Salah satu hikmah pelaksanaan ibadah korban ialah perkongsian kemakmuran bersama fakir miskin dan tidak dikhususkan kepada negara-negara tertentu, selagi ianya tidak terkeluar daripada perintah syarak.
Jumlah penyembelihan semakin bertambah setiap tahun di sesuatu tempat di negara kita sedangkan ada negara-negara umat Islam lain yang lebih memerlukan seperti di Kemboja, Palestin atau masyarakat Islam Rohingya di Myanmar. Allah SWT telah menganugerahkan rezeki yang banyak di Malaysia, sehingga daging-daging korban berlebihan, sedangkan ada negara Islam yang masyarakatnya ramai dan daging korban tidak mencukupi.
Sekarang ini ada banyak syarikat yang menyediakan perkhidmata menyempurnakan ibadah korban di luar negara. Teknologi internet membolehkan kita membuat tempahan secara online walau dimana kita berada.
eQurban.com adalah salah satu pihak yang menyediakan perkhidmatan ibadah korban dan akikah di Kemboja. Kita boleh mendaftar tempahan secara online . Pihak eQurban.com akan menguruskan setiap penyertaan peserta sehingga selesai. Gambar sewaktu penyembelihan akan dihantar kepada para peserta sebagai bukti berserta sijil penyertaan.
Kenalai sifat binatang dalam diri kita, jadilah kambing!
Harga seekor lembu korban atau sebahagiaannya dan harga seekor kambing korban adalah seperti berikut:
- 1 Ekor Lembu =
RM1,600RM 1750 - 1 Bahagian Lembu =
RM230RM250 - 1 Ekor Kambing = RM550
Sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempah atau menddaftar untuk menyertai ibadah korban sekarang secara online melalui laman web www.eQurban.com.
Tarikh tutup untuk membuat tempahan korban di Kemboja untuk tahun 2012 ialah pada 19hb Oktober 2012.
Menurut suami saya yang pernah tinggal dan bertugas di Algeria, masyarakat di sana sangat bersungguh-sungguh untuk melakukan korban. Kebanyakkan mereka menyembelih kambing biri-biri. Harga seekor kambing di sana sangat mahal berbanding di negara kita.
Harga seekor kambing biri-biri jantan dalam lingkungan rm 1000 hingga Rm1700 (25000da -35000da) atau purata gaji sebulan untuk pekerja biasa. Walaupun pendapatan mereka boleh dikategorikan tidak mewah, tidak kaya tetapi tiap keluarga sangat bersungguh-sungguh untuk berkorban.
Cuba bayangkan mereka berkorban dengan nilai sebulan gaji . Kita? Harga sebahagian korban hanyalah beberapa peratus dari gaji sebulan. Keadaan ini telah menimbulkan satu kesedaran yang sangat berkesan kepada kefahaman ibadah korban kepada kami sekeluarga.
Mereka menyembelih kambing di mana saja tanpa masalah langsung. Tepi jalan , depan tangga, laluan masuk rumah flet 5 tingkat pun boleh dijadikan tempat penyembelihan tanpa ada masalah.
Saya terlebih cerita kelaut pula…hihi…. cuma nak bercerita mengenai ibadah korban di negara orang. Itu saja. Kalau berminat untuk membuat tempahan korban atau akikah di kemboja, klik eQurban.com. Ikuti langkah untuk mengisi borang dan membuat bayaran dalam talian. Tak sampai 5 minit, selesai.
Nampaknya harga lembu dah berubah. Kena update tu….
Harga lembu dah berubah nampaknya. Kena update tu….
Salam Kujie…tertarik dgn post blog ni..sory sy nak tanya..adalah e qurban ni bleh di percayai utk proses pelaksanaan ibadah aqiqah..? cuma takut dgn pnipuan online yg berlaku zaman skrg..:)
waalaikumsalam..
insyaallah. kak jie kenal secara peribadi dgn pihak eQurban. ini kali kedua gunakan perkhidmatan mereka.
Alhamdulillah tahun ini saya dapat juga berqurban dan ingin rasanya bisa berbagi dengan saudara2 yang ada di Kamboja..
assalamualaikum..nak tanya Klu kite x akad.just niat je blh x .cnthnye mcm now ade iklan kat radiokan.jd kite just bank in n emailkan pada syrikat yg mnguruskannye.kite xcall untuk akad.xpeke ?
Waalaikumsalam
syarat sah untuk berkorban tidak memerlukan akad. cuma sunat sahaja
niat boleh berlaku semasa kita buat proses perpindahan duit walaupun secara online.
kalau keliru, rujuklah dengan guru ye…
dengan eQurban, ibadah korban jadi semakin mudah. Kalau dulu, payah nak cari kambing atau lembu dan berpatutan harganya, lepas tu kena jemput orang kampung berkumpul untuk menyetelkan penyembelihan.
Kefahaman itu penting. Tidak boleh ikut-ikut.
kefahaman tu datang berperingkat-peringkat
mungkin dari pengalaman di tempat orang buat kita lebih insaf dengan kelebihan yang kita ada dan kekurangan yang orang lain rasa
alternatif paling mudah untuk sumbang bahagian dalam ibadah korban dan aqiqah.
berkongsi kemakmuran dengan masyarakat yang lebih memerlukan
Baru sadar kalau beberapa hari dah mau Idhul Adha, nggak nyangka dah mau kurban ya..
nice share..
iye…rasa sekejap saja masa berlalu
Wah, dunia dah canggih, atas talian pun boleh beribadah. 🙂
ini kali kedu akak jie ikut berkorban bersama equrban
nice info kak jie….pada sesiapa yang berniat nak berqurban boleh lah tanya lebih lanjut lagi dengan kak jie..atau pihak e-qurban…
kak jie semak dengan dewan bahasa dan pustaka…ejaan yang betul ialah adalah korban. qurban difasahahkan kepada bunyi arab tetapi tidak tepat untuk kontek BM.
tahun ini tahun pertama maza bikin korban..
insyallah bermula di kampung sana..
mudah2an semua wokeh!.. hehehe
alhamdulillah maza
kami sejak en suami tu dok negara sana, rasa sgt2 tak patut kalau tak berkorban
tengok masyarakat sana yang lebih daif dari kita , ramai yang berkorban
rasanya kat sini xdapat harga macam E-qurban tawarkan sekarang..
alhamdulillah, sekarang lebih mudah kan? tak perlu cari orang untuk cukupkan bahagian
betul tu… urusan 5 minit saja
harga lembu kat Algeria tu pulak berapa?
lupa lak nak tanya abang …tapi kat sana kurang orang buat korban lembu
dia org buat kambing…dan buat secara individu bukan kat masjid atau surau
dia sembelih hari ni, esok baru masak…dia tak makan hari yang sama
dia gantung kambing yang telah disembelih…biarkan darah menitis hingga kering
Rasa nak buat , ada niat terpendam , nanti lah share kan kalau jadi .. hehe ..
buatlah bee kalau ada tergerak hati
benda yg kita sayang ini sebenarnya ada hikmat besar yang tersembunyi