Jumpa Arin Dan Rakan Sebaya Intan
Blogger

Jumpa Arin Dan Rakan Sebaya Intan

Puas Intan kendong Sufian Harith . Geram sebab Harith tak meragam langsung. Dah pandai main air liur.  Intan memang ‘serasi’ dengan budak².

Bila Harith dah tertidur dalam stroller, dengan Suriah Hanum dan Zara Aliyah pun jadi ‘rakan sebaya’. Keliling satu restoran dia orang bertiga main. Kakak Intan tu umur saja 12 tahun, dengan budak 4-5 tahun pun ‘masuk’.

Yang bertempek² kat kepala Zara tu , Intanlah punya kerja.

Sejarah Hari Ibu 2011, saya berjumpa Arin setelah kami menjadi rakan blogger lebih 4 tahun.  Arin tinggal di Melaka, dan kebetulan pulang ke rumah keluarga di Selayang.

Pagi tadi dengar Intan godek² tabung dia, dengar bunyi duit syiling…(tabung kotak kasut bawah katil – sorok dari Along, katanya )

Balik jumpa Arin, singgah Tesco Rawang.  Intan cakap tak nak masuk, nanti jumpa kat kedai pink.  Saya dah hidu ‘something²’lah tapi saja buat tak tau apa².  Tak bestlah spoilkan mood orang..hikhik.

Balik tadi, dia ambil tangan dan sarungkan jam tangan.  Hihihi…..tengah menaip  ni tangan belah kiri rasa lebih berat dari biasa.:lol: Mesti sweetkan kalau dia beli hadiah dengan duit syiling.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Jumpa Arin Dan Rakan Sebaya Intan

  1. Emak, Ibu, Umi, Mama…apa jua panggilan. Itulah insan yang telah bertarung nyawa dalam kelahiran seorang anak. Seorang ibu sahaja yang akan dapat merasai dan memahaminya. Bersyukur atas nikmat dan kesempatan menjadi ibu. Semoga anak-anak mampu menilai kasih ibu….

  2. tak tahu pun hari ibu bila… sebab bagi sya setiap hari adalah hari ibu… mesti sweet jam tu…

    selamat hari ibu kak jie… 😉
    Jom terjah post menarik dari syamila ..Ahmad…Jom Tidoooooo…My Profile

  3. Saya tak mampu beli hadiah, nak buat sendiri tak kreatif mana.

    Cuma sekadar panggilan buat ibu di kampung halaman.

    *Nanti dah jauh beribu batu rindu entah macam mana*
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Negeri 5 Menara-Kisah Budak PondokMy Profile

Comments are closed.