kak jie. Blogger Malaysia ni kaki copy paste kot. At least bagilah kredit kepada tuan punya tulisan kan? Ni copy semua sekali.
    Kalau blog saya yang lain tu takpelah juga, dah ramai visitor. Tapi letih lar nak buat report kat Google.

  13. ntah la saya pun tak tau apa incoming link..tapi memang banyak incoming link masuk kat blog saya..

  14. huhu..macam mna nak thu link dia..ajar mamat..nak tngok blog mana yang x malu curi bandwich orang.

  15. pelik..ini la kali pertama mamat tahu..
    kita boleh curi bandwich orang lain…
    mmng tahap sngal dah tu..haha

  16. hahaha..nk ckp pasal agama tetapi jelas2 nmpak tak tahu sal agama…pandai nk mengutuk je

  17. Menangis seth tan dengar ni sebab ada blogger yg perihatin kat dia hehehehe…selamat berhujung minggu kak Jie!

  18. oo saya ada byk incoming link , tp tk cek pulak .. tak tahu mungkin ..yg ianya adalah kecurian bandwidth .. nk kena cek semula lah 😳

  19. kak jie, lolly dah bukak web tuh 😛

    tengok ayat kat sidebar dia tang *WELCOME* tu

    konon2 tak nak copicattt lah ape lah, tapi die curi orang nye jugak wakakkakakaka.

  20. “please do respect me by follow these rules : no RIPPING, FAKER, copycater and any type of childish acts or BADWORDS HERE…”

    kadang-kadang manusia mudah terlupa.bagus klau kakjie tolong ingatkan. kalau sy pulak yg terlupa nanti sy harapkan kakjie (kalau tahu) untuk ingatkan sy lak 😉

  21. Payah jugak noo.. kalau bagi nama blog2 kurang ajar tu nanti depa dapat traffic free pulak. Dah la pakai domain free, curi bandwith orang pulak, takkan nak bagi traffic mencanak pulak lagi . Hahaha…

  22. hahaha kuat betul pengaruh Seth Tan yea, 1st tgk seth tan sujud tu mmg kagum betul dgn dia, mcm mana lak bdk tu leh kutuk bnda baik ek?? hem…dah tu curik lak bandwidth makcik nie 😆

    harus kena sebijik…kikkiki

  23. selalu mmg diam je
    tapi kali ni dia kutuk Seth Tan…hahaha

    beragin lah makcik

    dah tu kutuk benda baik pula tu…lainlah kutuk benda yg tak betul Seth Tan tu buat 😆

  24. wakakaa tulah kelebihan WP kan kak 😆
    yan slalu je terkena tu, kt incoming links berlambak2, mls nk cek, sbb dh pakai cdn nie tahan sikit, sib baik gak ler unlimited cdn, kalau tak harus mengamuk gak ngan pencuri2 nie.

    kita tak marah kalau diorang nak copy cara save as, nie tak nak jgk jln mudah dgn save link je, patut ada kesedaran disitu, itu hak org kita jgn amik, benda berbayar, lainlah free..huhuhu

Comments are closed.