Acara: blogrrr: Blogger Most Wanted 2013
Tarikh : 14 Dis 2013
Tempat : Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC)
Awal pagi saya dah keluar untuk ke majlis Blogrrr sebelum singgah di Kelana Jaya dulu untuk ambil cupcakes yang telah ditempah 2 hari sebelum tu. Memandu awal pagi Sabtu lebih tenang, itulah sebabnya keluar awal.
Sampai di lokasi, nak park kerete pun mudah. Belum ramai yang datang dan nombor pendaftaran blogger saya ialah 52.
Baru je sampai, belum register lagi dah kena bahan dengan Tekong dari atas pentas. Masa ni tengah nak cari meja pendaftaran. Naik dari lobby utama dalam bangunan tetapi tak jumpa meja pendaftaran. Rupanya pintu utama melalui laluan bersambung dengan shopping komplek ( The Mines )
Mula-mula tunggu AJK WhatsApp Group Kiah Propa datang . Kak Long, Yanmie dan Mijie. Makcik Nis, Pakcik Ai, Ej dan Ez tak dapat turut serta. Kak Long datang dari Seremban bawa anak dengan bibik sekali.
Inilah realiti blogger. Orang suruh makan kek, memasing keluarkan smartphone dulu.
Antara blogger popular yang kerap jumpa dalam beberapa event blogger.
Makcik-makcik Blogger di laluan red carpet
Sebenarnya saya bukan datang dengan anak bongsu ( Intan ) saja, anak sulung ( Along ) pun ada. Kesemua anak-anak saya memang biasa ikut mak dia orang join event blogger dan kenal kebanyakkan rakan blogger yang rapat.
Blogger Menopause terselit diantara otai-otai blogger yang masih aktif… ..jangan marah ye sifu.
Gambar blogger-blogger senior ini mungkin tak keluar kat blog lain.
Dalam dewan forum, ternampak seseorang sedang membuka blog kujie2.com!
Saya tak beli apa-apa pun….banyak memerhati event yang pertama kali diadakan ini.
Mother & daughter feel the faboulous dengan service manicure di Booth 103 – Fabulous Boutique
Forum semuanya bagus dan berlangsung secara santai , cuma jadual waktu yang tidak dihebahkan secara jelas. Kertas aturcara majlis terlalu comel , rabun makcik nak baca.
Tetapi gerai-gerai jualan yang disediakan oleh blogger tidak seperti peniaga sebenar. Blogger yang hebat berniaga di atas talian tidak mempunyai pengalaman untuk bertemu pelanggan sebenar. Kena faham juga, mereka blogger berniaga online tak sama dengan peniaga yang biasa bertemu pelanggan secara direct. Blogger blogshop boleh tingkatkan lagi kemahiran berkomunikasi dan berniaga di lain kali.
Ada beberapa pemilik blogshop yang kreatif dengan berusaha mencari pelanggan dan menawarkan produk mereka tetapi kebanyakkan yang lain hanya menunggu di kerusi masing-masing dan menanti “visitors dari enjin carian” seperti berniaga atas talian.
Nota : kualiti gambar kurang memuaskan…huhuhu
gambar paling tak boleh blah… ialah gambar masing2 snap pic cupcakes.. haha!
bila laaa nis nak ada can join event bloggers gini. nak jumpe kakjie, kena tunggu mai tmn ilmu lagi la.. hehe
Waah..bestnya blogger berkumpul beramai-ramai.
Bestnya. Moga2 ada lagi event sebegini dgn lebih baik operasinya =)
Hikhik…kekok bila tgk pelanggan dpn mata… 🙂
Hahahaha. Adoi. Blogger menopause katanya. Gigih kak Jie bahan saya nak suruh saya blogging balik yer. Saya blogging sbnrnya kak Jie, tp bukan kat blog sendiri. Boleh? Kekekekeke :p
boleh tahan juga ramainya yang pergi event blogrrr tu rupanya ye..
Saya dah baca banyak ulasan dari blogger2 lain yg pergi event ni, tapi saya nak komen kat sini je lah. Saya tak pergi, sbb takde public transport. Bila ajak kawan sambil pancing ckp korang pergilah lepak kat pesta buku tu dorang taknak sbb dah pergi atau itu hari Sabtu mesti ramai sangat orang nanti.
Bab promo event ni, mmg kena dipertingkatkan. Nampak macam last minute sangat. Atau apa org kata sekarang sendu je gitu. Pencalonan blog, memang menarik dan calon2 lagi elok dari anugerah blog2 yang lain. Pemenang pun mmg layak, sbb blog yg kemas dan isi yg menarik.
Utk category fashion/beauty dan food/travel, patut dipisahkan sebab 4 niche yg berbeza. tapi apa yg menarik utk kategori f/b ialah blogger lelaki yang menang. tapi dia mmg patut menang berdasarkan blog dia.
mungkin booth jualan tak patut diadakan utk menarik org menghadiri seminar dan penganjur boleh merujuk kpd blogger conference yg dibuat di luar negara seperti dll sbg panduan utk event mendatang.
Salam makcik.
saya dah daftar dlm site blogrrr tu, tapi xda respon. ingat ada ke dpt email kata dpt nombor pendaftaran ke, atau apa2 instruction lain, tapi tunggu punya tunggu takda.
jadi, ingatkan , xda la tu nak diapprove or maybe dah penuh, or maybe memang xda sistem auto reply.
banner paling besar ialah di plaza tol penchala yg boleh dibaca oleh puluhan ribuhan ribu pengguna LDP.
tak tahu berapa jumlah peserta, tp dr pix, nampak macam tak seperti yg diwar2kan sebelum event, sebab makcik x established pix yg wide.
anyway tahniah atas penganjuran, dengan penambahbaikan di masa akan dtg dan libatkan blogger dlm pelbagai bidang sebagai ajk atau pengurusan.
pihak penganjur juga boleh menyediakan pangkalan data blogger dan menjemput mereka secara email selain dari pendaftaran terbuka.
rugi tak dpt datang, sebab ingat nak berkenalan dgn blogger2 otai.
first time jumpa kak jie, masa gath blogger kat putrajaya. rasa mcm anak kakjie kecik je lg masa tu. tgk2 kat #blogrrr, dah besar anak dara sorg tu. hehehehe. nice to meet u :p
tunggu kak jie dapat menantu pula
he he he…. itulah kita, kenal lama bila jumpa pun mesra
amboi next time jumpa da dtg majlis kawen anak kakjie la pulak. hehehehehe
Wah, serunya tu Kak Jie
Terima kasih sudah berbagi pengalaman berharga selama mengikuti gathering Blogrrr
ramainyaaaa
Syoknya dapat jumpa bolgger-blogger otai… 🙂
Nasib baik sempat jumpa ya kalau tak mesti terlepas jumpa
kami dah otw nak balik dah tu
baru keluar dewan dengar talk Nisa Kay
rugi tak gunakan peluang yang ada …
Sempat buat ladies thing dengan manicure. 🙂
Nampak majlis meriah sungguh. Best juga bertemu dan bersuai kenal para blogger hebat-hebat kat sana. Mungkin akan diadakan lagi setiap tahun.
Mak Cik memang active..
kak jie.. kite pon dah ada kat area sini gak.. tp xsempat ke sana..
wah bestnya kak jie dpt pegi.. sy tak sempat pulak.. huhu.. next time insyaAllah 🙂
salam perkenalan.
alaa best lah kak jie dapat pergi.. rugi tak sempat pergi..
segan lak nak tegur kak kujie semalam, nmpk bz je, hehehe…
# tapi time kak kujie kene ngan tekong, kemain saya dok gelak dr jauh, heee
masa tu kak jie mmg mencari cari meja pendaftaran… dh lalu jalan tu, nak patah balik jauh
serba salah nak lalu ke tidak
xcuseme xcuseme…tumpang lalu.. ha haha
sempat lagi Tekong tu… nak membahan makcik
Wah .. Jealos ceq bila si intan habaq mai dkt ceq .. sob sob 😛
Intan tak sihat, batuk je tu
wah! thanks pada Kak Jie sebab kongsikan gambar-gambar ni .. sempat tengok orang di sebalik Blogr.my yang berbaju biru tu..wow!
sebab blog lain mesti tak letak gambar dia org…kehkeh
sebab tu kak jie letak.
mereka tu blogger di kelas yang tersendiri,
Event yang sulung biasa la..banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan..
Harap dapat join dalam next event nanti..apa pun, tahniah untuk pihak penganjur..
Ramai blogger sendiri tak tahu…walaupun majlis ini untuk blogger
Belajar dari pengalaman, kan…
Jumpa akak semalam tapi tak sempat tegur. Ramai sangat kerumun dia.
Alasan aje tu..mana ada orang kerumun
anak-anak kerumun adalah..bawa anak2
assalam kak kujie…
Post ni merupakan post yg terbaik..tetapi saya perasan sedikit ‘error’ atau salah tulis di dalam ini…antaranya ialah tarikh…seperti mana kak kujie tulis 14 Disember 2014 yg sepatutunya menjad 14 Disember 2013..
Waalaikumsalam
Terima kasih… dah betulkan.
Inilah padahnya kalau buat entri tengah malam…nak kejar dateline katanya..
tak sabar dah nak tunggu tahun baru kot.
Woah!..ni yang dapat jemputan sahaja ke kak?
BUkan, ini event terbuka
Tak hairan kalau ramai blogger sendiri pun tak tahu event ni
Mugkin tahun depan acara ni akan disusun rancang lebih teratur
Kak kujie jd pemerhati yg baik semoga pihak peganjur blogrrr akan take note kelemahan yg ada dlm sesi posmotem selepas majlis.
Ruginya tak dpt nak join…semoga next time akan ada ruang dan peluang utk join.
Ada banyak benda Ejam..saja tak nak highlight…enjoy the event ..sudah
Yang lain tu…nanti nantilah…jangan musnahkan mood seronok tu dulu
hehehehe
Semalam berborak dengan orang-orang yg buka booth. Ada yang kosong sale ada banyak. Kebiasaannya yg byk sale ni harga dari RM 3-5 sahaja. Yg mana lebih RM40, susah untuk mendapat perhatian.
Saya tak pasti berjaya pecah rekod atau tidak. Tapi apa yang pasti, event ini agak berterabur. Diharap pihak mynic dapat mengambil iktibar dan membuat perancangan lebih awal dan lebih publisiti di masa hadapan.
Terima kasi atas cupcake semalam. Mint cheese rasa pelik sangat. Hehehe
Whoa siap dengan red carpet
total visitor untuk event Blogrrr ni berapa ramai Kak Jie? dapat pecah rekod tak? 😀
tak dapat pergi majlis ini sebab ada urusan family….. kalau tak, nak juga lepak2 dengan Kak Kujie dan mak cik-mak cik Blogger yang lain…
mungkin sebelah pagi meriah. tapi sebelah petang macam kureng je. main program award presentation pun tak ramai yang ada.
apa pun untuk penganjuran kali pertama ianya dah cukup baik
komitment kerja menghalang den ke sana..huhu
faham…. memasing ada bahagian sendiri sendiri, kan
makcik2 dan anak2 bermain gajet nampaknya
Blogger Kak LOng tu datang dari Seremban..bawa anak bawa bibik sekali
huhu…nak luang masa bersama
Kujie, mula tu berbelah bagi juga nak datang. Tapi atas sokongan dan galakan daripada AJK semua, gagah juga heret anak dan bibik, hahaha…
sehari sebelum tu nyarissss kita nak dating kan kklong… huhu~
Tahniah kak…. sebab menang paperbag Exabytes….. dan inilah platform yang bagus untuk peniaga online cari pengalaman
petang sebelum balik..dia orang bagi je bag mcm tu kat semua orang yang lalu
Yanmie dapat 1, Along dapat 1
Alamak..rugi tak dapat pergi. Kalau tau memang dah join. Jarang ada blogger event cenggini
semuanya ikut kesesuaian jadual masing2..lagi pun majlis ni ramai tak tahu sangat
lain kali mungkin lebih menyeluruh
hoho..kek tu..nak buat apa lepas makan??
lepas makan?
berak laaaaaaaaaaaaaa…
aishhhh..dia ni tanya soklan macam kuiz untuk hadian S4
Haa..haa..jawapan ni memang terbaik..harap En Titan berpuashati dgn jawapan tersebut… 🙂
wah meriahnya event tadi….rugi x dpt join..kalau dekat dah join dah…
lain kali kot , ada jodohnya
event pertama saya jumpa kak Kujie.. he he…
so… apa komen ?
dah jumpa online dan offline… hubungan blogger akan jadi lain
lebih memahami dan kita boleh tahu personaliti seseorang
nak gurau, nak komen kat blog pun jadi lain
amboiii pakcik pakai baju ungu tu sape tu? :p
Nasib baik pak cik baju ungu ada, jadi wakil tunggal group Kiah Propa. 🙂
rugi tak gunakan peluang yang ada …
Kan bee.. rugi x dpt join. Saya pun x join sekali coz majlis kahwin adik belah lelaki..
If not boleh sebar2kan gosip.. bahaha