Seth Tan Buat Sujud Syukur Awak Kutuk, Awak Curi Bandwidth Saya Apa Cer….?
Blogger

Seth Tan Buat Sujud Syukur Awak Kutuk, Awak Curi Bandwidth Saya Apa Cer….?

Kalau korang tau, selama ni saya memang tak minta untuk  sesiapa pun ambil gambar atau entri bagi kredit  tetapi dengan syarat, jangan curi bandwidth blog ini.

Saya dah siap² buat entri tutor  ajar cara nak copy paste secara bijak supaya tuan blog tak kesan aktiviti tersebut.  Baca di sini > Kalau Nak Copy Paste, Buatlah Secara Bijak.

Ni macam kes mengajar mencuri. Mencuri bandwidth nama dia. Mencuri bandwidth tu apa pula? Baca kat sini > Kujie2.com – Bandwidth Limit Exceeded

gambar dari entri > Nora Eelena Episod Akhir

Gambar ini sengaja saya tak letak watermark. Saya crop sendiri dari tonton.com.my. Semua orang nak, ambil saja. Tetapi jangan copy paste. Host sendiri.

Ini bukan kali pertama terjadi, saya boleh nampak dari dalam dashboard incoming link kalau ada orang copy paste , selalunya saya diamkan saja.

Tapi……. yang buat saya hangin pagi² ..baca tulisan tersebut. Amboiii sedap je mulut mengutuk sujud tahjud (?) .

Betullah mungkin bahaya buat sujud syukur tepi jalan tetapi tak perlulah guna bahasa indah suci murni macam tu.

Lokasi dan persekitaran dengan lampu kereta terpasang , pintu terbuka itu menunjukkan keadaan adalah selamat. Lainlah nak buat sujud syukur tengah² Jalan Sultan Ismail atau Jalan Mahameru jam 5 petang. Itu pun rasanya lebih selamat sebab semua orang memang bawa slow!

Kalau diri sendiri pun ambil secara merompak hasil kerja orang, nak fire orang pun agak²lah.  Saya mungkin tutup mata walaupun bandwidth yang saya bayar dicuri tanpa disedari. Tapi bila baca bahasa, ayat indah , buat makhluk bertanduk berpusing² kat kepala saya pagi² ni. Seth Tan pun dah jadi setan!

Saya tengok kat blog tu, banyak lagi gambar copy paste dari sumber orang lain.

Take note*

Solat Tahajjud – solat apabila terjaga daripada tidur malam. Seth Tan tu sepanjang malam tak tidur².
Sujud Syukur – apabila mendapat sesuatu nikmat , kejayaan atau terlepas dari sesuatu bencana.

 

Dalam list Incoming Links tu, ada 2 link blog yang buat copy paste diam², dia ingat saya tatau…………….:razz: Yang lain tu incoming links baik².

Bukan mudah jadi blogger, adik².  Apalagi kalau letakkan banner iklan.  Fikir juga hasil yang kita dapat.  Bersih?

tak payahlah  minta link blog tu…itu bkn tujuan saya!


Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

84 thoughts on “Seth Tan Buat Sujud Syukur Awak Kutuk, Awak Curi Bandwidth Saya Apa Cer….?

  1. Oh.. no wonder la before ni penah upload gambar Captain Jack Sparrow lepastu dah takleh tengok lagi dah. 😕
    thank again akak. Kite tak buat lagi dah.

  2. Sorry la akak for my MISTAKE. saya memang tak tahu pun pasal gambar ni effect bandwith akak. SORRY la akak. Saya mintak maaf sangat-sangat dekat akak. saya GOGGLE gambar ni jumpe. Tak payah la kutuk2. saya student, nama pon belajar hal dunia. bukan nak tunjuk baik.. masing2 ada cara diorang gunakan blog diorang. tak pernah pon terfikir nak up traffic cara ni. Tapi serius la, memang sedih ar bace komen2 kat sini. Selama ni, sebab saya nak gambar besar dekat entry saya saya upload link je sebab boleh dapat gambar besar kat entry. kalau guna blogspot dia kecik. tapi saya tak tahu pun ada effect dekat bandwith. Nama je blogger bertahun2 bukan semua benda saya tahu. Memang saya tak tahu pun, tapi at least tegur la cara baik..

    saya rasa akak salah faham dengan entry saya. bukan saya kutuk Seth Tan sujud tu.. cuma saya nak citer je nak sujud pun tengok tempat la.. tapi takpelah dah nama pon citer rekaan.. apa lagi nak diperbesarkan hal ni? bukan nye dapat apa pun. Lainlah akak sendiri yang tegur saya. Tak payah marah2, saya tahu saya buat salah. saya mintak maaf kot. lepastu ada pulak cakap saya perli. saya just cakap pasal diri saya. nama pon blog peribadi saya.. saya citer pasal diri saya la. Sorry la kak.. saya mintak maaf lagi skali. sepatutnye orang main blog ni, mengeratkan silaturahim bukan memecah belahkan orang. Kalau kite buat salah, tegur baik2. kadang2 bukan semua orang tahu apa yang orang lain tahu. Chill la kak. lepasni saya tak buat lagi.. sebab saya tak tahu pun pasal ni, tapi saya dah tahu saya takkan buat lah. LAgipun, saya tak tau pun akak ada entry pasal nak copy paste cara bijak. Thanks pada sapa yang comment kat blog saya. Saya cuma manusia biasa je.. kalau tak buat silap tu bukan manusia. Tp serius ar kak.. saya sedih dengan orang2 yang komen kat entry akak ni..Thank you by the way. And thanks kak. saya adjust balik la entry saya tu supaya semua puas hati. 😛

    😥

  3. salam.

    akak, saya dah baca pasal Bandwidth Limit Exceeded tu. agak tak faham sikit. kita tak boleh copy URL then paste kat blog kita mcm tu je eh? kena ‘save as’ dulu. gitu? apa kesan kalau kita copy URL direct paste kat blog kita? source URL picture tu, akan berat ke blog dia?

    sorry la akak kalau soalan saya ni mcm remeh. saya tak faham sgt bab computer ni. saya tanya, sebab selalu amik gambar kat Google image. Mana tau, ada apa-apa kesan ke kat blog mana-mana gambar yang saya main pick je kat Google image tu. ada eh kak?

    mohon penerangan dgn ayat yang saya senang nak adapt. 🙂

  4. cuba baca pautan yg diberikan , Kalau Nak Copy Paste, Buatlah Secara Bijak.

    jangan copy paste dlm mode COMPOSE, copy paste dlm mode EDIT HTML

    Saya AJAR orang copy paste CARA YANG BETUL… kalau saya tak bagi orang copy paste , saya tak ajar…

    bukan marah, betulkan pemikiran setiap orang yang bila baca isu copy paste, terus buat kesimpulan secara rambang…tak tengok keseluruhan entri dan pautan yang diberikan.

  5. terimakasih Anon…amalan hidup yang baik..moga bahagia dunia akhirat

    awak tak baca pun entri ni, terus komen
    kalau baca mesti nampak, perenggan pertama saya dah jelaskan
    boleh copy entri, tapi host sendiri, jangan copy paste kerana berlaku kecurian bandwidth…

    Sorry kalau post saya menyinggung saudari,, saya minta maaf…cuma untuk prevent copy paste kan ada cara supaya blog tak boleh di copy paste,,

  6. dah baca dah entri ‘blogger tu’.. tak pernah dengar plak pasal sujud tahjud.. solat tahajjud tau la.. punya la banyak point lain yg bleh kutuk, bab sujud syukur tu jugak yang dia nk petik.. tak perlu kot.. takyah nk tunjuk baik sgt kalo diri sendiri pon curi bandwidth org..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Selamat Hari Bapa, Happy Father’s Day 2011My Profile

  7. terimakasih Anon…amalan hidup yang baik..moga bahagia dunia akhirat 😆

    awak tak baca pun entri ni, terus komen
    kalau baca mesti nampak, perenggan pertama saya dah jelaskan
    boleh copy entri, tapi host sendiri, jangan copy paste kerana berlaku kecurian bandwidth…

  8. Alah dah namanya internet apa kecoh2 semua orang boleh baca dan copy,,kalau tak nak kena copy jangan buat blog…

  9. orang lain sibuk bab jiwang, romantik dia
    kak jie tak heran bab tu…sbb cik abang kak jie pun
    ehem ehem…

    tapi bab sujud syukur pun nak di caci makinya
    pelik sgt dah tu

  10. kalau dia tak ulas ‘SUJUD TAHAJUD ‘ tu mungkin kak jie tak timbulkan isu ni

    kalau kat sidebar dia tak de ‘AMARAN’ tentang copicat, respect orang lain, mungkin kak jie tak tulis isu ini

    rasa…..eeeee………..dok suruh orang respec tapi dia…

  11. ce citer ce citer…nak tau juga apa benda buruk di sebalik benda baik tu kujie.
    hari ni check incoming links macam ada yang tak kena la pula.
    Boleh pula dia keluar macam ni “linked here saying, “nuffnang_bid = “e4a1b85dd4a2674f46891baf41212 …”

    Kujie boleh tolong jelaskan tak?
    ichi p inspect page element dia, ada keluar macam ni: &ref=http://eichikatsu.co.cc/wp-admin/
    Tak ke pelik tu kujie.
    Jom terjah post menarik dari Eichikatsu ..FACEBOOK KINI LEBIH MUDAH DIGODAM?My Profile

  12. gigih tu cari…hehehe

    kalau entri enak dibaca, mgkn diamkan saja
    tapi bahasa indah dia mengutuk org, sedangkan diri pun…dot dot dot

    tu yg hangin… :mrgreen:

  13. kes mcm ni bukan semata2 sebab bandwidth..
    bandwidth kak jie 80000 MB sebulan, mmg lebih dari cukup

    tapi cuba pandang kes ini dari sudut yg luas sikit

Comments are closed.