Wahai Orang Minyak, Apa Beza LPG Dan LNG?
Pengetahuan Am

Wahai Orang Minyak, Apa Beza LPG Dan LNG?

Dalam perjalanan balik dari sekolah selepas hantar Intan saya dengar berita mengenai letupan kuat di sebuah kondominium tingkat 17 di Jalan Ampang. Katanya akibat kebocoran gas yang dibekalkan oleh pihak Gas Malaysia Sdn Bhd yang menggunakan sistem pembekalan berpusat .

Seorang warna British telah mengalami 60 peratus kecederaan.– Sumber : Bernama Online

Sebagai seorang perempuan, isteri dan ibu, hampir setiap hari kami terdedah dengan gas memasak. Hidung kena sensitif untuk menghidu bau.

Kebiasaannya untuk keguaan di rumah, kita menggunakan gas jenis LPG (Liquefied Petroleum Gas) .  Pada asalnya, LPG berada di dalam bentuk gas. Untuk memudahkan proses pemyimpanan dan juga pengangkutan, ianya telah diubahsuai menjadi cecair melalui proses pemampatan ataupun penyejukan.

LPG pada asalnya tidak mempunyai warna dan bau. Walaubagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, sejenis bau telah ditambahkan kepada LPG bagi memudahkan kita mengenalpasti sekiranya terjadi sebarang kebocoran gas. – sumber : mymesra.com.my

Berita tersebut menyatakan kebocoran gas LNG (Liquified Natural Gas)

Makcik ni kan suka buat edisi menyiasat ala² CSI. Bila terjumpa sesuatu yang baru, nak juga tahu apa beza LPG dengan LNG. Kita biasa guna LPG.

Terjumpa ayat ni kat satu forum : LNG base pada natural gas…mmg kuar x yah proses2 dah dr perut bumi…customer utama LNG dari mesia ni Japan n korea..buat jana janakuasa letrik diaorg..

Maksudnya, kalau dalam bekas dia tu LPG?  Kalau dah bocor bebas ke udara itu dah jadi LNG?

Pening makcik… tu lah, dulu tak nak sekolah tinggi².

 

Apa beza LNG  dan LPG?

LNG (Liquified Natural Gas) adalah gas asli (Natural gas) yang telah dicairkan dengan menyejukan ke paras suhu -160 darjah celcius (dibawah paras beku). Kenapa perlu dicairkan? Ini kerana dalam keadaan cair isipadunya akan berkurangan sehingga 600 kali (LNG 1/600 Natural Gas) berbanding ia dalam keadaan gas/wap. Ini akan membuat ia lebih praktikal untuk di angkut dengan kapal.

Menurut blog samudera kehidupan , LPG biasanya digunakan untuk aplikasi perumahan (tong gas masak) dan tujuan komersial. LPG disimpan cair dalam tong pada tekanan tinggi dan berbeza dengan LNG yang di simpan  dalam keadaan suhu yang sangat rendah dan pada tempat yang mempunyai material yang sangat berbeza/special dan pada standard yang tinggi.

LNG tidak berwarna, tidak berbau, tidak beracun, non-carcinogenic (tidak menyebabkan kanser). Ia dapat disimpan dan diangkut dalam tekanan atmosfera biasa.

Tahukah anda?
Sebuah Plant LNG/terminal LNG yang terletak di Bintulu, Sarawak adalah antara yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1978, dan Petronas adalah pemengang saham utama. Kebanyakan LNG Bintulu, adalah untuk tujuan eksport seperti ke Jepun, Korea Selatan, Taiwan & China.

 

Orang-orang minyak… tolonglah berkongsi maklumat.  Makcik nak belajar pasal gas dan petroleum pula. :grin:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Wahai Orang Minyak, Apa Beza LPG Dan LNG?

  1. org2 minyka mesti expert hal ni.. cer kongsi.. yg tau LPG je.. de gak jual LNG ek? tapi lau lebih bahaya, tak nak lah..

    pas ni kak jie leh sambung blaja pasal minyak ni.. hehee
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Kau Sembunyi YeMy Profile

  2. LNG atau gas asli ni memang asalnya gas. LPG pula ialah salah satu produk petrolium (mcm petrol, diesel, bitumin etc.)
    LNG biasanya digunakan dalam industri (i.e industri penjanaan tenaga elektrik contohnya).
    Petronas menyediakan satu paip besar merentasi semenanjung Malaysia dari Singapura ke Thailand untuk distribute LNG.
    Minyak Malaysia dah nak kering dah, tapi gas asli masih banyak.
    Masa dulu-dulu (90an) saya buat part time kat stesen mintak (Petronas) abang ipar. Dalam majalah bulanan Petronas Dagangan banyak artikel pasal semua ni.
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..How to add Facebook Send button to every postMy Profile

  3. Mak ni pun sama! Tau petik dan padam dapur aje. Sekarang Anas pun daim-diam dah pandai pusing punat dapur gas. Sekali, tengah basuh pinggan tau-tau berbau aje.

    Kalau antara terbesar di dunia, kira hebatlah tu. Tapi harga minyak kita terbaru lihat naik lagi 20sen. Oh! lupa… ikut permintaan dan penawaran sedunia. Tangkas menjawab.

  4. wah LNG yang kat sarawak tuh antara yang terbesar di dunia..?? baru ku tahu.. :mrgreen:

  5. tak taula kak jie…saya cuma tahu kat mana ada petroleum kat situ ada gas dan pusat petroleum paling besar kat Miri…Kak Jie tahu tak petroleum itu berasal dari apa? Petroleum berasal dari bahan mendapan haiwan dahulu kala seperti Dinosur…itu saya belajar zaman sekolah haha
    Jom terjah post menarik dari azura ..Panas panas panas malam ini pusing pusing pusingMy Profile

  6. Assalamualaikum,
    Yang guna untuk kenderaan tu mana satu pulak ya? NGV —-> saje je bagi kerja rumah kat kak jie hu hu hu

    Errrr….dulu skolah atap je, itu yang blur tak abis-abis bila sampai bab gas ni.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Puisi Hari IbuMy Profile

  7. pandaiiiiiiiiiiiiiiiiii dia, nampak apa yang kak jie cuba nak sampaikan. Tak nak cakap direct sapa salah sapa betul… kita cari maklumat di hujung jari!

    Kita nampak benda yang meragui, kita selidik, kita buat maklumat bersilang 😆

  8. rasanya laporan berita tu tersilap la kot, kalau sistem gas berpusat dkt mana2 apartment pun menggunakan LPG, beza LPG dan LNG sy pun tak berapa pasti, cuma LPG ni berat sebab dia dah compress gas tu menjadi cecair dibawah tekanan yang tinggi…dan setakat sy tahu LNG tu ringan, hehehe
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Sambutan Hari Anggota Bomba 2011 di Dataran MerdekaMy Profile

  9. ye kat Bintulu paling besor dan harga gas pong mahei nak mampos – alasan baik utk tak masak kat umah heheheheh

  10. Saya pun nak tau gak ni. Sebelum ni tak pernah amik port pun….hihihih

Comments are closed.