Saya minta maaf kerana terlewat untuk mengumumkan siapakan pemenang yang akan menerima hadiah penginapan di Legend Cherating Resort sempena ulangtahun perkahwinan ke 21 saya bulan lepas. Ada beberapa urusan ofline yang perlukan lebih perhatian.
Memandangkan kesemua peserta adalah rakan blogger yang saya kenal rapat, keputusan ini saya serahkan 100% kepada suami kerana dia adalah orang yang terkecuali dari lingkungan rakan blogger. Saya tak berani nak buat keputusan kerana saya risau diri tak cukup telus. Saya takut terbias dengan perhubungan rakan blogger.
Saya kalau boleh nak bagi semua peserta menang, semua kawan-kawan tetapi tunggulah ulangtahun perkahwinan ke 50 nanti, InsyaAllah. Beberapa tahun lepas, saya buat kontest tiada pemenang utama. Semua dapat hadiah yang serupa. Saya jenis tak sampai hati…. hihihiks!
Ini adalah senarai peserta yang sudi mencerikan pengalaman dan kenangan mereka. Bukan senang untuk bercerita hal peribadi seperti ini dan saya sangat menghargainya. Terimakasih kerana luangkan masa dan sudi berkongsi.
- Indahnya Berbulan Madu
- Kau Yang Terindah
- Kenangan Indah Buat Anak-anakku
- Cerita Kami
- Pertama Kali Terpandang Hati Rasa Terpaut
- Tip Memilih Pasangan Cara Old Style
- Cinta Pertama dan Yang Terakhir
- Kisah Cinta Ujang&Yana
- Cinta Monyet Yang Berakhir Dijinjang Pelamin!
- Cinta Dua Negara Akhirnya Bersatu
- Bukan Cinta Muka Buku
- Tarikh Penting Dalam Perhubungan
Setelah diaudit oleh encik suami , beliau memilih Puan Bee dengan entrinya Kenangan Indah Buat Anak-anakku untuk menerima hadiah penginapan 3 hari 2 malam di Legend Cherating Resort.
Kepada semua peserta lain, suami saya juga bermurah hati untuk memberi hadiah saguhati yang sedang beliau fikirkan. Saya akan hubungi kemudian untuk proses seterusnya.
Ini bukanlah peraduan yang ketat dan terlalu berat. Saya anggap ini adalah suatu cara saya meraikan rakan blogger sempenan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 21.
Mungkin ada hadiah lain yang secara tidak langsung telah saya berikan kepada blog rakan-rakan peserta. Contohnya seperti ini.

Link peserta yang mengambil bahagian akan saya letakkan di sidebar untuk tempoh 2 minggu lagi untuk menghargai penyertaan mereka. Moga adalah sedikit limpahan trafik dari saya untuk mereka.
Tahniah untuk Puan Bee dan terimakasih untuk rakan-rakan lain. Semoga perkahwinan kita semua akan terus dirahmati Allah dan sentiasa dalam peliharaanNya.
Selamat kepada pemenang dan bagi yang belum beruntung semoga tidka berkecil hati..
Jom terjah post menarik dari Jefry ..Bentuk Desain Wastafel Unik dan Elegan
Tahniah pd puan bee yg menang. Memang payah sikit nak tentukan pemenang lebih2 lagi kalau kenal rapat… =)
Moga perkahwinan kita akan kekal selamanya…ameen
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Celoteh Kakak #7 Mandi Kolam?
Tahniah kepada para pemenang!!
bestnya dapat g melancong percuma..
Jom terjah post menarik dari Syahera ..Perfume supplier in Malaysia
Tahniah buat Puan Bee. Aina akan cuba carik masa untuk klik link2 yang ada. Nak juga baca apa yang mereka dah syer. Pertama tentulah pemenangnya dahulu.
Jom terjah post menarik dari JunAina ..Jangan Dibiar Hati Bersedih
tahniah puanbee…. sesuai le tu utk leraikan sedikit kekusutan lepas jaga suami sakit…. 😉
Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Birthday = BESTday
Ikut memeberi selamat buat puan bee..
Jom terjah post menarik dari Ramzi ..Cara Memasang Artikel Terkait / Related Posts Gambar Dengan Linkwithin
tahniah buat puan bee…memang seronok baca hasil nukilan dia…secara detail ditulisnya, sangat2 menarik, dan memang patut menang..
thank kakjie untuk contest ni..memang ada kunjungan dari blog ini yang masuk ke blog saya…thanks again.. =)
Jom terjah post menarik dari Puan Bardboo ..Pregnancy Updates | Minggu ke-26
tahniah pemenang..
🙂
Jom terjah post menarik dari hitam keris emas ..traffik meningkat kerana semangat kak red…
Tahniah Puan Bee…wah syok nyer hehehhe..
Jom terjah post menarik dari azman ..Pyramid Kecik
Tahniah Puan Bee kerana menjadi pemenang 3D2N di legend resort cherating.
Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Daftar BR1M 2.0
wahh!! dah ada pemenang ya Kak Jie? takpe.. neeza masuk bertanding untuk anniversary kak Jie ke 50 ya.. InsyaAllah.. 😉
Jom terjah post menarik dari Neeza Shahril ..Kemalangan maut di Kemaman 10 Oktober 2012
tahniah Buat Puan Bee..
Jom terjah post menarik dari Nurul ..Pizza Hut Cheesy 7 Tasting Party
Tahniah kepada semua yg ikut serta dan paling bertuah puanbee.
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..5 Hakikat Perit dan Pahit yang Ditanggung Oleh Blogger
tahniah puan bee.. selamat bercuti di Legend Cherating Resort.. 😀
Jom terjah post menarik dari Anarm ..Tempah Korban sempena Aidiladha dengan eQurban.com
tahniah pn.bee
mmg entry menyentuh hati sgt..
thanks kak jie juga..
byk trafik dayah dapat..
🙂
Jom terjah post menarik dari hidayah ..nabila huda separuh bogel
tahniah pada puan bee. 🙂
Jom terjah post menarik dari titan ..Berpoya-poya di Sarawak.
Tahniah Bee, kalau tetiba tak nak pegi bagi je dgn kakyan hahhahaa *gurau*
alhamdulillah..tahniah kepada puanbee.. puanbee: suami dah sihat?..lepas ni bolehlah puanbee dan suami ‘berehat’ ye :)) …
kakjee! terima kasih+++!… atas peraduan kakjee buat ni,ada juga yg sudi menjengah ke blog saya ‘yang segan..’ tu :))
Jom terjah post menarik dari ieda ..TUKAR KAD PENGENALAN DIRI
Tanniah kepada Puan Bee. 🙂
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Gempar Aaron Aziz langgar tiang
Tahniah kepada Puan Bee…
Terima kasih buat kak Kujie dan abang Ann…
Semoga semakin bahagia dan murah rezeki..
Jom terjah post menarik dari fazrol ..ww – Boleh jadi anak didik Zarul Umbrella tak?
Tahniah kepada puan bee kerana memenangi giveaway kak jie kali ini… Dan kepada kak jie sekeluarga, terima kasih diucapkan kerana mengadakan aktiviti seperti ini… Semoga hubungan kekeluargaan kak jie dan semua rakan-rakan sentiasa dalam keadaan yang baik dan berbahagia selamanya.
wah..tahniah puan bee