Ubat Kutu Kucing Jenis Spray
Kucing

Ubat Kutu Kucing Jenis Spray

Hari ini cuaca elok panas terik. Kalau semalam dah keluar berfoye-foye dengan rakan blogger, hari ini saya tak ke mana.

Pagi tadi luangkan masa untuk spray ubat kutu Julie. Ada ternampak 2-3 ekor kutu dua tiga hari lepas.

ubat-kutu-kucing

Masa Julie baru diselamatkan, saya jumpa Julie dengan badan berkutu yang sangat kritikal. Saya bawa Julie ke vet dan doktor berikan ubat kutu jenis spray jenama Vime- Frondog.

Harga ubat kucing jenis spray ini RM 50 ( 250ml).  Boleh guna setahun agaknya sebab sekali spray bukan banyak sangat pun.  Bergantung kepada saiz badan dan jenis bulu kucing.

Ubat kucing ada juga jenis spot on yang dikenali sebagai frontline. Frontline diletak di tengkok kucing dan berkesan membunuh kutu selama sebulan.

Kalau di klinik haiwan kerajaan, harga ubat kutu cuma RM 15 tetapi saya tak pernah beli untuk Julie sebab tiap kali pergi untuk vaksin Julie, ubat tak ada. Semak harga ubat kucing di sini – Harga Perkhidmatan Dan Ubat Kucing Di Klinik Haiwan

spray-ubat-kutu-kucing

Kena pakai satung tangan plastik untuk sapu seluruh badan kucing selepas spray ubat kutu.  Julie ni memang jenis mudah nak urus.

Ulang proses spray ini sebulan sekali.  Julie  memang  lepas bebas tak dikurung.  Selalu juga dia bermain dan bersosial dengan kucing lain yang berada di sekitar rumah, sebab itu sebulan sekali kena spray ubat kutu.

Satu lagi tips menjaga kutu kucing dari merebak secara serius, guna sabun anti kutu sewaktu memandikan kucing.


julie yang dulu

Ini Julie waktu saya selamatkan.   Kepala punyalah besar tak padan dengan badan yang kurus kering berkutu.  Julie nampak friendly sejak kecil walaupun belum biasa dengan manusia.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

14 thoughts on “Ubat Kutu Kucing Jenis Spray

  1. Kak jie..

    kalau orang yang berkutu, boleh guna spray yang sama ke?

    ahaks, sedang bercadang mahu mempedajal anak sedara yang berkutu.. hehehe
    kutu embun gitew..

    kenyit mata satu kali… ammmak!

Comments are closed.