Kes Simbah Asid Wanita Melayu
Live Blogging

Kes Simbah Asid Wanita Melayu

Fakta yang perlu kawan² saya ketahui mengenai kes disimbah asid yang makin berleluasa berlaku di Kuala Lumpur sekarang

  • Dalam tempoh dua hari lalu, empat laporan polis diterima membabitkan lima orang mangsa. Seorang daripada mereka berketurunan India.
  • Seorang wanita kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah asid di hadapan rumah mereka di Persiaran Titiwangsa .
  • Sebelum itu, dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam.
  • Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra.
  • Mangsa terdiri daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, Sentul dan Brickfields.
  • 10 kes simbah cecair dipercayai asid dilaporkan berlaku di daerah Daerah Brickfields sehingga Mac
  • Dua suspek berketurunan India bermotosikal, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian dan memaklumkan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

sumber : utusan online


Hati-hati ye kawan… peka dengan keadaan sekeliling bila berada di tempat terbuka.  Nak larang jangan keluar rumah tu tak logik juga.  Kalau boleh bergeraklah berkumpulan dan elak melalui kawasan yang sunyi dan gelap.

Mari kita sama-sama amalkan doa apabila keluar rumah, mohon perlindungan dari Allah s.w.t


Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku

EDIT : 13/05/2011

Polis berjaya mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) imej dua lelaki bermotosikal yang dipercayai terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair asid di sekitar Lembah Klang.

EDIT : 4.30 petang.

Berita terkini dari TV3 sebentar tadi melapurkan mangsa terbaru kes simbah asid adalah anak seorang anggota polis.

Polis telah keluarkan gambar suspek kes simbah asid di sini

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Kes Simbah Asid Wanita Melayu

  1. macam2 kes la skg ni.. pelik tul.. pe la motif dorang ni.takkan sebab suke2 je.. mmg tak berhati perut tul.. ape pun, berhati2 lah kita semua.. mohon dijauhka perkara2 sebegini..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Kau Sembunyi YeMy Profile

  2. Thanks Kak jie for the informasi n doa itu..risau juga dibuatnya..yerla..isteri pergi kerja ,mengajar petang pula tu..Minta2 dijauhkan dan penjenayah tu ditangkap secepat mungkin…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..I Need A Bigger Car!!!My Profile

  3. Menyirap betul aku baca kes ni kat surat khabar….INDIA….attack….perempuan MELAYU….
    Perghhhhh….lain mcm jerh aku dengar….
    Kalau terjumpa 2 celaka tu…mmg panggil geng ramai2 hentak bagi patah riuk…jgn bagi mati…bagi patah riuk…baru dia rasa BETAPA INDAH hidup ni….ciss!!!! 👿

  4. Assalamualaikum,
    Itu parut yang nampak dek mata…parut di hati entah bagaimana.

    Tak tahu apa motifnya, macam pelik je…
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Puisi Hari IbuMy Profile

  5. Ini mungkin kes melepas dendam. Marah orang lain, lain pula yang jadi mangsa. Saiko dan sakit mentallah tu. Entah ke suka-suka nak tengok orang sakit. Memang kerja orang berpenyakit. Mudah-mudahan segera ditangkap.

    Memang Allah sahaja tempat bermohon lindung dan keselamatan. Hanya Dia…

  6. Kes jenayah macam ada musim pula. Lepas kes bunuh diri, kes bunuh, terkini kes simbah asid.
    Har-hari saya lalu jalan pudu. Harap-harap dapat jumpa lelaki ni. tak tengok juga wajah suspek macammana.
    Hati-hatilah wanita di luar sana.
    1. Elakkan keluar di waktu malam.
    2. Elakkan keluar sorang-sorang. Keluar ramai-ramai.
    3. Elakkan lalu tempat sunyi dan tersorok.
    4. Berwaspada dengan gerak geri mencurigakan orang berdekatan.
    5. Report polis segera jika terlihat ada kes sebegini.

    ——-
    Orang ini mungkin psyko. Mereka seronok bila lihat orang menderita. Hati-hatilah kita semua.

    Tq Kak Jie atas info yang berguna
    Jom terjah post menarik dari shamizu ..Gula Naik Harga dan Jangkaan Gelagat Orang RamaiMy Profile

  7. Mungkin diorang ada dendam dengan perempuan Melayu kot.. 😕

    Dulu masa praktikal,ada kawan kena rompak dekat bus stop..
    Area Jln Klang Lama..
    Bukan dia sorang je tp semua yang ada kat bus stop tu..
    Dilakukan oleh ‘bangsa’ yang sama..Berbekalkan sebilah pisau je..
    Berani betul…
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Lumrah ManusiaMy Profile

  8. uiks..simbah asid dh macam simbah air dh ek..mana diorg dpt asid tu ek..nak gk..

  9. geram sungguh kan.. huhuhu
    rasanya kalau berlaku di depan mata, mahu sahaja bagi flying kick..

    …. alamak badannya sebesar lah fulaks..

    😳 😳 :mrgreen:

  10. takutnya nak jalan2 di Kl skrg. bahaya betul. sejak kena samun kat KL aritu, xberani dah. dah la pada hari yg sama, 3 kes dalam satu jam kes yg sama. agak dasat Kl skrg ni

  11. Takutnya, kena selalu beringat. haari tu ada tgk berita ke apa ntah ckp psl kes nie jgk, org tu buat dpn skolah kt area brickfield tu, hiks nauzubillah minta dijauhkan.

    harap2 suspek dpt ditangkap, tulah xtahu apa motif diorg buat mcm tu.
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Selamat Hari Ibu 2011My Profile

  12. seram oh asid2 nih.
    kadang2 mcm ada musim kes2 macam ni..
    kalau isu bunuh diri start,bunuh diri jeee keluar paper seminggu..ini dah masuk musim asid pulak..
    lepas ni ape lagi laa..haih~
    Jom terjah post menarik dari namaakulynn ..result UPUMy Profile

  13. Baca tang ‘bangsa’ tu…ngeri tau
    sebab ada pengalaman kena ragut dgn ‘bangsa’ tu…cedera masih berparut sampai hari ni 🙁

Comments are closed.